Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 23, 2010

Penyokong Baju Merah balik kampung


PETUGAS perbandaran sibuk membersihkan kawasan Luphini Park yang teruk terjejas di Bangkok semalam.

BANGKOK - Setelah dua bulan menjejaskan aktiviti kehidupan di ibu negara Thailand, ribuan penyokong kumpulan antikerajaan atau dikenali sebagai Baju Merah pulang ke kampung masing-masing di utara negara itu semalam.

Mereka menaiki kereta api menuju ke Chiang Mai yang merupakan wilayah kubu kuat penyokong bekas perdana menteri digulingkan, Thaksin Shinawatra selepas ramai pemimpin Baju Merah menyerah diri kepada pihak berkuasa Rabu lalu.

Tentera Thai berjaya menguasai semula kawasan diduduki Baju Merah yang melancarkan tunjuk perasaan sejak 12 Mac lalu dalam insiden dramatik yang meragut 85 nyawa dan 1,900 lagi cedera disusuli perintah berkurung di seluruh Bangkok.

"Baju Merah kini tiada lagi pemimpin selepas mereka semua sudah ditahan pihak polis dan saya sendiri tidak tahu hendak buat apa sekarang. Kami tiada rancangan untuk pergi semula ke Bangkok" kata Wirash, 43, seorang pemuzik.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva membatalkan lawatan rasmi tiga hari ke Rusia yang dijadualkan bulan depan bagi memantau situasi di Thailand selepas berakhirnya perintah berkurung pada hari ini. - Agensi

hmetro


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive