Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Julai 14, 2009

KEPUTUSAN RASMI PRK N41 MANEK URAI




MANEK URAI: PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti tipis 65 undi.

Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.

Majoriti PAS pada Mac 2008 ialah 1,352 undi.

Ia diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pukul 9.07 malam selepas suasana cemas dengan kiraan undi di beberapa pusat mengundi sejak 7 malam tadi.

Sejak 7 malam tadi muncul pelbagai desas-desus bahawa masing-masing calon PAS dan BN mencapai kemenangan di kubu kuat PAS ini.

Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004.

Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.

Seramai 12,293 pengundi layak untuk calon pilihan mereka antara Tuan Aziz dan Fauzi. Hampir 99.2 peratus pemilih adalah kaum Melayu sementara hanya 0.46 peratus Cina, 0.23 peratus India dan 0.11 peratus kaum-kaum lain.

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS 5348
UNDI BN 5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)



E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. seperti yang dijangka Pas menang tipis. Dah kata jangan pandang semeh pada Mustapha Mohamad. Nyaris membuat kejutan. Apapun Pas jangan bongkak lagi..kekuatan Pas hampir rapuh..takkan nak kata ada pengundi hantu kut?. BN/UMNO berjaya mencuri hati pengundi....tepuk dada tanya selera...

    BalasPadam
  2. he..he.. begudol kalah.
    Kalau kalah tipis takkan Muhden balik awal.
    Mesti depa tau dah kalah teruk punya.
    Tepuk kepala banyak2.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive