Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 01, 2009

Tertuduh 'anti-Rosmah’ mengaku tidak bersalah, ikat jamin RM5000


Kuala Lumpur 30 Jun 09:34p.m?Tertuduh kes contengan protes ‘anti-Rosmah’ di Universiti Malaya mengaku tidak bersalah dalam perbicaraan petang tadi dan diikat jamin RM5000 setiap seorang esok, lapor Malaysiakini.

Kedua-dua tertuduh, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi.

Laman berita internet tersebut menyatakan mereka didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Tiga lagi individu dicari bagi membantu siasatan. Di percayai tiga individu tersebut ialah presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani.

Dalam perkembangan tersebut, kedua tertuduh dibawa ke tahanan di Penjara Sungai Buloh.

Timbalan pendakwaraya Mazelan Jamaludin asalnya meminta jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh untuk semua pertuduhan, termasuk Seksyen 447 kanun yang sama atau kesalahan menceroboh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum enam bulan penjara atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.

Peguam kedua-dua tertuduh Mohamed Arfizi Mohd Ramli memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM4,000 kerana kedua-duanya dari keluarga berpendapatan sederhana dan juga masih belajar.

Rosbiahanim menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.

Dalam pada itu, Shazni melalui blog beliau menyatakan keprihatinan beliau kepada ibu bapa dan kerisauan jika kes A. Kugan yang mati dalam tahanan berulang kembali.

Seluruh pimpinan persatuan yang dipimpinnya itu telah memutuskan untuk memberikan bantuan guaman kepada kedua tertuduh bagi meringankan beban tanggungan kos guaman keluarga tertuduh, ujar beliau dalam blog nya.

Sumber tidak rasmi dari persatuan tersebut juga menyebut akan melancarkan tabung bantuan derma kilat dalam masa terdekat.

Di tanya berkaitan situasi beliau yang dicari polis, Shazni hanya menyatakan akan menggunakan saluran undang-undang dengan baik dan bersedia memberikan bantuan bagi siasatan polis terhadap kes ini.-um-today


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai

1 ulasan:

  1. generasi muda khususnya golongan terpelajar ini harus diawasi kerana pemikiran mereka telah diopengaruhi oleh aktivis kerajaan...mereka tidak sedar dari mana mereka mendapat bantuan pengajian kalu bkn atas usaha pihak kerajaan..UM merupakan universiti yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu anak2 bumiputera, dan setahu sy jg, akta Universiti juga melarang pelajar2nya berpolitik..ngapa akta ni tidak ditegaskan smpi mereka abs study?ambil tindakan tegas supaya menjadi pengajaran kepada pelajar2 lain.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive