Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 06, 2009

MANEK URAI - KEMENTERIAN PELAJARAN TAK JADI BERTANDING




MERIAH SUNGGUH KEMPEN PILIHANRAYA DI MANEK URAI.DALAM PADA PARTI POLITIK SEPERTI PAS DAN BN BERKEMPEN,KEMENTERIAN PELAJARAN JUGA TIDAK TURUT TERKECUALI UNTUK BERKEMPEN DI MANEK URAI.BAGAIMANAPUN SELEPAS PROSES PENAMAAN CALON DITUTUP PAGI TADI, KEMENTERIAN PELAJARAN TIDAK PULA MELETAKKAN CALON MEREKA DI DALAM PILIHANRAYA KECIL INI.RAMAI YANG BERPENDAPAT ADALAH MUSTAHIL UNTUK KEMENTERIAN PELAJARAN MENAMAKAN CALON MEREKA BAGI PILIHANRAYA KECIL MANEK URAI KERANA KEMENTERIAN PELAJARAN BUKANLAH PARTI POLITIK.JADI UNTUK SIAPA KEMENTERIAN PELAJARAN BERKEMPEN KALAU BUKAN UNTUK UMNO BN YANG SEMAKIN TERTEKAN MEMENANGI HATI RAKYAT DI MANEK URAI.

BUAT UMNO BN WALAUPUN MEREKA DAPAT MEMENANGI HATI RAKYAT DENGAN MENGGUNAKAN SEGALA JENTERA KERAJAAN YANG MEREKA KUASAI NAMUN BELUM TENTU DAPAT MEMENANGI PILIHANRAYA KECIL INI.DAPAT MALU LAGI ADA LA....


Manek Urai: 6,000 pelajar dapat uniform, beg sekolah

Jul 5, 09

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerian berkenaan.

"Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini, lapor Bernama.

Mustapa berkata sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai hari ini dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.

Sebelum itu Mustapa sendiri telah menyampaikan bantuan itu bagi mewakili Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manek Urai.

Penamaan calon esok

Sementara itu Mustapa meminta majikan baik di sektor kerajaan dan swasta membenarkan kakitangan mereka untuk pulang mengundi memilih wakil rakyat baru DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

"Jangan nafikan hak pengundi dan ini merupakan kesalahan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini yang mendakwa mendapat laporan ada majikan yang tidak akan membenarkan pengundi di Manek Urai untuk pulang menunaikan tanggungjawab itu.

Selain itu Mustapa berkata fasa kedua kempen pilihanraya Manek Urai akan bermula esok yang merupakan hari penamaan calon DUN itu.

Esok Muhyiddin dijangka mengetuai perarakan lebih 10,000 penyokong BN ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

BN menamakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calonnya manakala PAS meletakkan harapan kepada Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah, 50, bagi mempertahankan kerusi DUN itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada
PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.

Dalam pilihanraya umum 2008, Ismail menang kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti 1,352 undi, menewaskan calon BN Mohamed Zulkepli Omar.


malaysiakini


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai

2 ulasan:

  1. kem. pel. adalah cawangan umno dalam bahagian putrajaya, betul kan?

    BalasPadam
  2. matkepe.. ketua cawangan dia.. muhyiddin? kihkih.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive