Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 29, 2009

CALON PENANTI: LINE CLEAR KATA AMK

AMK Pulau Pinang sambut baik pecalonan Mansor

KUALA LUMPUR, 29 APRIL (SK) - ANGKATAN Muda KeADILan Pulau Pinang menyambut baik pemilihan Mansor Othman sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti.

Ketuanya, Yusmadi Yusoff berkata pemilihan berkenaan adalah tepat berdasarkan kredebiliti dan kualiti Dr Mansor yang telah terbukti bagi KeADILan Pulau Pinang.

“Mansor adalah tunjang bagi KeADILan negeri ini dan berkhidmat dengan begitu baik selaku pemimpin parti mau di peringkat negeri dan bahagian, AMK Pulau Pinang sambut baik keputusan parti,” kata Yusmadi yang juga ahli Parlimen Balik Pulau.

Mansor Othman, 59 tahun pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ketua KeADILan Balik Pulau juga adalah seorang tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Menurut Yusmadi lagi, Angkatan Muda KeADILan menyambut baik pemilihan berkenaan dan akan terus memastikan gerak kerja pilihanraya bagi membantu kemenangan Mansor dan Pakatan Rakyat.

“Angkatan Muda KeADILan akan melakukan perancangan bagi memulakan gerak kerja seawal bulan Mei, kami juga berkemungkinan besar akan melancarkan cara kempen kami tersendiri,” kata Yusmadi lagi.

Tambahnya lagi, AMK Pulau Pinang akan melancarkan ‘revolusi’ pengundi muda dalam masa terdekat bagi memastikan pengundi muda untuk memilih Mansor.

2 ulasan:

  1. Abdul Hamid Kelana30/4/09 11:55 PG

    DENGAN INI KAMI SEKELUARGA YANG TINGGAL DI KELANA JAYA TIDAK AKAN BALIK MENGUNDI DI KAMPUNG (ARA KUDA, PENANTI). AKAL KAMI DIPERSIA-SIAKAN...

    BOIKOT CALON PILIHAN N12!!!

    BalasPadam
  2. To Hamid Kelana .... Kalau tak mau balik pun apa boleh buat ...nak buat macam mana sebab mengundi itu adalah hak masing2 ... tetapi janganlah nak kempen pulak ... kesian kat petugas2 PR yang akan bertugas nanti ... mereka tu bertugas tak mengharapkan apa2 imbuhan pun ... malah duit lagi yang terpaksa dikorbankan untuk memenangkan calon PR ini ... kami memanglah kenal Dr. Mansor tu .. tapi Dr. Mansor tu tak kenal pun kami ... Namun kami akan terus bertugas sedaya yang mungkin untuk memenangkan calon PR .. tak kira dari PAS, PKR atau DAP ... kalau tak mau sokong tak pa ... kami akan terus bertugas ... Di Bkt. Selambau pun kami pi bertugas juga ... di Bkt Gantang pun kami pergi tapi cuma 2 hari saja sebab kami di arahkan oleh pimpinan untuk bertumpu di Bkt. Selambau ... di K Terengganu pun kami bertugas juga .. Pematang Pauh pun kami bertugas .. Berapa kami dapat ??? tak ada satu sen pun namun bertugas tetap bertugas ....walau kalau nak kira dah beribu RmRm duit kami habis .... jgn sabotaj kami sudahlah ... kami dari kedah Penanti tiada kaitan dengan kami namun demi perjuangan ini kami akan terus berjuang dan bertugas tanpa sesiapa pimpinan tertinggi Parti yang kenai kami ... Imbuhan hanya kami harapkan dari Allah ajer ... wasalam ..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive