Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Julai 05, 2009

MANEK URAI - KEMENTERIAN PELAJARAN TURUT BERKEMPEN



MERIAH SUNGGUH KEMPEN PILIHANRAYA DI MANEK URAI.DALAM PADA PARTI POLITIK SEPERTI PAS DAN BN BERKEMPEN,KEMENTERIAN PELAJARAN JUGA TIDAK TURUT TERKECUALI UNTUK BERKEMPEN DI MANEK URAI.BAGAIMANAPUN TIDAK DAPAT DIPASTIKAN SAMADA KEMENTERIAN PELAJARAN JUGA AKAN MELETAKKAN CALON MEREKA DI DALAM PILIHANRAYA KECIL INI.NAMUN ADALAH MUSTAHIL UNTUK KEMENTERIAN PELAJARAN MENAMAKAN CALON MEREKA BAGI PILIHANRAYA KECIL MANEK URAI KERANA KEMENTERIAN PELAJARAN BUKANLAH PARTI POLITIK.GILA BABI KA APA KEMENTERIAN NAK MASUK BERTANDING....


Manek Urai: 6,000 pelajar dapat uniform, beg sekolah

Jul 5, 09 9:32pm

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerian berkenaan.

"Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini, lapor Bernama.

Mustapa berkata sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai hari ini dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.

Sebelum itu Mustapa sendiri telah menyampaikan bantuan itu bagi mewakili Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manek Urai.

Penamaan calon esok

Sementara itu Mustapa meminta majikan baik di sektor kerajaan dan swasta membenarkan kakitangan mereka untuk pulang mengundi memilih wakil rakyat baru DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

"Jangan nafikan hak pengundi dan ini merupakan kesalahan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini yang mendakwa mendapat laporan ada majikan yang tidak akan membenarkan pengundi di Manek Urai untuk pulang menunaikan tanggungjawab itu.

Selain itu Mustapa berkata fasa kedua kempen pilihanraya Manek Urai akan bermula esok yang merupakan hari penamaan calon DUN itu.

Esok Muhyiddin dijangka mengetuai perarakan lebih 10,000 penyokong BN ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

BN menamakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calonnya manakala PAS meletakkan harapan kepada Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah, 50, bagi mempertahankan kerusi DUN itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada
PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.

Dalam pilihanraya umum 2008, Ismail menang kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti 1,352 undi, menewaskan calon BN Mohamed Zulkepli Omar.


malaysiakini


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. Sungguh bertuah rakyat Manik Urai..nampaknya Umno betul2 tak tipu..janji Umno utk jadikan Manik Urai kawasan anak angkat sekiranya memenangi PRK itu telah dibuktikan awal2 lagi..katanya, ini sebagai tanda ingatan dan pernghargaan dari pihak kementerian pada seluruh rakyat Manik Urai..sungguh 'bijak' dan 'bernas' sekali alasan ini..

    Ternyata, 'kuasa' yg ada pada Umno tiada tolok bandingnya, tiada siapa yg mampu melawan dan menggugat 'kuasa' yg ada pada Umno, selaku parti tonggak pemerintah..betul lah kata 'orang', BN itu ialah 'Beri Nikmat'...'BN perintah, rakyat senang', dan sebagainya..

    Penulis yakin, tawaran (baca rasuah) wang dan hadiah kepada rakyat Manik Urai ini bukanlah yg terawal dan yg terakhir..pertarungan sebenar baru bermula esok, ini bermakna, penduduk Manik Urai berpeluang untuk menjadi OKT (Orang Kaya Baru) hanya dlm beberapa hari sahaja lagi..minta lah apa yg diidamkan, tuntutlah apa yg diinginkan, nascaya Umno mampu merealisasikannya..

    Apa pun itu perancangan mereka, pada fikiran mereka sejak dulu kini dan selamanya, dgn tawaran (baca rasuah) berupa wang dan hadiah sebegitu, maka undi pastinya akan beralih arah kdp mereka..tapi mungkin mereka terlupa, negeri Kelatan bukanlah seperti negeri2 lain, orang Melayu Kelantan bukanlah seperti orang Melayu Johor atau Terengganu..

    Jika Melayu negeri lain, cukup diberi mesin jahit dan beras sekampit, undi ternyata terarah kepada lammbang 'dacing', tetapi di Kelantan situasinya cukup berbeza..rakyat Kelantan sudah berpengalaman selama lebih 20 tahun..walaupun ditawar segala harta benda dan kesenangan, undi mereka tetap setia kepada lambang 'bulan'..bak kata Tok guru, beri wang kita ambil, beri gula kita kacau, beri beras kita tanak, tapi bila undi, undilah 'bulan'...=)

    wallahua'lam.

    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/menjelang-penamaan-calon-n41-manik.html

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6/7/09 1:02 PG

    tq pria malaya...

    BalasPadam
  3. hahaha ini semua kebetulan je... da lama nak bagi beg n uniform... tak tau lak tarikh nak bagi tu rupe2nye dekat ngan pilihan raya... hahahahaktui la BN.... anak angkat... INGAT!!! klau BN tewas pun BN tetap perlu bagi hak negeri KELANTAN!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive