Khamis, Julai 02, 2009
Manek Urai - Tolak debat, bimbang PAS bogelkan dasar Umno
Tarmizi Mohd Jam, Salmiyah Harun & Anis Nazri
DEBAT terbuka antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin akan mencipta sejarah kedua selepas Debat Anwar-Shabeery Chik jika Najib tidak gentar menyahut cabaran itu.
Hanya melalui debat terbukalah satu-satunya peluang Najib untuk menyangkal dakwaan Tok Guru Nik Aziz bahawa Umno/BN bukannya sesat sebagaimana yang dilakukan oleh Pemuda Umno Kelantan.
Najib sebagai orang pertama dalam kerajaan wajar mencuri peluang keemasan ini untuk mempertahankan dasar perjuangan Umno/BN dan membuktikan kepada rakyat dasar Umno dan BN bukan sebagaimana yang didakwa "sesat" oleh Menteri Besar kelantan itu.
Hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis 23 Jun berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
Aduan itu dibuat oleh Ketua Pemuda, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu jam 10.30 pagi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.
Ekoran tindakan Pemuda Umno itu, Tuan Guru Nik Aziz turut membuat draf surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri untuk mengadakan perdebatan berkenaan isu yang dibangkitnya dalam ceramah di Menek Urai itu.
Bagi Tok Guru Nik Aziz antara jalan terbaik untuk menyelesaikan isu PAS-Umno wajar dibincangkan secara berdepan, perkara itu tidak akan selesai dengan menggunakan media.
Namun, mantan Perdana Menteri yang menjadi mentor Najib, Tun Mahathir cepat-cepat memberi respons agar Najib tidak melayan cabaran Tok Guru Nik Aziz sebaliknya menyifatkan debat terbuka itu hanya membazirkan masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.
Alasan mentor Najib itu, bagi Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Dr Mahfodz Mohamed hanya menggambarkan Umno tidak berani berdepan dengan Tok Guru Nik Aziz.
"Kalau Umno tidak boleh menerima dakwaan Mursyidul Am PAS itu, sepatutnya mereka kena terima cabaran debat bagi membersihkan nama baik kononnya Umno dikatakan sesat," katanya ketika dihubungi.
Al-quran, hadis dan sunnah seharusnya menjadi asas kepada perjuangan Islam begitu juga kerajaan yang dilabelkan sebagai kerajaan Islam. Oleh yang demikian, asas itulah yang menjadi pegangan kepada pejuangan Islam, apabila orang Islam tidak ikut asas itu maka orang itu dalam golongan sesat, tegas Dr Mahfodz.
Katanya, sikap keterbukaan PAS melihat Umno dan PAS adalah sesama Islam dan apabila berdebat bukan sahaja menggunakan akal fikiran tetapi rujukan utama adalah Al-quran dan sunnah.
Mengulas tuduhan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Dato' Dr Kamarudin Kachar yang mendakwa kononnya Tok Guru Nik Aziz bukan pejuang Islam sebenar, Dr Mahfodz menyifatkan tuduhan liar itu keterlaluan. Sebaliknya beliau yakin, apa yang diperjuangkan oleh MB Kelantan itu adalah perjuangan Rasulullah SAW.
"Islam menyuruh kita bersatu padu berdasarkan al-Quran. Kena cermin dulu dan tengok muka kerana semua rakyat Malaysia tahu matlamat dan perjuangan Islam. Kalau benar! kenapa Najib tidak boleh terima tawaran debat terbuka," bidas Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan.
Islam mengajar umatnya berhujah bahkan menegakkan kebenaran adalah melalui hujah. Melalui debat itu, menurut Nasruddin, Umno dan BN bukan sahaja boleh menggunakan kesempatan untuk mengupas selain kemelut PAS-Umno bahkan berdebat berkaitan isu kepentingan rakyat seperti ekonomi atau sosial.
"Apabila pemimpin tertinggi membuka ruang sepatutnya Najib bersedia menerima, jika tidak dakwaan 'sesat' seperti yang amat dimarahi mereka itu, akan jadi benar lah," kata Nasruddin.
Anggapan pihak tertentu, debat itu tidak akan menyelesaikan masalah adalah salah kerana kebenaran itu dinilai melalui hujah kedua-dua pihak. Rakyat boleh memutuskan sama ada hujah itu benar atau salah melalui kekuatan berhujah.
Umat terdahulu sering mengajar supaya berhujah malangnya ramai pihak gagal berhujah kerana kerajaan menggunakan kekangan melalui ISA, OSA dan Akta Mesin Cetak untuk melindungi kelemahan mereka.
"Sampai bila masalah tidak akan selesai, sebaliknya menguatkan lagi persepsi Umno sebagai diktator yang tidak membenarkan atau tidak berani berdepan dengan rakyat," ujar Nasruddin.
Umno atau BN yang sudah lama memerintah negara ini dan merasakan mereka sudah Islamik tiada sebab untuk mereka tidak ambil tahu hujah Tok Guru Nik Aziz selaku individu yang arif soal Islam, tegas Ketua Jemaah Islam Malaysia (JIM), Zaid Kamarudin.
"Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk memberi hujah. Bebat ini cukup penting dan besar. Jadi, wajar didengar oleh kerajaan," katanya yang juga belum bersedia untuk menjadi orang tengah dalam debat terbuka itu.
Menjejaki panedapat rakan DAP berkenaan isu ini, Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, John Fernandez mengakui kerajaan Umno dan BN pada hari ini kononnya mengaku sebagai sebuah Kerajaan Islam tetapi mereka tidak mengikut seratus peratus apa yang ditegaskan oleh agama itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menyokong penuh pelawaan Tok Guru Nik Aziz itu untuk berdebat dengan Najib.
Sementara itu, penolakan dua mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi disifatkan sebagai penghinaan atas kebijaksanaan Najib Tun Razak dalam membuat keputusan berhubung cadangan Tok Guru Nik Aziz itu.
Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan dengan 'keputusan awal' dua mantan tersebut, dilihat seolah-olah Najib tidak memiliki kebijaksanaan dalam membuat keputusan.
"Biarkan Najib membuat keputusannya, sama ada ingin menerima mahupun menolak pelawaan Tuan Guru itu. Apabila mereka sibuk menyatakan ia (debat) membuang masa, dan sebagainya, seolah-olah menafikan kebijaksanaan Najib untuk membuat keputusan," tegas beliau.
Shamsul menyifatkan pelawaan Tok Guru itu yang dianggap terkehadapan, mengharapkan Najib menerima hasrat tersebut untuk melangkah ke kancah pembukaan minda dan wacana ke arah politik baru.
Malah, dengan langkah mengadakan debat dan perbincangan, khususnya secara terbuka Shamsul melihat ia bukan lagi persoalan baru, memandangkan pernah berlaku ketika debat Palestin antara Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor bersama Tun Mahathir, dan debat minyak antara Shaberry Chik dan Anwar Ibrahim.
Shamsul juga berpendapat jika Najib ataupun Umno benar-benar ikhlas, pelawaan Tok Guru wajar dipersetujui, khususnya dalam mencari erti perjuangan Umno itu sendiri yang kadangkala mengulangi hujah-hujah lama yang sudah tidak relevan seperti memperjuangkan bangsa Melayu.
Pelbagai reaksi dari pimpinan Umno yang enggan melayan pelawaan Tuan Guru itu dilihat sebagai kebimbangan tentang 'takut kalah' berhujah yang akhirnya menyebabkan parti Melayu terbesar dipalit dengan persepsi baru, Umno sudah tidak relevan.
Atas alasan itu, kemungkinan besar Umno tidak akan bersetuju untuk berdebat dengan PAS atau Tok Guru Nik Aziz kerana ia hanya akan membuka pekung Umno yang tidak Islamik itu. Dari diketahui umum, dasar Umno bercanggah syarak adalah lebih berbaloi kemukakan hujah menolak agar Umno tidak dipersalahkan.
harakahdaily
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Julai
(285)
- RAWANG JEM TERUK
- Jerangkung Hidup Bermaruah
- UMNO PAS : ANAK HARAM DAN PERHIMPUNAN HARAM
- Takziah, PAS hilang seorang lagi Adunnya
- Hampir 10,000 Uighur hilang dalam satu malam - Reb...
- UMNO BN jangan mimpi nak tawan semula Kedah
- UMNO PAS: 1Dunia,Tido didahulukan,makan diutamakan
- RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA
- SERAM : Diganggu roh tentera jepun
- Perhimpunan 1 Ogos aman
- Lagi bayi dua kepala dilahirkan
- 'Melepaskan Ibrahim Ali Tersepit'
- UMNO PAS: NIK AZIZ MEMANG POWER
- Keluarga Teoh Beng Hock Tetap Mahu Suruhanjaya Dir...
- Adun dakwa salah guna dibuat BN
- SPRM Langgar Undang- Undang Siasat Saksi Lebih Masa
- KEPUTUSAN TM LIGA PERDANA 29 JULAI 2009
- UMNO terdesak jalin kerjasama dengan Pas
- Pemimpin UMNO Pening Kepala
- DR ASRI GESA FATWA ISA DIKELUARKAN
- UMNO SUDAH 'MATI PUCUK' MANA BOLEH KAHWIN LAGI
- Sivakumar Membuat Laporan Polis Terhadap Dato SS
- Umno: 'Sekerat Ular, Sekerat Belut'
- Hayat UMNO Semakin Lama Semakin Pendek
- Pemuda Pakatan tubuh Majlis Muafakat
- KEPUTUSAN TM LIGA SUPER 28 JULAI 2009
- PR NAK JUMPA PM
- Inkues kematian Teoh bermula esok
- 'Konspirasi jatuhkan kerajaan Pakatan Selangor'
- SURUHANJAYA DIRAJA ATAU SARKAS DIRAJA ?
- SPRM tidak harus bersikap “tembak soalan” dalam si...
- Kucing hubungi 999
- Ini permainan Umno bukan saya, kata Nik Aziz
- GHAIRAH UMNO PULA BAGAIMANA?
- KONVOI PEMUDA BALING
- Tan Sri Khalid Arah Satu Audit Dalaman Dijalankan
- Kit Siang Buat Laporan Polis Terhadap Ancaman Bunu...
- LAGI LORI REMPUH KERETA - 5 TERKORBAN
- FAM selamatkan Pahang lagi?
- BN cuba pecahkan Pas: Mahfuz
- Umno diingatkan jangan manipulasi kenyataan Nik Aziz
- Sokong Tun Abdullah sertai Pas
- LAPORAN POLIS BLOG SEBAR FITNAH
- Nizar : Suruhanjaya Diraja perlu kuasa penuh
- Petani minta anak gadis berbogel
- Kit Siang Kepada Ong: Alang-alang digulingkan, ded...
- Treler rempuh kereta ketika lampu isyarat merah
- Pemuda UMNO piket bantah Selcat gantung ADUN
- Liu dedah butiran perbelanjaan DUN Sg. Pelek
- Apabila saya berdebat dengan Umno
- NIZAR TIDAK SALAHKAN HARUN,ZAMBRY DAN HARUSSANI
- Lawak Ahad : Jom bunuh syaitan!
- 10 cawangan MIC tutup kedai
- Yasmin meninggal dunia
- KEPUTUSAN TM LIGA SUPER 25 JULAI 2009
- 2 tukul tersekat dalam dubur
- Manek Urai : PAS Keuntungan, UMNO Kerugian
- “Helang Lebuhraya Polis” kuasa EVO 10
- Penuntut UM serah Memorandum kepada SUHAKAM
- Exco Selangor Nafi Ada Kaitan Dengan Kematian Teoh
- JAWATAN KOSONG DI KEDAH
- Nizar pegang lilin: Bukan majlis berkabung - Khali...
- Kuliah isu babi untuk Umno Kedah
- FC SEOUL 2 VS 3 MANCHESTER UNITED
- Siasat punca kematian
- Lelaki lepas nafsu pada mayat wanita dibunuhnya
- Kematian Bukan Hal Politik – MB Selangor
- Manek Urai : Buktikan gas dalam Kelantan
- Kontroversi DS Nizar dan lilin
- NIZAR DAN LILIN : ZAMBRY HAIRAN DIA KENA SERANG
- Projek Loji Minyak: Kedah Jangka Raih RM400juta
- UMNO PKR: Razaleigh sertai PKR?
- 8 Individu Di Soal Siasat Berhubung Kes Teoh
- Tentang Kematian : Bersedialah Diri
- Dua beradik dicabul lelaki Bangladesh
- GMI Serah Memorandum Kepada Istana
- NIZAR DAN LILIN: NI DIA FATWA YANG ZAMBRY MINTAK
- 1Malaysia Nizar nyala lilin diutamakan
- Suruhanjaya DiRaja: Pakatan kaji anggotanya
- DEMONSTRASI UMNO
- SPRM Harus Disiasat Hingga Ke Lubang Cacing -Razal...
- THAILAND 1 VS 1 LIVERPOOL
- Padan muka hang Zambry, kena sebiji dengan Tok Guru
- PEKUNG BN TERDEDAH
- METER PARKING TIDAK SAH
- RM10,000 untuk pembunuh Teoh
- Imam Besar ajak ke masjid, Menteri Besar galak ke ...
- Kes liwat: Anwar dakwa afidavit 'palsu'
- KEPUTUSAN TM LIGA SUPER 21 JULAI 2009
- Tengku Temenggong saman Manohara, ibu mertua RM105...
- Terlalu Banyak Wang Digunakan Untuk Membeli Undi d...
- UMNO tidak ikut Islam
- ORANG UMNO BARU TAU TAKTIK PR
- CARI RESTORAN BERAHI TERJUMPA REBAN AYAM
- Kematian Teoh: Ahli Majlis Perbandaran tolak beri ...
- Hantar Memorandum Kepada SPRM
- KEPUTUSAN MALAYSIA VS MANCHESTER UNITED
- Terkini Msia vs MU
- Terkini Msia vs MU
- Kejutan buat PAS di Manek Urai
-
▼
Julai
(285)
bimbang PAS yg dibogelkan nanti...
BalasPadamklu isu ni pun tak dapat jawab... apa guna berdebat???
1. kenapa kerjasama ngan DAP sanggup, tapi kerjasama ngna UMNO salah???
2. blajar kitab mana mengkafirkan org??? sdgkan mengatakan seseorg berdosa pun salah kerana ia hak ALLAH.
3. islam tidak pernah membezakan rakyatnya dan penganutnya... kenapa perlu membezakan islam UMNO dan islam PAS?
4. sepanjang pemerintahan PAS di Terengganu, ajaran Ayah Pin berkembang... tiba bila UMNO mengambil alih... ia dihapuskan.. patutkah UMNO dikatakan sama seperti ajaran sesat AYAH PIN???
5. dalam islam tidak dibenarkan mendedahkan keburukan org lain apatah lagi melakukan FITNAH. kitab mana kah yg PAS baca untuk menghalalkan fitnah dan mendedahkan keaiban org lain???
6. islam melarang perbalahan sesama umat... tetapi PAS dengan lantang menghalalkan darah org UMNO ditumpahkan kononnya atas jihad islam... kitab mana yg PAS baca???
7. didalam islam tidak boleh riak, apatah lagi mempersoalkan tahap keislaman org lain... dari dalil dan wahyu manakah PAS dapat hak mempersoalkan keislaman seseorang???
8. tidak pernah disebutkan dalam mana2 kitab atau hadis, undi PAS masuk syurga... jika begitu maka sudah ramai yg menghuni neraka jahanam... terutama masyarakat sebelum merdeka yg tak mengundi PAS??? tidak ada dalam dalil pun menyebutkan undi pas dapat pahala berlipat kali ganda seperti ibadah lain....
9. siapa anda hendak dibandingkan dengan ALLAH swt??? ALLAH menggunakan istilah cacian untuk melaknat. dan DIA berhak kerana DIA maha berkuasa dan PEMILIK ALAM SEMESTA, taraf apakah kita nak dibandingkan dgn KEBESARAN ALLAH???
10. setelah menang 5 negeri dlm PRU yg lalu apa yg telah PAS wat??? janji2 bukan shj tidak dikota malah mengelak apabila org mempersoalkan janji2 anda. di kedah (isu tanah, parking percuma, kebanjiran perumahan mewah,PATI,isu rumah ibadat) perak (isu tanah 999, kehilangan pelabur) pulau pinang(isu tanah,gagal memenuhi janji menghapuskan miskin tegar dlm 1 tahun, org melayu terpinggir), kelantan (isu kemudahan asas, kerja untuk golongan muda hingga terpaksa merantau, sosioekonomi)
jika anda mengatakan UMNO gagal mengotakan janjinya sekurang2nya UMNO ada juga melunaskan janjinya. malah UMNO tidak berjanji yg bukan2 yg manis di mulut KELAT di hati... jgn berjanji jika tak dapat dipenuhi!!! ukurlah baju di badan sendiri...
slm terbyte..kau ni faham ke buat x faham...yg pasal hukum hakam kalu x tau jgn ckp, umno leh kejasama dgn mCA n parti dayk kenapa pas x boleh...pasal perpaduan bkn tak mahu cb tgk masa pas gabung tahu 70an org kata sejarah jgn dilupa blaja dr sejarah bukan belaja mengulangi sejarah yg pahit kan bangang..sal ayah pin tak pasal2 kait dgn pas apahal itu bidang kuasa majlis agama dan polis...memang tidak pernah disebut undi pas masuk syuga kau nak tanya kau undi umno masuk syurga ke ada disebut dalam Quran atau Hadis...yg masuk syurga kita buat ibadat da patuh pada perintah Allah kalau sembahyang tapi hukum hudud tolak ktepi kan neraka jawabnya...pasal tok guru kata Allah mencarut cuba kau belaja mantik k...itu kiasan utk menunjukkan kekuasaan sepaya org Takut pada Allah...tlglah dalami ilmu hususnya mantik...fitnah UMNO tak buat ke????nak tanya kau TV3 tV1 utusan dan media pro dok memburukkan PR bukan fitnah...bangang...pasal PR menang 5 negeri ada yg PAS buat kau org juga tak nampak. n pasal kemudahan sas cuba kau pg sabah n sarawak mcm mana buta ke???itu semunaya terletak dibawah bidang kuasa PUSAT..cuba kau tgk perlembagaan Malaysia bidang kuasa negeri dan pusat...pemberian tanah 999 thn kau ungkit kenapa kau tak ungkit sal ber tanah kat org melayu..BN x bagi tanah kat cuba tgk pinang, tanah org melayu kat banadar besar KL JB ape jadi semua siambil utk dimajukan akhirnya org melayu tinggal kat umah pangsa, kos renadah..bukan persoal keislaman cuma tgk mana yg tak betul dari segi perbuatan adakah memenuhi kehendak Islam???jgn dok fitnah...x larat dah aku nak tulis...tp yg penting aku bersyukur sbb PR dapat memrintah 5 negeri n skrg 4 sbb rompakan BN kat Perak...Alhamdulillah kemenangan ini telah mebuka mata terutama sekali BN belajar keran yg snnrnya riak dan sombong dgn rakyat adalah BN...buat harta negara macam harta bapak...thanks...fikirlah n renungkan jg mata kiat buat kerna DuiTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT.krn duit blh mengaburkan mata perkara yg baik akan jd jahaht dan jahat akan jadi baik...
BalasPadamorang umno yg paling cetek ilmu dan malas nak mengkaji dok pikir duit..duit ...silap sikit takpa yg penting diut ..kutuk raja hina nabi ...tak pa duit ..duit...kes bunuh...takpa duit.... rasuah takpa duit....pendek kata semua duitla...bloger kutuk tappa duit....orang melayu islam macam aku akan sentiasa sokong pas sebab bagi aku nak tengok cara perintah pas satu malaysia takan kat kelantan aje umno rehatla sepengal 2 kalau pas buat taik korang ruler la balik ni tidak bg alasan macam manusia ni bodah sangat tu yg orang meyumpah tu
BalasPadam