Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mei 22, 2010

Lagi Gesaan Samy Vellu Letak Jawatan


KUALA LUMPUR 21 Mei - Seorang anggota Jawatankuasa Kerja MIC (CWC) K.P Samy meminta parti presiden Datuk Seri S. Samy Vellu meletak jawatan tahun ini demi kepentingan masyarakat.
Beliau berkata MIC memerlukan satu perubahan segera dalam parti untuk menyelamatkan kepentingan masyarakat India.
Ditanya kenapa presiden itu patut meletak jawatan sekarang, beliau seorang anggota yang lantang mengkritik Samy Vellu berkata presiden itu sudah cukup lama berkhidmat dengan parti.
"Kita (parti) akan mendapatkan kaum India untuk bersatu semula selepas beliau meletak jawatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Malahan, anggota CWC itu berkata masyarakat India telah menolak kedua-dua presiden dan timbalannya Datuk G.Palanivel seperti yang dibuktikan pada pilihan raya umum 2008, di mana parti itu tewas teruk.

"Beliau sepatutnya sudah mendapat mesej itu daripada masyarakat India. Beliau mestilah memberi laluan kepada orang lain bagi memastikan parti itu boleh kekal," kata K.P Samy.
Katanya beliau membantah hasrat presiden parti itu yang ingin meletak jawatan dalam masa lapan atau sembilan bulan sebelum tempoh kepimpinannya
berakhir pada Mei, 2012.
Samy Vellu, 74, dipilih semula untuk penggal kesembilan pada tahun lepas.
Beberapa pihak secara terbuka meminta presiden parti itu meletak jawatan awal.
Semalam, timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan disingkirkan daripada parti kerana meminta Samy Vellu mengosongkan jawatan itu selewat-lewatnya pada akhir tahun ini.

Bernama


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive