Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Julai 14, 2009

Manek Urai :Umno BN jangan berbangga sangat


Bukan pencapaian diutamakan ka? OOO hangpa nak kencing orang Manek Urai ka?


KUALA KRAI, 14 Julai- Umno tidak mampu berbangga dengan peningkatan undi yang diperolehinya di Manek Urai memandangkan parti itu dibantu sepenuhnya jentera kerajaan.

Sebaliknya Umno boleh memenangi pilihan raya tersebut berdasar suntikan kebendaan yang diterima penduduk di Manek Urai lebih-lebih lagi pemimpin Umno sudah lama berkampung di sini.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, kemungkinan besar pengaruh kempen Umno yang mana kerajaan PAS tidak terjejas biar pun Umno menang di Manek Urai sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi.

"Peluang yang ada pada Umno dengan peratusan pengundi Melayu ramai sehingga lebih 99 peratus Umno masih gagal menarik perhatian rakyat. Impian mereka belum menjadi kenyataan.

"Lebih-lebih lagi dengan janji Perdana Menteri di bawah pakej 1 Malaysia dan dibantu dengan propanganda media namun Umno masih gagal. Ini ternyata memberi satu tekanan hebat kepada parti itu," katanya di sini.

Pada pilihan raya itu PAS mendapat 5348 undi, manakala BN - 5283 undi dengan majoriti diperolehi Mohd Fauzi Abdullah sebanyak 65 undi. Pada pilihan raya umum 2004 BN menang 53 undi.

Peratusan keluar mengundi sebanyak 87.22 peratus dan undi rosak 92 undi. Daripada 9 peti undi PAS menang empat.

Mahfuz berkata, keputusan pilihan raya itu perlu dilihat secara serius oleh PAS bagi meningkat semula sokongan rakyat.

"Saya percaya PAs akan melonjat semula pada pilihan raya umum akan datang kerana jentera kerajaan tidak mampu lagi memberi tumpuan kepada Manek Urai sahaja berbanding sekarang," katanya di sini.

Pengarah Strategik KeADIlan, Tian Chua berkata, Umno terlepas peluang keemasan memenangi pilihan raya tersebut memandangkan peratusan orang Melayu hampir 100 peratus di Manek Urai.

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive