Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 31, 2010

Kalau Tuhan Hendak BN Tumbang.. -Guan Eng

KOTA BHARU, 30 Mei: "Tetapi kalau Tuhan hendak BN tumbang, akan tumbanglah dia, DAP pun menang dan BN tidak boleh tahan lagi," kata Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam majlis ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.



Lim Guan Eng yang mengulas mengenai pilihan raya kecil Sibu juga berkata sebelumnya, tidak ada pihak yang menjangka DAP boleh menang dalam pilihan raya itu kerana ia adalah kubu BN sejak sekian lama. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dan pemimpin PAS dan PKR yang membantu menjayakan calon DAP di Sibu.



Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, dalam ceramahnya selepas itu menyebutkan, salah maklumat adalah antara punca kekalahan calon BN di Sibu... "Bayangkan, sebulan sebelum dinamakan sebagai calon BN di Sibu, Robert Lau telah datang ke Kota Bharu dengan membawa banyak maggi mi kerana bimbang tidak ada makanan di sini." kata Husam dalam majlis ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.



Bagi beliau, apa yang dilakukan oleh calon BN ini adalah kedangkalan beliau tentang maklumat. Husam berkata, Robert Lau datang ke Kota Bharu untuk memimpin pasukan Squash Sarawak bagi menyertai kejohanan squash di Kota Bharu.



"Sesampai beliau di lapangan terbang Kota Bharu, beliau telah dijemput oleh rakannya seorang Cina dari Sibu yang membuat projek hartanah di sini.



"Beliau telah dibawa makan ke merata tempat di sini dan beliau tentu sangat terkejut dengan apa yang beliau lalui di sini. Sebulan selepas itu, bayangkan beliau menjadi calon BN dalam keadaan beliau tertinggal banyak maklumat dan terkejut dengan maklumat sebenar," cerita Husam.



Di samping itu, Husam juga menceritakan, seorang makcik berbangsa Iban di Sibu juga menunjukkan keganjilan yang berlaku dalam pilihan raya itu.



"Makcik ini beritahu anaknya, dia mahu undi parti Nik Aziz dalam pilihan raya kecil Sibu. Anaknya beritahu, parti Nik Aziz tak bertanding di Sibu, hanya parti rakan Nik Aziz sahaja bertanding. Kalau gitu, aku nak undi parti rakan Nik Aziz," cerita Husam.



Bagi beliau cerita sebegini satu yang menarik dan bakal mencorak politik masa depan. - sumber






Share

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive