Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 02, 2009

DAP Kedah tidak wajar terburu-buru




ALOR SETAR, 1 Julai: Para pemimpin DAP Kedah tidak patut membuat keputusan terburu-buru untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat kerana penjelasan telah dibuat berkaitan dengan perobohan rumah penyembelihan babi di Mergong itu.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Exco kerajaan negeri, Datuk Fakhrulrazi Zawawi juga telah memberikan penerangan kepada pemimpin DAP Pusat mengenai perkara ini.

"Nampaknya, mereka faham dan meminta kita menyesaikan segera isu ini. Namun kita tidak boleh halanglah jika mereka mahu terus bersikap begitu (keluar dari kerajaan Pakatan)," kata Azizan.

Beliau mengulas tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk keluar dari kerajaan Pakatan di Kedah kerana tidak berpuashati dengan kerajaan negeri.

Ia ekoran perobohan pusat penyembelihan babi di Mergong, yang sudah beroperasi tanpa lesen lebih 30 tahun lalu.

Pagi tadi, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah merobohkan bangunan itu selepas mendapat bantahan demi bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan.

MBAS sebelum ini telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.
Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi.

Kegiatan penyembelihan babi di sini telah dihentikan mereka sejak 26 Jun lalu.
Hari ini, bangunan itu dirobohkan selepas tempoh sebulan yang diminta telah tamat pada 30 Jun lepas.

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.

"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

siasahdaily


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai

2 ulasan:

  1. ni la contoh nasib pakatan rakyat kalau ditakdirkan menang PRU13 nanti, baru kes babi, kalau kes nak laksana undang2 hudud macamana?
    lepas ni lim guan eng tentu akan buat kenyataan dan penjelasan: skemanya mungkin berbunyi begini :

    "dap pusat tak tahu menahu, keputusan ini di buat oleh DAP kedah, tapi kita akan berbincang dan mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin."

    nampak sangat la orang bukan islam ni, jika menyentuh kepentingan kaum mereka atau agama mereka, mereka akan bersatu untuk memperjuangkannya, jangan sampai kepentingan mereka tergugat.orang islam macam mana?asyik berperang?

    kerajaan perpaduan dengan umno pun tak boleh gak, jadi aku rasa la pas kena tegak di atas sikap, pendirian dan prinsip islam secara tegas, sapa2 nyokong tanpa kira agama, kita terima...

    pikiag la elok2 wahai pimpinan pas, kerana sering kali rakyat(penyokong) terpaksa mengikut saja keputusn pemimpin.

    kpd ust azizan, cuba jadikan ini sebagai kayu ukur, kerana nak jaga hati bukan islam, kerajaan negeri tak laksana pengharaman judi dan kawalan arak seperti kelantan, itu pun bila timbul isu babi ni, DAP dah keluag dari pakatan rakyat.jangan kerana salah kita, maka Allah tarik berkat kerajaan konon islam kita......

    BalasPadam
  2. Hanya BN saja layak memerintah dalam Malaysia ini.Pas itu hampeh.Nak kuasa saja tapi otak takda untuk memerintah.Perkara remeh pun tak boleh nak diselesaikan.Pemimpin2 Pas hanya layak jadi ketua kampong je.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive