Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 09, 2009

Bapa rogol anak sebelah isteri




KLANG - Seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara 31 tahun dan 16 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, setelah mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol dan satu tuduhan meliwat anak sendiri.

Lebih memalukan, perbua-tan terkutuk terhadap kedua-dua anaknya itu termasuk meliwat salah seorang daripada mereka dilakukan di sebelah isteri sendiri.

Lelaki berusia 49 tahun itu mengaku merogol anak perempuan sulungnya, 15, dalam bilik air rumah mereka di Telok Gong, di sini pada jam 3 petang, 30 Jun lalu.

Kemudian mengaku merogol anak bongsu berusia 13 tahun di bilik utama rumah mereka pada jam 2 petang, 17 Jun lalu dan meliwat mangsa di sebuah kilang pada jam 11.30 malam, 3 Jun lalu.

Perbuatan tertuduh terbongkar selepas anak perempuan sulungnya yang juga anak ke empat dalam keluarga menceritakan kejadian kepada ibunya yang berlaku ketika dia sedang mandi sebelum pintu bilik mandi diketuk bapanya yang memberi alasan mahu membuang air kecil sebelum mangsa ditolak dan diperkosa bapanya di lantai bilik air.

Pengakuan itu membongkarkan kisah sebenar setelah mangsa mengaku telah diperkosa sejak berusia 12 tahun tetapi menyimpan rahsia tersebut kerana diugut bunuh bapanya itu.

Menyedari anak keempatnya itu diperkosa, ibu mangsa menanyakan perkara sama kepada anak bongsunya dan anak bongsunya itu mengaku diperkosa bapanya sebanyak dua kali.

Dalam kejadian pertama, mangsa dibawa ke kilang, tempat tertuduh bekerja dan kemudiannya dipelawa melakukan hubungan seks namun mangsa enggan sebelum bapanya secara paksa merogol dan meliwatnya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa juga mengaku diperkosa ketika sedang tidur bersama ibunya di mana ketika itu merasakan telah diraba oleh seseorang tetapi terpaksa berdiam diri kerana diugut akan dipukul dan dibunuh oleh bapanya itu.

Berikutan kejadian, isteri tertuduh membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada 30 Jun lalu.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan kedua-dua mangsa dan terdapat kesan gigitan pada payudara salah seorang daripadanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal ketika hujah pemberatan hukuman berkata, perbuatan tertuduh tidak ubah seperti haruan makan anak dan seharusnya diberikan hukuman berat.

“Sebagai bapa sepatutnya lelaki ini melindungi keluarga dan anak-anaknya tetapi dia melakukan perbuatan terkutuk yang menjadi penyakit masyarakat kita hari ini,” katanya.

Tertuduh ketika diberi peluang berkata-kata memohon supaya diizinkan bertemu dengan isteri dan anak-anaknya.

“Saya nak jumpa isteri dan anak-anak buat kali terakhir,” katanya yang bakal menjalani usia tuanya selama 31 tahun di kandang besi.

Terdahulu, bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang kurus dan bertubuh kecil dihukum penjara 16 tahun, enam sebatan dan pertuduhan kedua, 15 tahun penjara, lima sebatan yang kemudiannya diperintah berjalan serentak.

Bagi tuduhan meliwat, dia dihukum penjara 15 tahun, lima sebatan dan mahkamah memerintahkan hukuman berjalan berasingan.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Anita Harun.

sinarharian

Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

12 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/7/09 8:25 PTG

    kah kah kah kah...kah kah kah kah...kah kah kah...INI BAPA SETAN GENERASI KE-11...kah kah kah

    PEMBANGUNAN SETAN...KEMAJUAN SETAN...KERAJAAN SETAN...kah kah kah kah...TELAH MENCETUSKAN RAMAI BAPA2 SETAN...kah kah kah

    kah kah kah kah...TOK NENEK SETAN DARI KUBANG PAS ATAU KUBANG PASU...kah kah kah kah

    [TERER]

    BalasPadam
  2. Bangang punyer manusia..syaitan dah berjaya menjadikan dia join dalam kelab syaitan..
    sepatutnya dia di tembak dengan senapang gajah...arghhhhhhhhh..geramnyer akuuuuuuu

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama3/5/10 11:07 PG

    hukum bunuh saje! zalim? sebat dgn rotan 5 sebatan bgi setiap kali perbuatannya merogol sbg peringatan. kalau bapa pun x blh d percayai mcana nak hidup bkeluarga. Ibu pula spatutnya asingkan tempat tdor anak2 pompuan di bilik yg ttutup. Ingatkan anak2 supaya jaga aurat wlwpun d hdpn ayah sendiri. tanamkan rasa malu & takut klu berduaan saje dgn lelaki(krn syaitan jd pihak k3) wlwpun dgn ahli klga sendiri.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3/5/10 11:22 PG

    asas agama,rezeki yg halal,batas pgaulan lelaki-perempuan,mahram-bukan mahram ,adab pergaulan dlm keluarga spatutnya mjadi tunggak kesempurnaan kehidupan dlm perkahwinan & kekeluargaan. jika semua ini tiada @d remehkn, maka itulah yg tjadi!! Kita tlalu mfokuskan perhatian kpd gol remaja wanita shj...spatutnya lelaki patut d sedarkan bhw mereka spatutnya mjadi pelindung, pemegang amanah & pemimpin bukannya perosak. Jangan asyik melayan tuntutan hawa nafsu saje!!

    BalasPadam
  5. setan segala setan telah merasuk setan, lalu setan pun menjadi setan,lebih teruk lagi setan telah dipersetankan menjadi setan, memandangkan setan telah merakus anak setan, anak setan pn memberitahu kepada bini setan, lalu smua telah dipersetankan...

    BalasPadam
  6. Austin 3:16..if you think this kind of father should be eaten by a crocodile. gimme a he'll yeah¡!!!!!!!

    BalasPadam
  7. bodoh nya bapa beg2 ...

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama15/9/13 1:06 PG

    dalam hal seperti ini siapakah harus di persalahkan ,bapa apa itu kejam terlalu kejam

    BalasPadam
  9. Bagang pnya bapa..

    BalasPadam
  10. ktrlaluan!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive