Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 03, 2009

UMNO DAH MULA MAIN ISU BABI



DEPA UMNO NI PANTANG LEPA.KALAU BAB NAK MELAGA-LAGAKAN DEPALAH NO 1. NIK AZIZ AJAK BERDEBAT DEPA TAK MAU.LEPAS TU ADA HATI PULAK NAK CABAR NIK AZIZ.MANGKUK HAYUN BETOI LA PERANGAI.

BERFIKIRLAH SECARA RASIONAL,BILAMANA NIK AZIZ CAKAP TAKNAK CAMPURTANGAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN KEDAH MAKA TEPATLAH KENYATAANNYA.BUAT APA NAK SIBUK CAMPURTANGAN DALAM HAL EHWAL RUMAHTANGGA ORANG.ITULAH SIFAT YANG ISLAM TUNTUT.BUKAN MACAM UMNO.SIBUK DOK NAK BAGI ORANG BERPECAH-BELAH.

UMNO SEBENARNYA CEMBURU DENGAN KEBERANIAN KERAJAAN NEGERI KEDAH PIMPINAN PAS YANG MENGAMALKAN KETELUSAN DAN KEADILAN UNDANG-UNDANG TANPA MENGIRA SIAPA YANG BERSALAH. SEBELUM INI KERAJAAN UMNO BN YANG MEMERINTAH KEDAH TAK BERANI NAK MEMINDAHKAN PUSAT PENYEMBELIHAN BABI KE TEMPAT LAIN KERANA TAKUT HILANG SOKONGAN MASYARAKAT CINA.SEBAB ITU BERPULUH TAHUN MASALAH TAK SETTLE.

TINDAKAN MENUDUH NIK AZIZ SEBAGAI KUDA DAN PATUNG DAP HANYA KERANA BELIAU ENGGAN MENGULAS SOAL BABI DI KEDAH JUGA DILIHAT SEBAGAI HUJAH DANGKAL PEMIMPIN UMNO.IANYA TIDAK LEBIH DARI HUJAH YANG KELUAR DARI KEPALA OTAK SEORANG BUDAK YANG TIDAK MENGENAL APA ITU KUDA,APA ITU PATUNG DAN APA ITU DAP. - biaqpila.blogspot.com



Nik Aziz dicabar nyatakan pendirian ; sokong pusat penyembelihan babi atau PAS Kedah ?

MEMALUKAN ! Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara tiba-tiba menjadi takut kepada pengaruh DAP sehingga beliau tidak berani mempertahankan pendirian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu pusat penyembelihan babi di negeri tersebut.

“Nik Aziz dah jadi pengecut bila berdepan dengan DAP dalam isu babi, tetapi menunjukkan garang dan marahnya kepada sesama Islam dalam UMNO, inilah sikap pemimpin yang dikatakan seorang ulamak,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, Nik Aziz ternyata takut untuk bersuara kerana ingin menjaga hati DAP walaupun operasi pusat penyembelihan babi itu menjadi isu sekian lama kepada masyarakat Islam di negeri tersebut.

“Kerana takut DAP tersinggung, maka dia kata tak tahu dan tak mahu campur tangan, inikah yang dikatakan ulamak besar dalam PAS, yang lebih rela menjadi kuda dan patung kepada DAP,” tegasnya.

Selain itu katanya, sikap Nik Aziz juga membuktikan PAS hanya menumpang pengaruh DAP untuk terus kekal berkuasa walaupun terpaksa menggadaikan harga diri dan prinsip perjuangan Islam.

Menurut beliau, Nik Aziz sanggup bertegang leher dan memaki hamun orang Melayu (UMNO) secara terbuka kononnya tidak sehaluan dengan perjuangan PAS, tetapi dalam isu babi di Kedah, dibiarkan Menteri Besarnya seorang diri.

“Malah Menteri Besar Kelantan itu secara terbuka menyatakan semalam bahawa tidak akan campur tangan dalam krisis DAP – PAS di Kedah dan tambah memalukan beliau kata tidak tahu mengenai isu tersebut,” ujarnya.

Serentak itu, Syed Ali mencabar Nik Aziz supaya menyatakan pendirian beliau secara terbuka sama ada merestui tindakan Azizan atau mempertahankan kehendak DAP yang tidak mahu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, dekat Alor Setar dirobohkan.

“Sekarang kita minta Nik Aziz selaku Muryidul Am PAS nyatakan secara ikhlas, sama ada dia sokong pusat penyembelihan babi dirobohkan atau bersekongkol dengan DAP,” tegasnya lagi.

Menurut beliau lagi, perlakuan politik Nik Aziz sejak akhir-akhi ini amat menyedihkan umat Islam kerana beliau didakwa tidak cenderung untuk mencari jalan kearah perpaduan dan penyatuan umat.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyelar Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafikan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang dan menuduh media menggembur-gemburkan isu tersebut.

“Saya hairan kepana Anwar suka sangat berbohong, sedangkan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su sudah menjelaskan bahawa tindakan DAP keluar daripada pakatan pembangkang adalah serius dan bukan dimainkan media,” jelasnya.

Kedaan ini kata beliau, menunjukkan pakatan pembangkang cuba menutup keretakan dan kepincangan mereka daripada diketahui rakyat dan Anwar pula sanggup berbohong dan menunding jari kepada pihak media.

“Mungkin dah memang tabiat Anwar yang sengaja mencari kesalahan orang lain untuk menutup keburukan dan kepincangan pembangkang termasuk dalam isu liwat yang beliau hadapi,” tegasnya lagi.

SUMBER: umnobahagiancheras


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Isu babi itu adalah menyentuh sensitiviti orang Islam, kerana itu Nik Aziz diminta mengulas, UMNO dah ulas, NIk aziz taknak ulas biar diala, tapi itu namanya kebebasan bersuara.

    anda dilihat memberi kritikan lebih kepada emosi. sabar, kita tidak akan lihat "the other side of the mountain" kalao asik marah dan emo.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive