Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Julai 12, 2009

Tempoh 2 hari yang kritikal di Manek Urai



Saya bertolak semula ke Manek Urai jam 12.00 tengahari tadi setelah menziarahi Sdr Jalil Ishak AJK PAS Kawasan Kota Raja yang kematian anak beliau pagi tadi, itu pun sempat juga saya menziarahi orang tua yang sedang sakit tenat di Jalan Kebun.


Setelah enam hari berkempen, saya optimis dan penuh yakin berkat usaha dan penat lelah petugas-petugas dari pimpinan sehingga petugas biasa, saya meramalkan kedudukan dan sentimen sebenar 12,293 pengundi di Manek Urai akan memenangkan PAS sebagaimana PRU 12 yang lalu. Walau bagaimana pun sebagaimana biasa pengundi atas pagar akan menjadi 'key player' dalam pertempuran ini.


"Pengundi atas pagar ni pertempuran kita sebenar. Siapa boleh tawan mereka dia mungkin menang," kata Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun ketika memberikan taklimatnya.

Di atas kertas, Manek Urai dengan 80 peratus penduduknya yang terdiri daripada pekebun dan penoreh getah, adalah kubu kuat PAS. Kawasan itu pernah dimenangi Umno pada 2004, ketika Allahyarham Ismail Yaakob tidak menjadi calon.
Ismail yang mewakili kawasan itu selama lima penggal, meninggal dunia pada 22 Mei lepas, akibat serangan jantung.

Bermula pada pagi tadi jentera kempen PAS diperkasakan lagi dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa membantu calun PAS bersama Tok Guru Nik Aziz. Penerimaan pengundi Manek Urai dan orang Kelantan terhadap kehadiran Ustaz Nasha membantu kempen di MU menambahkan semangat petugas-petugas PAS disana.

Saya melihat kempen kali ini lebih tertumpu kepada kempen dari rumah kerumah dimana sehingga semalam, menurut Tuan Aziz, beliau telah melawat 50 peratus pengundi di kawasan itu, manakala mengikut laporan media Mohd Fauzi telah melawat 70 peratus pengundi di Manek Urai.

Apa yang pasti kedua-dua pihak kini menumpukan perhatian di kawasan seperti Chuchoh Puteri, Laloh, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru yang dilihat mempunyai lebih ramai pengundi atas pagar.

Tempoh dua hari terakhir ini merupakan tempoh kritikal petugas PAS untuk meyakin pengundi terutama 12,209 pengundi Melayu agar memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka. Mulai pada esok ini, saya berharap agar petugas dan perayu undi PAS kena hati-hati dengan strategi yang di gunakan kerana ia akan mempengaruhi pengundi (terutama pengundi atas pagar) untuk swing arah mana.

Akhirnya marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT, setelah segala usaha dilakukan kini marilah sama-sama kita serahkan kepada Allah SWT untuk memberikan taufik dan hidayatnya kearah memenangkan parti Islam yang kita cintai ini di Manek Urai.

drsitimariah

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. PAS Menang Manek Urai, APA RAKYAT DAPAT? Jambatan sehala menghubungkan manek urai baru dan lama?

    anakmuda
    http://ohpolitik.blogspot.com

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive