Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Julai 07, 2009

MANEK URAI : LAYAN LAGU ROCK TAPI JIWANG


LAYAN LAGU MAY - PELAYARAN
Berilah peluang kepada diriku...meneruskan pelayaran ini...

BEGITULAH RAYUAN UMNO BN. KALAU UMNO BN KALAH DI MANIK URAI MEMANG UMNO BN AKAN TERBURAI KALI NI.UMNO BN MESTI MENANG KATA DEPA.INILAH HARAPAN TERAKHIR UMNO BN UNTUK MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT.HANYA DENGAN KEMENANGAN SAJA YANG DAPAT MEMASTIKAN UNTUK MEREKA MENERUSKAN PELAYARAN INI.JIKA TEWAS,UMNO BN AKAN TERUS KARAM SEDALAM-DALAM LAUTAN.UMNO BN AKAN KARAM HINGGAKAN DNA UMNO BN PUN TIDAK AKAN DITEMUI LAGI SETELAH KARAM KALI INI.

MAKA SEBAB ITULAH KITA DAH NAMPAK BETAPA UMNO BN SEMAKIN JIWANG SEJAK AKHIR-AKHIR NI.APAPUN LAYAN JE LA...ZASSSS!!!!!!


Muhyiddin: Beri BN peluang

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi di Manek Urai - yang majoritinya Melayu - supaya memberi peluang kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.

Katanya, BN akan menekankan bahawa pembangunan fizikal perlu selari dengan konsep pembangunan Islam yang dibawa PAS selaku kerajaan negeri Kelantan sejak 1990.

Seramai 99.2 peratus daripada 12,293 pengundi di kawasan DUN Manek Urai adalah orang Melayu.

Sehubungan itu, katanya, peranan jentera BN untuk memberi penerangan kepada pengundi, amat penting bagi menjelaskan hasrat dan harapan BN kepada rakyat di Manik Urai, lapor Bernama.

"Kita kena damping dengan pengundi untuk betulkan pandangan serong yang dibangkitkan lawan termasuk oleh Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya
kepada pemberita di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di Kuala Krai hari ini.

Pilihanraya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dengan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Tuan Aziz ialah bekas pegawai Kesedar manakala Mohd Fauzi ialah seorang pemborong ikan.

Nafi pengundi taksub

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri yakin BN mampu mengulangi kejayaannya di Pengkalan Pasir pada Disember 2005 jika semua pihak memainkan peranan.

Muhyiddin turut menolak andaian pengundi Manek Urai taksub dengan pemimpin.

Oleh itu, beliau juga mengingatkan bahawa kemantapan jentera BN khususnya untuk menangkis dakyah parti lawan di Manek Urai.

Katanya, faktor calon yang baik tidak memadai jika tidak dibantu dengan kerja keras jentera parti di semua peringkat untuk memenangi hati pengundi.

"Harapan (untuk menang) itu ada, tapi secara ikhlas kita perlu kerja keras.

"Jurang antara kita dan lawan semakin rapat. Perlu komitmen dan kesungguhan dan kerja kuat jentera parti," katanya.

Mengakui bahawa Manek Urai ialah kubu PAS, Muhyiddin menolak persepsi bahawa sentimen pengundi tidak memihak kepada BN.

"Apa yang penting tunjukkan BN parti yang ingin bantu rakyat dan wakili semua kaum," katanya.

malaysiakini


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. jika UMNO menag, itu adalah satu bonus..jika kalah, memang UMNO sentiasa kalah di tempat itu.

    menang atau kalah adalah adat demokrasi.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive