Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 11, 2011

VIDEO ‘ANWAR’ DI BANGKOK PULAK DAH



Skandal klip video adegan lucah yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan lagi, kini dikatakan berlaku pada 13 Januari lalu di Bangkok, Thailand.Klip video kira-kira dua minit itu mula dimuat naik dalam blog upahan Umno pagi tadi, mendakwa kejadian itu berlaku semasa Anwar berada di Patpong, Bangkok dua hari sejak 12 Januari lalu.Bertajuk “Paman Anwar di Patpong Bangkok”, adegan itu dirakam dalam sebuah bilik dan kamera difokuskan ke arah katil menunjukkan tempoh masa bermula pada pukul 1.54 pagi dan waktu terakhir pada 8.30 pagi.

Manakala pelaku yang dikatakan ‘Anwar’ itu kelihatan memakai jubah mandi sedang berlegar-legar disekeliling bilik sambil memegang telefon bimbit.

Bagaimanapun, visual kamera itu gagal menunjukkan jelas rupa paras individu dalam video tersebut, tambahan ia rakaman hitam-putih.

Penulis blog upahan Umno ‘Papa Gomo’ dalam blognya mendakwa Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari lalu menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bernombor MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, Anwar kemudiannya tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.

“Video ini adalah rakaman tulen dan sahih seratus peratus ketulenannya. Pelaku didalam video ini juga adalah Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang mana beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya,” kata penulis blog itu.

kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. tak habis-habis pasal video...tiada isu lain agaknya..

    [Klik Sini] Koleksi Kereta Masa Hadapan
    [Klik Sini] Betul Ke Perempuan Sunat ?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive