Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 31, 2010

Kampung Melayu : Umno Buktikan Pengkhianatan



Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang memberikan 40 peratus pemilikan hartanah yang bakal dibangunkan di Kampung Baru kepada bukan Melayu termasuk pelabur asing jelas menunjukkan penghinaan hak istimewa orang Melayu yang dijamin oleh perlembagaan kerana Kampung Baru selama ini telah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu.

"Pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu kini bakal berlaku lagi di Kuala Lumpur dan DPPWP tidak akan membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.

"Penduduk Kg. Baru seharusnya menolak cadangan pembangunan Kg. Baru jika inilah yang dijanjikan Kerajaan. DPPWP tidak sanggup melihat anak-anak Melayu duduk berhimpit-himpit dirumah flat yang bakal dibangunkan Kerajaan sambil melihat mereka yang bukan Melayu menguasai 40 peratus hartanah disekeliling mereka," kata Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen kepada erapakatan.com.

Bagi beliau, penduduk Kampung Baru seharusnya menolak cadangan pembangunan Kampung Baru jika inilah yang dijanjikan Kerajaan.

"DPPWP tidak sanggup melihat anak-anak Melayu duduk berhimpit-himpit di rumah flat yang bakal dibangunkan Kerajaan sambil melihat mereka yang bukan Melayu menguasai 40 peratus hartanah disekeliling mereka.

"Jika melihat pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 untuk Kampung Baru, pemilik dan waris-waris Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan ini akan dibenarkan menyewa atau memiliki rumah-rumah flat model baru yang akan dibangunkan di Kampung Pindah dan kampung Paya," kata beliau.

Bagi Herman, kampung-kampung lain pula akan didirikan rumah kondominium dan premis perniagaan, manakala Kampung Masjid akan dijadikan sebuah taman.

Beliau berkata berdasarkan pengiraan kasar, 60 peratus hartanah yang tinggal untuk orang Melayu hanyalah melibatkan Kampung Pindah dan kampung Paya (rumah Flat serta Kampung Masjid (Taman Rekreasi).

"Tiga kampung ini mewakili 40 peratus, baki 20 peratus lagi adalah Kampung Periok Sebahagian Kampung ini telah diambil kerajaan untuk membina jalan raya dan sebahagiannya lagi adalah tanah Kelab Sultan Sulaiman," jelas Herman.

Baki 40 peratus yang akan diberikan kepada bukan Melayu termasuk pelabur asing selepas dibangunkan adalah sekitar Kampung Atas A, Kampung Atas B, dan Kampung Hujong Pasir.

3 Kampung ini akan menjadi kawasan kondominium dan perniagaan utama.

Untuk rekod, keluasan Kampung Baru kini adalah 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian hartanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 menetapkan kadar RM270.00 ke RM300.00 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan pertanian, RM500.00 ke RM600.00 per kaki persegi bagi tanah perdagangan (komersial).

"Apa yang menjadi kerisauan penduduk, majoriti geran tanah yang mereka miliki adalah bagi tanah kediaman dan pertanian dibawah peruntukan tanah rizab Melayu.

"Ini bermakna, tanah-tanah mereka akan diambil oleh kerajaan dengan nilai RM 270-RM300 perkaki persegi sahaja," kata beliau lagi.

Menurut Herman, kerajaan juga bakal mengunakan kuasa mereka bagi menukar status tanah berkenaan setelah dibeli dari penduduk kepada tanah komesial dan ini akan memberikan untung 'atas angin' kepada pihak berkepentingan kerana nilai tanah komersial disekitar Kampung Baru kini berharga RM 1000-RM 4000 perkaki persegi.

DPPWP menemui beberapa penduduk yang telah menjual hartanah mereka secara persendirian dan mereka mengatakan bahawa mereka mendapat tawaran sekitar RM 1000-RM 4000 perkaki persegi dan harga itu jauh lebih tinggi berbanding yang ditawarkan oleh Kerajaan.

"Inilah sebab kenapa penduduk sukar menerima pelan pembangunan ini.

"Umno berusaha keras memujuk penduduk supaya mereka mengadaikan tanah mereka dengan harga murah," kata beliau lagi.

Malah pakej rumah Flat turut ditawarkan bagi mengelabui mata penduduk.

Beliau yang mewakili DPPWP berharap Kerajaan menarik balik cadang membuka pemilikan 40 peratus hartanah Kampung Baru kepada bukan Melayu dan pelabur asing kerana di Kuala Lumpur ini hartanah milik orang Melayu semakin susut di bawah pentadbiran Umno-BN.

DPPWP juga mahu Kerajaan menawarkan harga tanah komersial kepada semua pemilik hartanah di Kampung Baru memandangkan tujuan kerajaan membeli dan membangunkan tanah mereka nanti adalah untuk tujuan komersial.

DPPWP juga mahu anak-anak Kampung Baru bersatu dalam membuat tuntutan kepada kerajaan kerana kita tidak mahu melihat mereka menang sorak, kampung tergadai.

DPPWP juga mahu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik menghormati ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali yang dipilih rakyat dalam menguruskan isu pembangunan Kampung Baru.

"Beliau sepatutnya diberikan hak untuk bersuara dalam perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru pada Sabtu lepas.

"Tindakan Menteri Senator yang menafikan hak beliau baru-baru ini tidak menepati tema program itu sendiri kerana Dr. Lo'Lo bukan sahaja hadir sebagai ahli parlimen, tetapi sebagai wakil kepada pemilik tanah yang beliau jadikan pejabat sekarang," tegas beliau.

Pejabat ahli Parlimen Titiwangsa terletak di kampung Masjid, dan beliau berhak untuk tahu apakah yang Kerajaan tawarkan untuk tanah yang didudukinya sekarang.

DPPWP mendesak Menteri Senator ini meminta maaf diatas kebiadapannya itu. Tanah-tanah Kampung Baru bukan dimiliki oleh orang Umno sahaja.

"Ini bukan soal jual tanah parti, tapi ini adalah soal jual beli tanah rakyat dan orang Melayu.

"Umno yang bangga mengatakan mereka pejuang Melayu harus menunjukan sikap mereka dalam mempertahankan tanah Kampung Baru dari dijual kepada orang bukan Melayu dan pelabur asing," tegas beliau.

Herman yakin yakin bahawa Umno-BN serius membangunakan Kampung Bharu.

"Mereka hanya mahu gadaikan Kampung Baru.

"Lihat sahaja kepada Projek Puncak Baru yang dilancarkan Tun Abdullah pada 2008.

"Sudah dua tahun berlalu namun penduduk Kampung Baru tidak melihat apa-apa projek pun dibuat ditanah itu sekarang," kata beliau lagi.

Bagi Herman, kerajaan tidak mempunyai wang. Mereka hanya mengharap pada GLC seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad. GLC ini akan mengunakan modal mereka kemudiannya mencari untung dengan menjual hartanah Kampung Baru kepada pelabur asing dengan harga berkali ganda.

erapakatan


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive