Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 15, 2009

Nelayan dituduh rogol anak kandung




KUANTAN- Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana dituduh merogol anak perempuan sulungnya yang masih di bawah umur, 8 Julai lalu.

:Bapa berusia 44 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Datuk Mohd Noor Nordin di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.

:Dalam pertuduhan yang dibacakan, tertuduh yang mempunyai isteri dan enam anak termasuk mangsa didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu kira-kira jam 3 pagi, 8 Julai lalu.

:Tertuduh didakwa merogol anak gadisnya yang baru berusia 16 tahun itu ketika mangsa sedang tidur di rumah mereka di Jalan Penor dekat sini, awal pagi itu sebelum dia berjaya ditahan polis hari yang sama.

:Perbuatan tertuduh itu bukan sahaja menyalahi hukum agama, undang-undang dan adat malah boleh menjejaskan masa depan anak gadisnya yang masih bersekolah.

:Berikutan itu dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang 8 dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

:Hasrat tertuduh untuk bebas dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan tidak kesampaian apabila pihak pendakwaan membantah sebarang ikat jamin ke atasnya mengambil kira faktor keselamatan mangsa dan saksi.

:Noor Svetlana mempertahankan bantahan jaminan itu dengan alasan mangsa dalam kejadian itu adalah anak perempuan sulung tertuduh sendiri dan mereka tinggal serumah.

:Menurutnya, sekiranya tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin, ada kemungkinan dia mempengaruhi anak perempuannya itu sama ada mengugut atau mengancam mangsa sehingga menjejaskan keterangannya dalam perbicaraan kelak.

:“Ada kemungkinan tertuduh akan mengulangi kesalahan yang sama terhadap anak perempuannya itu jika mahkamah membenarkan dia bebas dengan ikat jamin,” katanya.

:Noor Svetlana berkata, mahkamah juga perlu mengambil kira faktor kesalahan lampau tertuduh yang sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan dadah.

:Tertuduh yang hadir dengan hanya berkemeja T dan berseluar pendek dalam rayuannya memohon agar dia dibenarkan diikat jamin sementara menunggu tarikh sebutan seterusnya.

:Dia yang tidak diwakili peguam dalam sebutan semalam berkata, sebagai ketua keluarga, dia terpaksa menyara isteri dan anak-anak serta seorang bapa yang uzur.

:Mengambil kira kepentingan awam dan menjamin keselamatan mangsa dalam kes ini, Ahmad Zamzani membenarkan bantahan ikat jamin terhadap tertuduh sebelum menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh sebutan untuk tertuduh melantik peguam.

sinarharian

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive