Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 26, 2010

Kerajaan Ahmad Akan Runtuh Sebagaimana Kerajaan Idris



KEMAMAN - Pada kira-kira jam 2.30 petang, 26 Mei 2005, sebuah masjid dinamakan Masjid Desa Makmur yang didirikan hasil derma dan sedekah jariah orang ramai akhirnya menyembah bumi, menjadi mangsa nafsu rakus manusia-manusia yang tidak berhati perut.

Masjid tersebut, telah musnah sama sekali dirobohkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu.

Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Idris Jusoh, bersama jentera kerajaan BN umpama hilang ingatan, merobohkan masjid tersebut yang letaknya dalam Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal, dalam daerah ini.


Itu adalah kemuncak kezaliman kerajaan BN negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam masa lebih tahun memerintah negeri.


Pada sebelah paginya, operasi bersepadu beberapa jabatan kerajaan ‘umpama tentera jahiliyah’ turut melanyak dan menghancurkan 10 buah rumah rakyat, peserta RTB yang masih dalam pembinaan.

Mereka merasakan kuasa yang ada pada mereka adalah selamanya.


Esok, 26 Mei, genaplah 5 tahun masjid yang menjadi tempat insan muslim menyembah dan membesarkan Allah SWT, masjid Desa Makmur, menjadi saksi kezaliman Umno dan BN.

Dalam perjalanan menuju majlis makan malam berama masyarakat Tionghua di Bandar Chukai, saya sempat singgah di RTB Bujal.

Walaupun hanya tinggal beberapa ketul konkrit yang menjadi tanda masjid Desa Makmur, saya yang telah berniat untuk menunaikan solat Asar di sana, diizinkan oleh Allah SWT, untuk tunduk, rukuk dan sujud kepadanya.

Atas kezaliman yang tidak ada tolok bandingnya, Umno/BN yang telah meruntuhkan masjid Bujal kini menerima pembalasan berkat doa para mukhlisin.

Runtuhan demi runtuhan yang berlaku ke atas bangunan-bangunan terutamanya yang dibina semasa zaman Dato’ Idris, bahkan kerajaan pimpinan Idris juga telah runtuh.

Kini kerajaan Umno/BN yang dipimpin oleh Dato’ Ahmad Said, ADUN Kijal yang bersama-sama, jentera Idris meruntuhkan masjid Bujal akan sampai gilirannya, InsyaAllah.

buletinonline


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive