Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mei 22, 2010

Najib dan Umno memang berani!

Oleh Penarik Beca


Tu dia, orang MCA pun risau dengan wabak judi yang dilesenkan kepada tuan besar Umno, Tan Sri Vincent Tan. Dalam berita Era Pakatan hari ini yang bertajuk "Ah long pecah masuk rumah peminjam kerana gagal bayar hutang", Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Michael Chong dipetik berkata:

"Kebanyakan orang ramai yang membuat pinjaman dari ah long adalah untuk berjudi dan saya risau akan ramai lagi orang meminjam dengan ah long untuk berjudi semasa (pertandingan bola sepak) Piala Dunia bulan depan".



Yang nak tergelaknya ialah apabila membaca posting Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang sambil berkata tak setuju, lantang pula ia memberi justifikasi. Dalam postingnya yang bertajuk "Judi bola: PM perlu jamin tiada orang Islam terbabit", Jalal kata:

Namun dalam masa yang sama saya juga memahami dilema kerajaan yang berhadapan dengan masalah judi haram dan kecil-kecilan sehingga sukar dikawal. Kewujudan lebih 4000 pusat judi haram di Selangor bukan sahaja menyebabkan kerajaan kehilangan sumber pendapatan melalui cukai, tetapi juga menyebabkan lebih banyak ”penagih judi” dan gejala sosial lain tanpa dapat dikawal.

Apabila kerajaan membenarkan pertaruhan untuk sukan ini bermakna kerajaan boleh mengawal industri ini dan memastikan ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat. Kerajaan boleh mengawal kegiatan ini dari membabitkan orang bawah umur, penganut agama Islam dan sebagainya.

Hello Wak! Siapa PM mau jamin itu macam? Mekanisme apa yang boleh mengawal kerosakan menjangkiti orang Islam kalau perintah Allah s.w.t. yang disembah oleh orang Islam dengan angkuh dilanggar dan dihina?

Apa pun, jangan salahkan Jalal. Memang dasar orang Umno begitu . Pandangan orang Umno tentu tak sama dengan penegasan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang dipetik dalam berita Suara Keadilan hari ini yang bertajuk "Judi: Umno-BN langgar Syarak, rosakkan moral rakyat":

"Menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Seolah-olah manusia itu lebih pandai dari Allah".

Walaupun sudah agak kesiangan penentangannya, kita harap-harap, apabila Dr Haron menyebut bahawa menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah, tidaklah lagi ada mana-mana pihak yang tebiang nak mengkhianati amanah rakyat termasuk yang beragama Islam dengan berselingkuh di dalam gelap dengan gerombolan yang "menghalalkan perkara yang haram" dengan memakai alasan yang senipis smokescreen, iaitu "akhafud-dharurain" kononnya.

Sebagai rakyat, sekali dikhianati, susah kita nak lupa dan terus takut dikhianati sampai bila-bila. Once bitten, twice shy!

Apabila Dr Haron menyebut tentang perbuatan menghalalkan perkara yang haram, terasa sungguh di hati kita bahawa gerombolan Umno yang dikepalai Datuk Seri Najib Tun Razak memang berani tahap Yahudi Zionis. Tak berani tahap Yahudi apanya, lawan hukum Allah pun depa berani.

Barangkali itulah hasil perbuatan memohon petunjuk dari Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide.

Teringat pula kenyataan-kenyataan Najib yang berani melawan itu yang sudah masyhur satu Malaysia:

Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

http://penarikbeca.blogspot.com

detikdaily


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive