Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 19, 2010

Lirik Lagu Guru Malaysia Dipertikai

Surat seorang guru Kelantan kepada Berita Harian


SABAN tahun pada tanggal 16 Mei adalah hari yang istimewa khusus kepada pendidik seluruh negara. Pada tanggal keramat inilah diisytiharkan sebagai Hari Guru peringkat nasional dalam usaha memperingati pengorbanan dan jasa guru mendidik anak bangsa.


Pelbagai acara diatur pada peringkat kementerian, jabatan dan sekolah bagi merayakan Hari Guru ini. Bermula dengan pembacaan pelbagai perutusan hinggalah ke dendangan lagu Guru Malaysia yang sudah menjadi kemestian setiap kali perayaan Hari Guru. Lagu Guru Malaysia memang unik dan mempunyai tarikan tersendiri.

Bermula dengan melodi hinggalah lirik lagunya memang menyentuh jiwa seseorang yang bergelar guru. Semangat yang dilahirkan dari lirik lagu itu meremangkan bulu roma bagi guru yang benar-benar menghayatinya. Walaupun begitu saya agak terkilan sedikit dengan sebaris lirik lagu Guru Malaysia yang pada pandangan saya amat tidak sesuai jika dilihat dari perspektif agama.

Lirik yang saya maksudkan ialah Rukun Negara kita, panduan hidup kami semua. Lirik ini tidak sesuai kerana panduan hidup bagi orang Islam sama ada bergelar guru atau tidak bukanlah pada Rukun Negara tetapi panduan hakiki ialah pada al-Quran dan al-Hadis dan ditambah dengan Rukun Islam dan Rukun Iman. Inilah yang menjadi pegangan seseorang Islam untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Saya berpendapat lirik ini perlu diubah kepada lirik lebih bersifat terbuka dan tidak menampakkan kepincangan jika dinilai dari sudut agama. Bagi saya sebagai seorang guru, saya tidak menyanyikan lirik ini apabila menyanyikan lagu Guru Malaysia.

AMRAN MN, SK Bahagia,
Kota Bharu.

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad



sentiasa



Share

3 ulasan:

  1. Rukun Negara kita
    Panduan hidup kami semua
    - Rukun negara yang (1. Kepercayaan kepada Tuhan) menjelaskan maksud bahawa kita sebagai orang Islam berpegang kepada Al- Quran dan Al Hadis serta Rukun Islam, Rukun Iman.Memandangkan negara kita adalah sebuah negara majmuk adalah lebih sesuai digunakan lirik tersebut:-
    (Rukun Negara kita
    Panduan hidup kami semua)

    BalasPadam
  2. Penulis blog ni bukannya faham Rukun negara. Tu sebabnya menulis artikel bengong ni.
    Tapi kalau manifesto komunis munkin hafal kot.

    BalasPadam
  3. Yang komen ni lagi bengong, tak baca ka tu Surat seorang guru Kelantan kepada Berita Harian.

    Ikut lagi perangai umngong..kan dah kena...kah! kah! kah!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive