Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 03, 2009

MANEK URAI - KENALI CALON PAS




Fauzi Bin Abdullah

Kiri-kira 50 tahun yang lalu, lahir seorang anak watan kepada pasangan Abdullah dan Limah bt Dollah yang diberi nama Fauzi bin Haji Abdullah. Beliau merupakan anak ke-6 daripada pasangan bahagia ini. Lahirnya di Bukit Marak, Kelantan, dan kemudian berhijrah ke Kuala Krai, lalu menetap di Pekan Guchil.

Di Pekan Guchil itulah, beliau dibesarkan bersama ibu dan bapanya yang kemudiannya memikul tanggungjawab dengan gigih mendidik 4 orang lagi adik-adiknya sehingga berjaya ke puncak pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Aminah bt Mahmud dan kini dikurniakan Allah ta'ala 5 orang anak. Berbekalkan kesedaran tinggi mendidik anak-anak, sulungnya kini telah berjaya ke universiti sementara adik-adiknya masih di bangku sekolah.

Kini, beliau bukan sahaja berjaya dalam keluarga malah berjaya sebagai tokoh masyarakat, maka sesuai dengan sifatnya yang mudah didampingi, mesra dan rapat dengan masyarakat serta menyelami kesusahan dan kesempitan rakyat.

Pengalaman beliau lama dalam parti sejak remaja lagi. Maka beliau diberi kepercayaan sebagai ketua cawangan Bandar Krai. Mendapat kepercayaan kerajaan negeri dilantik sebagai Penyelia Dun Guchil dan Ahli Majlis Daerah Kuala Krai. Menyebabkan beliau lebih terkenal di kalangan rakyat. Sesuai pula latar belakangnya sebagai pengusaha dan peniaga yang berjaya di Bandar Kuala Krai.

Disokong lagi sifatnya yang warak dan tawaddu' yang mempunyai kesetian tinggi kepada parti. Maka, beliau sentiasa mendapat kepercayaan menduduki jawatan Bendahari PAS Kuala Krai.



Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive