Selasa, Mei 25, 2010
Najib, Taib selepas episod malang di Sibu
Oleh M Faqih
SEORANG jiran usia 56 tahun, pada hari Sabtu minggu lepas tidak nampak pun ada reaksi sakit. Tubuh badannya kelihatan sihat, biar pun dia memberitahu menghidapi darah tinggi.
Pagi keesokan harinya dia rebah di sebuah madarasah ketika mengikuti kelas al Quran. Dan malam hari yang sama dia pergi dan tidak kembali lagi.Dua minggu sebelum itu, seorang pegawai kerajaan membetulkan paip air di belakang rumahnya selepas pulang bekerja.
Sebelum itu, jiran-jiran melihat dia ada di madrasah solat berjemaah ketika pulang waktu rehat tengah hari. Ketika membaiki paip di belakang rumah, tiba-tiba dia mengadu sakit dada kepada isterinya.
Tidak lama selepas itu dia pergi juga tidak kembali lagi. Usianya 41 tahun. Ketika ambulans sampai dia sudah tidak bernyawa lagi.
Dua peristiwa itu berlaku dalam sekelip mata. Kata orang, ia tidak dijangka. Samalah dalam situasi apa sekalipun. Lebih-lebih politik, yang serba boleh jadi.
Menang pilihan raya kerana menentang Barisan Nasional (BN). Tiba-tiba tidak lama kemudian tergila-gila pula kepada Umno dan BN.
Kata orang kampung, kalau mereka bertanding menggunakan lambang dacing, tentu tidak menang. Samalah dengan Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, menang kerana lambang bulan.
Begitu juga Datuk Seri Zahrain Hashim, Tan Tee Beng, Mohsin Fadzil Samsuri, Wee Choo Keong, Mohd Osman Jailu, Mohd Radzi Salleh, Badrul Hisyam Abdullah dan Tan Wei Shu, mereka dipilih rakyat kerana bertanding menggunakan lambang PKR.
Begitu juga dengan Hee Yit Fong menang kerana tuah DAP.
Mereka tentunya tidak dipanggil YB kalau bertanding menggunakan lambang dacing atau Bebas. Namun tidak ramai yang menjangka mereka membuat u-turn di jalan lurus.
Mereka tidak dijangka tiba-tiba tampil dengan kejutan. Namun, ramai penyokong Pakatan Rakyat menolak andaian itu.
”Saya diberitahu Choo Keong ditawar lebih RM10 juta. Tawaran itu sejak tahun lepas sudah kedengaran. Namun menjelang pilihan raya Sibu duit yang dijanji khabarnya baru dimasuk akaun.
”Begitu juga Haji Mohsin, khabarnya diumpan RM1 juta, namun hanya 10 peratus sahaja yang diserah selepas mengisytiharkan keluar PKR.
”Selebihnya 90 peratus lagi menjadi milik agen,” dakwa seorang pemimpin muda AMK dari Kuala Krai.
Situasi serupa itu sebenarnya lebih hebat menghujani wakil-wakil rakyat PAS ketika kerajaan Kelantan berada di hujung tanduk pada 2004-2008.
Bekas Adun Kemuning, Zakaria Yaakob ditawar duit tunai RM400,000 yang dibawa ke rumahnya di Labok, Machang pada pagi 4 Mac 2006.
Sebelum itu ditawarkan RM5 juta. ”Paling mendebarkan pada peringkat awal penjumlahan undi saya diumumkan mendapat majoriti 24 undi.
”Namun dalam tempoh 24 jam bilangan undi dilakukan sekali lagi. Dan kiraan kali kedua saya dibisikkan hanya menang dengan majoriti dua undi.
”Ketika itu saya diberitahu ada arahan dari pihak atasan supaya diumumkan saya kalah dua undi. Namun pegawai pengurus pilihan raya tidak mahu bersubahat kerana perbuatan itu berdosa. Dan akhirnya saya diumumkan menang dua undi,” katanya.
Adun Temangan, Datuk Hassan Muhamad pula diumpan dengan tawaran lumayan supaya melompat parti. Tawaran itu dibuat di atas sebuah masjid di Kota Bharu. Namun beliau tidak layan dan akhirnya agen berkenaan lari meninggalkan masjid.
Situasi serupa juga berlaku ke atas Datuk Mohamad Daud (Demit), Drs Zainuddin Awang Hamat (Limbongan), Datuk Nasuruddin Daud (Meranti), Hassan Mahmood (Tawang) dan Buniamin Hamzah (Salor).
Ketika itu, kerajaan PAS Kelantan begitu genting, kata orang kampung nyawa-nyawa ikan. Cuba bayangkan kedudukan kerusi di Dun antara PAS dan BN iaitu 23 vs 22.
Namun di Kelantan tidak ada wakil rakyat seperti Zahrain, Tee Beng, Mohsin, Choo Keong dan rakan taulannya yang lain.
”Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah hanyalah hamba-hambaNya yang ulama (berilmu). Sungguh Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.” (35:28)
Manusia sekadar berusaha tetapi segala keputusan kekal menjadi hak Allah.
Dua insan yang dikenali tadi tiba-tiba dipanggil mengadap Illahi, tidak ramai yang jangka kerana mereka sihat dan tidak nampak reaksi sakit.
Mungkinkah pula 11 wakil rakyat yang tiba-tiba membuat kejutan meninggal kawan tanpa dijangka. Mereka juga tidak kedengaran sakit dan masih sihat, sebelum berhijrah meninggalkan parti yang memberi ruang untuk mencari rezeki.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Sibu, 16 Mei lalu. Tiada sesiapa pun yang menjangka calon DAP, Wong Hong Leng mampu menewaskan Robert Lau Hui Yew.
Sedangkan Robert Lau dikenali kaya raya di mana keluarganya memiliki empat akhbar iaitu Borneo Post, Utusan Borneo, See Hua Daily dan Oriental Daily.
KTS Group dikuasai keluarga calon BN itu. Sepatutnya Robert Lau boleh menang mudah kerana ’tiga M’ dimonopolinya. Money, machinery dan media ada di bawah kekuasaan Robert Lau.
Calon DAP, Ho Leng apa yang ada. Sama juga dengan PAS dan PKR, tiga M tiada pada sisi mereka. Money hanya ada di dalam poket ahli. Machinery hanya pada tenaga penyokong. Dan media sekadar medium ceramah.
Suara dan wajah Robert Lau boleh menembusi rumah-rumah panjang di pedalaman Sibu. Kempen dan senyum meleret Robert Lau boleh ditonton di kaca televisyen.
Ho Leng, usah harap wajahnya boleh keluar televisyen, sebaliknya ceritanya banyak dimanipulasi.
Namun, siapa sangka, pengundi Sibu berani membuat kejutan. Pengundi di pedalaman Sungai Rassau, Nangka Tutus, Sungai Pasai, Sungai Pinang, Rumah Basseh dan Boi Ing mulai berjinak dengan Pakatan Rakyat.
Undi majoriti yang dipertahankan BN sejak zaman berzaman telah mulai robek. DAP dan Pakatan Rakyat sudah sudah menyinap jauh ke pedalaman Sarawak.
DAP memperolehi 18,845 undi mengatasi BN dengan majoriti 398 undi. Calon Bebas, Narawi Haron hanya mampu meraih 232 undi dan hilang wang pertaruhan.
Siapa sangka ketika setiap anggota kabinet Najib menyelusuri setiap jalan, lorong dan sungai di Sibu, tiba-tiba pengundi Sibu berani membuat kejutan.
Benarlah apa yang ditelah sebelum ini, BN girang di Hulu Selangor, akhirnya menangis di Sibu.
Di Hulu Selangor, siapa jangka bekas menteri yang dipertaruhkan, Datuk Zaid Ibrahim boleh tewas kepada Kamalanathan, seorang tidak dikenali.
Sepatutnya seperti dalam situasi Bagan Pinang, calon yang hebat dan dikenali ramai seperti Tan Sri Isa Samad boleh menang. Zaid jauh lebih popular berbanding Kamalanathan.
Namun itulah dinamakan kejutan, ia berlaku tanpa ramai yang mampu menjangka. Kejutanlah yang menyebabkan suasana politik negara terus hangat. Ia berpangkal tsunami Mac 2008.
Politik yang tidak dijangka itu membuat Umno dan BN terkejut panjang. Maka bagi meredakan jantung yang sudah lama berombak, diumpankan tiga Adun Pakatan di Perak. Dan umpan itu mengena.
Episod kejutan demi kejutan itulah menyebabkan Tan Sri Taib Mahmud nampak celaru menentukan pilihan raya negeri. Sedangkan iddah akhir pada Julai 2011.
Biar pun beliau menafikan BN kalah di Sibu disebabkan undi protes, namun Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengakui jentera pilihan rayanya tidak bertenaga.
”Inilah menyebabkan BN kalah di Sibu,” kata Najib seperti menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apa pun Taib paling malang dalam episod ini, selepas Puan Sri Laila dijemput Tuhan, kini Sibu pula hanyut di Sungai Rejang. Nampaknya Taib dan Najib menangis lagi.
detikdaily
Share

0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Mei
(308)
- Skodeng wanita di tandas stesyen minyak
- Anwar Tidak Gentar, Cabar Wakil Rakyat Melompat Na...
- Kampung Melayu : Umno Buktikan Pengkhianatan
- Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel
- Liwat II: Saiful nafi plastik disumbat ke duburnya
- Kalau Tuhan Hendak BN Tumbang.. -Guan Eng
- Tumbang BN secara berstrategi
- Remaja ketagih seks: Cuma RM5 satu kepala
- Dok kalut Adun Orang Melompat,Last Adun depa yang ...
- Anwar nafi sengaja lambatkan pendedahan
- Dua kali mati
- Umngong kena terajangan maut?
- Banyak Sangat Masalah , Wakil Rakyat BUTA KE ??
- PROJEK TIDAK DIBAYAR KERANA KRITIK MENTERI?
- Jose Mourinho uji pasukan negara
- Dilema Judi Sukan : Umno Sokong, Gerakan Tolak
- Lawak Ahad: Anak haram punya cerita!!!
- Dakwa salah laku, PKR gesa Pengerusi SPR berhenti
- Kerajaan kini tiada duit, Najib gagal urus ekonomi
- Keputusan TM Liga Super 29/05/10
- Philip Morris Kecewa Kerajaan Tangguh Haram Jual R...
- Samy Vellu tak perlu tunggu 2012 letak jawatan, or...
- Selangor Mahu Dedahkan Nama ADUN, Ahli Parlimen BN...
- Remaja lari rumah dirogol kekasih
- Nasib Baik PAS Tolak Kerjasama Dengan Umno
- Kemaruk Suami Orang
- Anwar dedah 'wakil paling tadah' jadi jutawan
- Berani MIC Belasah UMNO
- Sanggup lari bogel jika Argentina juara: Maradona
- Gadis, kekasih enak ‘layan kepala’ dicekup
- 380,000 keluar Umno kerana sudah bosan
- Pantai maksiat
- Umno tak mungkin berubah Dulu, Kini dan Selamanya
- UMNO Menjerat Leher Sendiri ?
- Siasat Percubaan Rasuah Samy Vellu Oleh PM
- Bacalah Yasin...
- Khalid Cabar Ezam Bertanding Di Shah Alam PRU-13 N...
- Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan
- Janda tauke ketum ditahan
- Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini
- Dua Suspek Kes Bunuh Nurin Dapat Ganti Rugi
- Pilihan raya sudah lama, SPR masih kabur istilah r...
- Pusat refleksologi tawar pakej berahi kena serbu
- Ezam buat tuduhan jahat
- Tanah KTMB: Najib jangan berlagak ‘serba tahu’
- Isteri, kekasih sama-sama hamil
- Tubuh suruhanjaya siasat 'pengkhianatan'
- MIC sudah jadi Lembu Tua dalam BN
- "Mana Awak Dengar Khabar Angin Ini..." - Leman
- Janda dicekup dalam keadaan berbogel di hotel murah
- Betulkah Selangor luluskan 10 lesen judi untuk I C...
- Rundingan Malaysia- SIngapura : Jangan Pisang Berb...
- Kerajaan Ahmad Akan Runtuh Sebagaimana Kerajaan Idris
- KEDAH: MB KENA BERUBAH, CONTOHI 2 ADUN ...
- ‘CAKAP BESAR’ BUKAN TIKET TUMBANGKAN BN
- Umno tau ka telus tu menatang apa?
- Godaan Cewek Gedik
- Pencari petai jumpa bom
- Keputusan TM Liga Super 25/05/10
- Minyak Dinaikkan RM2.00/Liter, Gula RM2.00/Kilo?
- Anwar: Tiada lagi lompat parti - setakat ini
- Gadis kemaruk seks
- Najib, Taib selepas episod malang di Sibu
- POLITIK KATAK, MONYET DAN KETAM AMAT MENARIK
- K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru
- Pindah Stesen KTMB Ke Woodlands, Ulang Penukaran L...
- Ibu minta tubuh s'raya siasat kematian anak ditemb...
- Keputusan TM Liga Perdana 24/05/10
- Ritual “pembersihan diri” yang paling mengerikan d...
- Ingat senang-senang Umno nak biar hampa pancung te...
- NAPOLEON KECIL DATANG DARI MANA?
- Dua lelaki tonton aksi gadis dinodai
- Kedah utuh, ADUN Pakatan tolak dakwaan lompat
- Api dah padam..tapi asapnya masih ada...mana lagi ...
- Media Milik Umno-BN Sebarkan Pembohongan Lompat Parti
- Umno-BN Membisu Apabila Berdepan Isu Moral
- Lau Weng San Cabar Umno, PERKASA Umum Pendirian
- Samy Vellu Pecat 100,000 Ahli MIC Dalam 30 Tahun
- Ubat kuat ragut nyawa
- "You help me, I help you", SPRM siasat Najib
- Umno-BN Guna Hasil Judi Laksana Operasi Politik
- Penyokong Baju Merah balik kampung
- Raja Petra: Dakwa saya di mahkamah UK jika mahu
- Gay tak serik
- Kedah utuh, media dipersalah sebar penipuan
- Lesen judi ajar rakyat 'kencing berlari'
- Lawak Ahad: Diet
- Judi Bola: Umno mungkin dianggap tiada agama
- Judi: Demo dari kg Awang Adek sampai istana negara
- Keputusan TM Liga Super 22/05/10
- Malaysia 'pesat membangun' jika MP BN Mati
- Pakatan Rakyat Kedah Dedahkan Pembohongan Umno-BN ...
- Sidang Media Keluar Parti, Manikavasagam Ulangi Ke...
- Spa peraga gadis bercoli
- Umno BN hendak jadikan negara ini negara kafir?
- Lagi Gesaan Samy Vellu Letak Jawatan
- Najib dan Umno memang berani!
- Rombakan Kabinet : KJ Tidak Tersenarai ?
- Mesti Tonton...Tiada di TV
- “Laporan Sinar tidak betul. Mengelirukan.” - Nizar
-
▼
Mei
(308)