Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Julai 12, 2009

Manek Urai - Renggo menghiburkan anak muda di Lata Rek


LATA REK, 12 Julai - "Saudara Mat Sabu merupakan orang pertama yang menyuruh saya mengalunkan azan setelah saya menyertai PAS," ujar penyanyi Renggo ketika menghiburkan para hadirin di program Hari Keluarga Belia semalam.

Program anjuran Urusetia Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kampung Chatel itu dihadiri kira-kira 200 beliawanis yang terdiri dari anak-anak muda Manek Urai.

Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli merupakan vokalis kumpulan Arrow yang pernah terkenal sekitar tahun 90-an mendendangkan beberapa buah lagu berbentuk ketuhanan yang liriknya dipetik dari beberapa siri ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program hari keluarga yang dibuat di pesisir Lata Rek ini menyaksikan penyertaan pelbagai peringkat usia dengan aneka program dan sukaneka yang telah dirancang seperti pertandingan gubahan hantaran, mengupas buah lai dan juga berbeku.

Program cabutan bertuah antara acara yang paling mendapat sambutan dari hadirin.

prk641

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive