Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 20, 2009

UMNO ~ Taufan



UMNO tidak dapat lari lagi daripada krisis. Krisis demi krisis melanda UMNO. Makin UMNO menjauhinya, makin dekat dan kerap krisis mendekatinya.

Krisis keyakinan rakyat kepadanya sehingga ada yang berani berkata kewujudannya sudah tidak releven lagi kepada orang melayu khasnya, serta kaum cina dan india amnya.

Krisis integriti pemimpin parti amat meruncing sekali. Bermula dengan kes politik wang melanda serta membarah di dalam parti.

Krisis perlembagaan di Perak nampaknya tidak berkesudahan kecuali DUN Perak dibubarkan segera. Rakyat Perak semacam didera dengan segala kemelut ini.

Hari ini MB Pahang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjelaskan RM63 juta kepada Seruan Gemilang Sdn Bhd dalam masa 14 hari kerana 'breach of contract'berkaitan dengan konsesi balak. Lapor theStar .

DUN Terengganu pula dilanda krisis keyakinan kepada Menteri Besar Dato' Ahmad Said. Rakyat Terengganu memang sudah lama hilang keyakinan kepada UMNO jenis 'cap ayam' ini. Sekarang seramai 18 daripada 24 ADUN UMNO mendesak Ahmad Said turun dengan terhormat. Apa yang Ahmad Said boleh buat ialah menghadap Istana memohon perkenan Istana agar DUN Terengganu dibubarkan segera. Malaysiakini .

Pembubaran DUN Terengganu tidak dapat lari lagi, untuk mendapat mandat baru dari rakyat serta mendapat kepercayaan pelabur asing.

Nampaknya semakin Najib mahu lari daripada pilihanraya, semakin dekat piliharaya datang kepadanya. Krisis demi krisis melanda UMNO.

PAS dan Pakatan Rakyat sila bersedia menghadapi beberapa siri lagi pilihanraya yakni di Perak, Pahang dan Terengganu.


al-brangi.blogspot.com

2 ulasan:

  1. melayu islam20/4/09 11:10 PTG

    Saya tak tahu apa lagi hendak dikata kepada ahli2 UMNO yang masih hendak percaya kepada pemimpin2 mereka. Wahai orang melayu seluruh Malaysia, bangun dan ikutlah jalan yang benar, jalan yang ditetap oleh Allah dan dibawa oleh Rasul nya.

    BalasPadam
  2. BIAQPI LAHH MEREKA,,,,,,

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive