Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 20, 2010

Protes di Angkasapuri: Banner dirampas, Perhimpunan disuraikan

 

Demonstrasi di luar Kompleks Angkasapuri untuk membantah penamatan perkhidmatan penerbit Galeri Mandarin Nasional tv2, Chou Z Lam terpaksa disuraikan, apablia polis mengambil tindakan untuk mengusir mereka.  Malah kain rentang yang dibawa oleh peserta perhimpunan juga dirampas oleh polis.





Kira-kira 80 orang menyahut panggilan Kumpulan Media Bertindak 528, WAMI (Writers Alliance For Media Independence) dan CIJ (Centre for Independent Journalism) untuk berkumpul di luar Kompleks Angkasapuri, sebagai bantahan terhadap tindakan RTM memecat penerbitnya, Chou Z Lam.

20 orang tenaga polis dikerah untuk mengawasi perhimpunan tersebut, malah FRU juga tiba di tempat kejadian kemudiannya.  Peserta perhimpunan memakai topeng "528, Tak Nak Self-Censorship, Tak Nak Campur Tangan Politik", tetapi dirampas kain rentangnya oleh polis.

Antara slogan yang tertulis pada kad termasuklah, "No Self-Censorship", "No Political Interference", "Bebaskan media", "Tayang Rawang dan Bakun", "Pecat Yap Shy Cuan", "Ibrahim Yahya letak jawatan" dan sebagainya.  Bekas penerbit ntv7, Joshua Wong yang meletak jawatan sebagai protes terhadap self-censorship turut hadir untuk memberi sokongan solidaritinya kepada Chou Z Lam.

Sebelum ini, Chou Z Lam menerbitkan rancangan dokumentari yang bertemakan Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik voltan tinggi di Rawang.  Beliau mendedahkan bahawa penyiaran rancangan tersebut dibatalkan kerana pertimbangan kepentingan pihak tertentu.  Perkhidmatan Chou Z Lam ditamatkan pada 13 Mei 2010, atas alasan "menjimatkan kos".

Kira-kira 50 orang penduduk Rawang yang diketuai ADUN Rawang-PKR, Gan Pei Nei turut hadir untuk memberi sokongan kepada Chou Z Lam.  Bagaimanapun, polis hanya membenarkan lima orang wakil untuk masuk ke Angkasapuri, menyerahkan memorandum yang ditujukan kepada Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ibrahim Yahya.  Ibrahim Yahya tidak tampil untuk menemui wakil tersebut, sebaliknya memorandum ini diserah kepada penolongnya, Hafizal.

Jawab dalam tempoh seminggu

Dalam sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, ADUN Rawang, Gan Pei Nei memberi had masa seminggu kepada Ibrahim Yahya untuk memberi jawapan lisan terhadap persoalan yang dibangkitkan dalam memorandum.

"Kos perbelanjaan RTM ditanggung oleh rakyat, rakyat berhak mengetahui kebenaran," kata Gan Pei Nei (gambar kanan).

Chou Z Lam pula tidak menerima penamatan perkhidmatannya dengan alasan "mengurangkan kos".  Menurut Chou Z Lam, peruntukan kepada RTM mencecah RM1 bilion setahun, malah beliau yakin Yap Shy Cuan yang dilantik untuk memantau rancangan Mandarin, menikmati gaji yang lebih tinggi daripadanya.

Beliau menganggap Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Heng Sai Kee harus mengkaji semula pembatalan siaran dokumentari Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik Rawang, dan bukan melantik Yap Shy Cuan untuk memantau rancangan Mandarin di sebaliknya.

Malah, Chou Z Lam dan wakil Kumpulan Media Bertindak, Ng Yap Hwa menyeru agar orang awam menyahut kempen "Tak Nak Potong", dengan memadamkan televisyen antara jam 8 hingga 9 malam, pada 28 Mei yang akan datang.  Satu persembahan akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor pada malam tersebut, antaranya penyiaran dokumentari terbitan Chou Z Lam yang "dipotong" oleh RTM.

Pencabulan hak rakyat

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, Kumpulan Media Bertindak 528, WAMI dan CIJ menggesa agar RTM mendukung hak mengetahui dan menyampaikan pandangan (expression) oleh pihak awam, serta tidak menghukum wartawan yang menjalankan tugasnya.

Mereka menganggap pembatalan siaran rancangan dokumentari tersebut telah mencabul hak rakyat Malaysia untuk terdedah kepada maklumat yang melibatkan kepentingan awam.  Malah, penamatan perkhidmatan Chou Z Lam dilihat sebagai hukuman kepada seseorang wartawan yang menjalankan tugasnya.

Menurut kenyataan, setakat ini tiada penjelasan daripada pihak RTM walaupun didesak masyarakat sivil.  Sikap acuh tak acuh sedemikian menunjukkan kesetiaan yang tersasar salah pada tempatnya, iaitu kuasa eksekutif, biarpun sepatutnya RTM harus taat kepada orang awam yang membiayai RTM dengan cukai mereka.

Mereka juga mentafsirkan tindakan pembatalan penyiaran dokumentari untuk melindungi pemegang kuasa adalah penyalahgunaan kuasa, kerana menggunakan kuasa awam untuk kepentingan peribadi.  "Menghukum seorang wartawan yang membuat pendedahan adalah satu tamparan besar kepada kerajaan persekutuan BN yang mendakwa dirinya akan melindungi whistle-blower dan kempen untuk memerangi rasuah."

Tuntutan memorandum

Selain daripada itu, kumpulan yang berprihatin terhadap kebebasan media ini menuntut agar RTM:-

1. Menyiarkan kesemua episod dokumentari yang diterbitkan oleh Chou Z Lam, iaitu isu Empangan Bakun yang menggambarkan kehidupan kaum asli dan pembinaan menara elektrik bervoltan tinggi di Rawang.

2. Meyakinkan rakyat Malaysia bahawa RTM berpegang kepada kayu ukur etika dan profesional yang menekankan kesaksamaan.

3. Menamatkan perkhidmatan Yap Shy Cuan, ahli MCA yang dilantik untuk memantau rancangan Mandarin selepas pendedahan Chou Z Lam.

4. Parlimen mereformasikan RTM kepada stesen penyiaran awam.

Latar belakang isu pencabulan kebebasan media

*Chee Chin Ming ialah wartawan MerdekaReview, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.




Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive