Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 13, 2009

MANEK URAI : UMNO BN TAK KONFIDEN MENANG



Sehari lagi sebelum hari mengundi, UMNO BN kelihatan semakin tidak konfiden untuk memenangi pilihanraya DUN Manek Urai.Terbaru UMNO BN terpaksa mengumpan jambatan berharga RM7 juta jika BN menang kali ini.Ini semua terpaksa dilakukan kerana mereka tidak konfiden akan menang.

Umpan jambatan yang seolah-olah menghina penduduk Manek Urai.Kalau nak jambatan kena undi BN,apa barang? Lihat saja di Putrajaya berlambak-lambak jambatan yang berharga jutaan ringgit dengan sewenang-wenangnya dibina walaupun sekadar kosmetik bukannya kerana keperluan mendesak.Padahal wang yang digunakan itu adalah wang rakyat bukannya wang UMNO BN.

Di samping berbagai umpan dan gula-gula serta projek mee segera ditabur untuk penduduk Manek Urai, UMNO BN turut memaksimumkan penggunaan kementerian dan jabatan kerajaan bagi menarik sokongan penduduk.Semuanya sedang berkampung di Manek Urai untuk menakluk kembali DUN Manek Urai yang pernah mereka menangi pada 2004.

Bayangkan jika UMNO BN masih gagal mendapat mandat rakyat dengan segala limpahan projek mee segera dan segala macam lagi sumbangan kewangan yang mereka tabur semasa kempen pilihanraya.Alangkah malu bukan kepalang lagi jika itu yang berlaku.Maka UMNO BN akan terburai di Manek Urai kali ini.Berdasarkan sokongan semasa kepada PAS,Insya-Allah itulah yang akan berlaku pada 14 Julai nanti setelah keputusan diumumkan...biaqpila.blogspot.com...apa ada hal!


TPM: Undi BN dapat jambatan baru

Jimadie Shah Othman

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.

Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Kejutan PAS esok

Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.

Mengulas lanjut rancangannya itu, Muhyiddin berjanji akan membina jambatan baru itu sejurus sahaja Tuan Aziz menang dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini.

"Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya.

Pengumuman Muhyiddin mengenai jambatan baru itu dibuat selepas diwar-warkan beliau akan membuat pengumuman penting petang ini.

Dalam ucapannya itu, Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model "anak emas" kerajaan pusat, dengan menjadikannnya pusat "agropolitan" bagi memajukan penghasilan hasil taninya.

Daripada lebih 12,000 pengundi di Manek Urai, sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada sumber pertanian, terutamanya menoreh getah.

Esok, PAS pula dijadual membuat "kejutan besar" mereka. Kedua-dua tindakan tersebut dilihat sebagai "modal terakhir" kedua-dua pihak bagi memenangkan calon masing-masing.

malaysiakini

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. Bila la DPM ni nak cerdik. Org kelantan dah tak termakan janji-janji UMNO dah. Orang kelantan nak, buat dulu, minta bukti dulu.

    Janji dulu ni tektik tahun 70an kat pantai barat je. Orang kelantan dah kena tipu dalam tahun 1978-1990 dulu dengan UMNO. Sekurang-kurangnya kelantan membangun skit dari zaman UMNO dulu.

    Kalau hebat sangat pembangunan yang dibawa oleh UMNO, mengapa terengganu, perlis tak membangun dengan pesat sekarang ? Sepatutnya negeri-negeri ini telah setanding dengan selangor dan penang.


    bat8

    BalasPadam
  2. semundur ngeri2 lain, xsemundur negeri klantan..apa yg penting ko suruh jer tok guru ko jual keta mercedis dia yg arga RM500,000.00 bg kat rakyat, islam dlm kesederhanaan xbleh main swisscash tp dia bleh pulak main yer sampai RM100,000.00 banyak pulak duit dia yer..huahuahua...

    BalasPadam
  3. kat sana toyol dah beranak ke...???
    nampak cam bley buat duit jer....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive