Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 09, 2009

MANEK URAI : UMNO RINDU PADAMU NASHA

UMNO RINDU KEHADIRAN US NASHA, RINDU POSTER HJ HADI ?


SEPANJANG kempen Umno di Manek Urai, pemimpin-pemimpin Umno sentiasa menyuarakan persoalan mengapa poster Presiden Pas Tuan Guru Hj Hadi Awang tidak dinaikkan seperti poster-poster calon dan poster Mursyidul Am Pas. Inilah kali pertama dalam sejarah kempen Umno yang sering menyentuh tentang poster parti pihak lawan. Umno terlalu ingin melihat poster Presiden Pas, mungkin kerana rindu atau pun kerana dapat menyejukkan hati dan jiwa mereka.

Memang benar, di Manek Urai poster yang lebih mendominasikan perang poster adalah poster calon Pas dan Mursyidul Am Pas. Begitu juga poster-poster Umno, Pas tidak pernah mempersoalkan mengapa kurang atau lebihnya poster Najib dari Muhyiddin. Pas juga tidak hairan walaupun Umno melambakkan poster Rosmah Mansor (wanita pertama?) di semua kawasan kempen di Manek Urai. Sekiranya Umno berhajat untuk menampal poster`Altantuya' bagi mengenang kisah sedih wanita tersebut, Pas juga tidak akan membantah. Oleh yang demikian, Umno tidak perlu mempertikaikan kerja-kerja atau kempen Pas. Sekiranya Umno terlalu takut, benci atau geram dengan wajah Tuan Guru Nik Aziz pada poster-poster yang banyak itu, dinasihatkan Umno berjalan di Manek Urai dengan cara kepala tunduk ke bawah.

Umno juga sering mempertikaikan mengapa Us Nasha Timbalan Presiden Pas tidak turun berkempen di Manek Urai. Ini pun menjadi masalah pada Umno kerana mungkin terlalu rindu mereka dengan suara lunak Us Nasha. Pas mempunyai ramai pemimpin dan tokoh yang mampu berhujah dan berpidato, oleh yang demikian Pas tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan tenaga kempen dan penceramah. Bagi saya, Umno yang mempunyai masalah sehinggakan KJ terpaksa `merekrut'kan pemidato-pemidato mereka untuk dibawa ke Manek Urai. Usaha KJ tetap gagal kerana walau hebat bagaimanapun pemidato-pemidato mereka, mereka tidak mempunyai kekuatan hujah untuk menghadapi Pas apatah lagi di Kelantan. KJ sendiri tidak mampu menarik orang ramai dengan pidato dan hujah beliau kerana peribadi dan latarbelakang KJ sendiri telah di`rosak' serta dicemari dengan rasuah politik wang.

Jelas sekarang, Umno kini tertekan dan hilang arah untuk berdepan dengan Pas. Mereka benar-benar hilang punca di Manek Urai hinggakan perkara yang baik mereka lakukan dipandang sinis oleh masyarakat di Manek Urai. Mereka hadir dengan awal kempen mereka menghina golongan nelayan dan peniaga ikan. Mereka hadir di Manek Urai untuk `berlakon' menjadi seorang penoreh getah. Apabila sudah kekeringan idea, mereka menggunakan isu Kerajaan Perpaduan untuk menggambarkan betapa Umno terlalu inginkan perpaduan, tetapi di dalam masa yang sama kerajaan yang di`curi' secara haram di Perak masih berada dalam poket mereka. Umno juga berkata agar kempen di Manek Urai ini dapat dijalankan dengan berhemah dan beretika serta bersih, tetapi dalam masa yang sama media mereka seperti TV dan akhbar setiap hari memburukkan Pas dengan berbagai berita yang berat sebelah. Inilah mainan Umno di Manek Urai dan mainan ini telah lama dapat dibaca oleh pengundi-pengundi di Manek Urai.

Sehubungan itu, suka atau tidak pengundi-pengundi di Manek Urai tiada pilihan lain. Umno hendaklah ditolak dan ditalkinkan sebagaimana Pas telah mentalkinkan Kerajaan Perpaduan. Jadikan Kelantan sebagai bumi yang pertama `bebas dari Umno' menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah. /wfauzdin.blogspot.com


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Ust. Nasha semuga segera sihat...jalani pembedahan usus di Hospital serdang ( kata MStar). Bila dah pulih nanti mari segera ke Manek Urai..bagi sejuk sikit fonomena....harap-harap jumpa Mat ezam tanyakan khabarnya...kotak2 amacam ? ada usung tak?....ezam...ezam...oh ezam...

    BalasPadam
  2. semoga amda sembuh dan perbaiki kesilapan yang telah anda lakukan moga moga dengan pengakuan yang ikhlas itu dapat mentarbiahkan diri anda kepada kesapakatan menurut jalan yang diredhai oleh tuhan kamu.ingatlah tuhan tidak pernah lupakan lirik.
    abe uji naik perahu
    perahu mari dari krai
    kalau nasa ingin tahu
    mari datang kemanik urai

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive