Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 04, 2011

Tahniah orang Melayu! Orang Tunisia, Mesir takat tiru kita ja..

Mudah-mudahan berlaku apa yang ditulis oleh Ustaz Muhsin Labib, "Takbiratul-Ihram di Tunis dan Mesir... Salam di Riyadh".

Selepas perhimpunan raksaksa semalam, rakyat Mesir yang menuntut Hosni Mubarak berundur terus bermalam di situ dalam cuaca sejuk. Sesetengahnya tidur di dalam khemah. Mereka enggan beralah.

Bukan itu sahaja, pagi seterusnya ramai lagi yang datang walaupun tidak seramai semalam.

Mereka terus melaungkan slogan, "Undur! Undur!" Ada juga yang berjogging untuk memanaskan badan sambil melaungkan slogan, "Pergi jahanam Mubarak!" Mereka juga memasang skrin besar supaya mereka dapat mengikuti perkembangan melalui laporan stesen-syesen TV, termasuk Al Jazeera yang diharamkan oleh rejim Mubarak.

Tentera pula sibuk menyuruh rakyat yang bangkit pulang kerana kononnya mesej kebangkitan mereka telah diterima. Terima satu hal, faham belum tentu. Manusia selalu buat-buat tak faham.

Dalam pada itu, semakin ramai pula yang menunjuk perasaan menyokong Mubarak. Sama seperti yang dilakukan oleh TV pro Umno di negara ini, dilaporkan bahawa "Egypt state TV calling pro Mubarak protesters pro "stability" protesters".

Ya la, takkan nak jatuh free gitu saja tak melawan. Kerah pi la saki baki penyokong yang ada, yang dah jadi ayam daging, untuk membantu. Takkan selama-lamanya nak duduk dalam reban. Keadaan dah teruk. Dedak dah nak habis. Di sini pun, kalau Umno nak jatuh tentu dia akan melawan. Apa lagi, isu perkauman la.

Mungkin akan tercetus pergaduhan antara penentang dan penyokong Mubarak. Di Malaysia pun, apabila Umno nak jatuh, dia akan kerahkan orang Melayu supaya lawan "Cina yang nak ambik negara kita". Dakyah apa lagi kalau bukan dakyah tu. Sekarang pun dah guna dakyah tu. Depa dah jadi si bodoh tukang usung MCA dengan penuh patuh dan bangang, depa ingat kita pun bongok macam depa jugak (Bila saya sebut kita, saya maksudkan kuasa rakyat dan bukan 'asabiyyah kepada mana-mana parti).

Kalau berlaku rusuhan kaum pun, para pemimpin Umno peduli apa. Bukan depa yang nak bergasak. Bukan depa yang nak bengkak-bengkak. Bukan darah depa yang akan mengalir. Badan orang lain yang bergasak dan bengkak-bengkak. Darah orang lain yang tumpah. Selepas menghasut, depa tetap dok rumah sedap-sedap - konon memantau dan menyelaras keadaan.

Kalau teruk sangat, depa cabut lari ke luar negara. Duit dah banyak. Ingat dak dakwaan bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan disiasat oleh Bank Negara berkaitan pemindahan wang berjumlah RM 10 juta yang dilakukan melalui pengurup wang pada tahun 2008 ke London. Kalau benar Mat Hassan buat lagu tu, hampa ingat dia sorang ja buat lagu tu?

Selamat berjaya umat Arab. Kamu hanya buat apa yang orang Melayu dah buat. Kami orang Melayu dah lama jatuhkan pemerintahan Khairy Jamaluddin dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Telah kami gantikan pemerintahan mereka dengan pemerintahan de facto prime minister Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan jauh lebih kaya dari Mat Hassan. Rosmah dibantu oleh de jure prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno dan Barisan Nasional (BN).

Peduli apa rungutan seorang tua masyhur kepada raja dalam salah satu majlis Sahoca (The Sultan Abdul Hamid Old Collegian Association). Orang yang mendengar rungutan orang tua itu melaporkan bahawa orang tua itu merungut bahawa pemerintahan Rosmah Najib "10 kali lebih teruk" dari regim Khairy Abdullah.

Orang tua tu pun takat merungut kot belakang ja.Tok sah dok ambit pot la rungutan dia. Kita dah buat revolusi menggulingkan regim Khairy Abdullah dan telah kita hiaskan negara kita dengan pemerintahan bergaya Rosmah Najib.

Tahniah orang Melayu! Orang Tunisia, orang Mesir sebenarnya hanya tukang tiru kita. Kita yang sebenarnya menunjukkan teladan hebat itu kepada dunia. Hidup Datin Seri Rosmahku! Hidup Datuk Seri Najibku!



penarikbeca



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive