Khamis, Mei 27, 2010
"Mana Awak Dengar Khabar Angin Ini..." - Leman
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Spekulasi yang bertiup kencang kononnya Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed meletak jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Titiwangsa sebagaimana yang disebarkan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) terus menjadi teka-teki apabila beliau sendiri enggan mengesah atau menafikan berita tersebut.
Suleiman sendiri ketika dihubungi mengambil pendirian untuk terus 'bermain teka-teki' tanpa menafikan atau mengiakan khabar angin berkenaan.
Bercakap kepada mStar Online melalui telefon sebentar tadi, Suleiman mengakui yang beliau sedar tentang kewujudan khabar angin itu.
"Mana anda dengar semua cerita ini? Saya tahu ia bermula dengan khabar angin, tapi saya nak tahu dulu dari mana dan siapa yang mula sebarkannya?
"Sejak semalam anak saya sudah beritahu saya yang anda berkali-kali cuba menghubungi saya... sebab itu hari ini saya nak tanya anda sendiri dari mana anda dengar (khabar angin)," katanya yang ketika dihubungi sedang mendaftar masuk (boarding) ke dalam pesawat untuk ke luar negara.
Suleiman yang juga bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa selama 23 tahun.
Dalam tempoh berkenaan, beliau menang tanpa bertanding pada setiap tahun pemilihan parti.
Ditanya sama ada beliau mahu menafikan khabar angin berkenaan bagi menghentikan sebarang spekulasi, bekas wartawan itu berkata: "sekarang anda nak paksa saya mengaku? Macam mana saya nak nafi kalau khabar angin ini pun saya sendiri tak tahu.
"Kalau saya nafi bermakna saya akan timbulkan spekulasi lain pula."
Bagaimanapun Suleiman yang seakan mahu bercerita lanjut berhubung khabar angin itu terpaksa menamatkan perbualan berkenaan.
"Saya sudah nak masuk (kapal terbang), macam inilah... nanti bila dah sampai saya telefon anda semula, tapi kalau saya tak telefon, lebih kurang tiga jam anda telefon saya balik," ujarnya.
Semalam, Umno Bahagian Titiwangsa sendiri enggan mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan Suleiman telahpun menghantar surat peletakan jawatannya kepada presiden dan timbalan presiden parti.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Mohd Idham Yasser berkata, mereka tidak tahu menahu mengenai status perkara berkenaan dan menegaskan Suleiman masih kekal sebagai Ketua Umno bahagian itu sehingga semalam.
"Itu mungkin hanya khabar angin, saya tak dapat nak komen lanjut... apa yang saya tahu, Datuk Suleiman masih menjadi Ketua Umno di Titiwangsa," katanya.
Bagaimanapun Idham yang juga anak kepada Suleiman berkata, sebelum ini bapanya pernah menyuarakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya itu pada pemilihan parti akan datang.
"Isu nak letak jawatan sekarang memang saya tak pernah dengar, tapi sebelum ini memang beliau pernah umumkan di bahagian bahawa beliau tak akan pertahankan jawatannya lagi lepas ini.
"Setakat itu sahajalah, tak pula beliau sebut nak lepas jawatan sebelum tibanya pemilihan akan datang, inilah pertama kali saya dengar, sebagai anak... saya sendiri tak tahu tentang perkara ini," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Puteri Umno Bahagian Titiwangsa, Hazarina Zaini ketika dihubungi turut menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan yang disifatkan hanya sebagai khabar angin.
"Saya tak tahu dan tak pernah dengar tentang perkara ini," katanya.
mstar
Share
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Mei
(308)
- Skodeng wanita di tandas stesyen minyak
- Anwar Tidak Gentar, Cabar Wakil Rakyat Melompat Na...
- Kampung Melayu : Umno Buktikan Pengkhianatan
- Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel
- Liwat II: Saiful nafi plastik disumbat ke duburnya
- Kalau Tuhan Hendak BN Tumbang.. -Guan Eng
- Tumbang BN secara berstrategi
- Remaja ketagih seks: Cuma RM5 satu kepala
- Dok kalut Adun Orang Melompat,Last Adun depa yang ...
- Anwar nafi sengaja lambatkan pendedahan
- Dua kali mati
- Umngong kena terajangan maut?
- Banyak Sangat Masalah , Wakil Rakyat BUTA KE ??
- PROJEK TIDAK DIBAYAR KERANA KRITIK MENTERI?
- Jose Mourinho uji pasukan negara
- Dilema Judi Sukan : Umno Sokong, Gerakan Tolak
- Lawak Ahad: Anak haram punya cerita!!!
- Dakwa salah laku, PKR gesa Pengerusi SPR berhenti
- Kerajaan kini tiada duit, Najib gagal urus ekonomi
- Keputusan TM Liga Super 29/05/10
- Philip Morris Kecewa Kerajaan Tangguh Haram Jual R...
- Samy Vellu tak perlu tunggu 2012 letak jawatan, or...
- Selangor Mahu Dedahkan Nama ADUN, Ahli Parlimen BN...
- Remaja lari rumah dirogol kekasih
- Nasib Baik PAS Tolak Kerjasama Dengan Umno
- Kemaruk Suami Orang
- Anwar dedah 'wakil paling tadah' jadi jutawan
- Berani MIC Belasah UMNO
- Sanggup lari bogel jika Argentina juara: Maradona
- Gadis, kekasih enak ‘layan kepala’ dicekup
- 380,000 keluar Umno kerana sudah bosan
- Pantai maksiat
- Umno tak mungkin berubah Dulu, Kini dan Selamanya
- UMNO Menjerat Leher Sendiri ?
- Siasat Percubaan Rasuah Samy Vellu Oleh PM
- Bacalah Yasin...
- Khalid Cabar Ezam Bertanding Di Shah Alam PRU-13 N...
- Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan
- Janda tauke ketum ditahan
- Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini
- Dua Suspek Kes Bunuh Nurin Dapat Ganti Rugi
- Pilihan raya sudah lama, SPR masih kabur istilah r...
- Pusat refleksologi tawar pakej berahi kena serbu
- Ezam buat tuduhan jahat
- Tanah KTMB: Najib jangan berlagak ‘serba tahu’
- Isteri, kekasih sama-sama hamil
- Tubuh suruhanjaya siasat 'pengkhianatan'
- MIC sudah jadi Lembu Tua dalam BN
- "Mana Awak Dengar Khabar Angin Ini..." - Leman
- Janda dicekup dalam keadaan berbogel di hotel murah
- Betulkah Selangor luluskan 10 lesen judi untuk I C...
- Rundingan Malaysia- SIngapura : Jangan Pisang Berb...
- Kerajaan Ahmad Akan Runtuh Sebagaimana Kerajaan Idris
- KEDAH: MB KENA BERUBAH, CONTOHI 2 ADUN ...
- ‘CAKAP BESAR’ BUKAN TIKET TUMBANGKAN BN
- Umno tau ka telus tu menatang apa?
- Godaan Cewek Gedik
- Pencari petai jumpa bom
- Keputusan TM Liga Super 25/05/10
- Minyak Dinaikkan RM2.00/Liter, Gula RM2.00/Kilo?
- Anwar: Tiada lagi lompat parti - setakat ini
- Gadis kemaruk seks
- Najib, Taib selepas episod malang di Sibu
- POLITIK KATAK, MONYET DAN KETAM AMAT MENARIK
- K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru
- Pindah Stesen KTMB Ke Woodlands, Ulang Penukaran L...
- Ibu minta tubuh s'raya siasat kematian anak ditemb...
- Keputusan TM Liga Perdana 24/05/10
- Ritual “pembersihan diri” yang paling mengerikan d...
- Ingat senang-senang Umno nak biar hampa pancung te...
- NAPOLEON KECIL DATANG DARI MANA?
- Dua lelaki tonton aksi gadis dinodai
- Kedah utuh, ADUN Pakatan tolak dakwaan lompat
- Api dah padam..tapi asapnya masih ada...mana lagi ...
- Media Milik Umno-BN Sebarkan Pembohongan Lompat Parti
- Umno-BN Membisu Apabila Berdepan Isu Moral
- Lau Weng San Cabar Umno, PERKASA Umum Pendirian
- Samy Vellu Pecat 100,000 Ahli MIC Dalam 30 Tahun
- Ubat kuat ragut nyawa
- "You help me, I help you", SPRM siasat Najib
- Umno-BN Guna Hasil Judi Laksana Operasi Politik
- Penyokong Baju Merah balik kampung
- Raja Petra: Dakwa saya di mahkamah UK jika mahu
- Gay tak serik
- Kedah utuh, media dipersalah sebar penipuan
- Lesen judi ajar rakyat 'kencing berlari'
- Lawak Ahad: Diet
- Judi Bola: Umno mungkin dianggap tiada agama
- Judi: Demo dari kg Awang Adek sampai istana negara
- Keputusan TM Liga Super 22/05/10
- Malaysia 'pesat membangun' jika MP BN Mati
- Pakatan Rakyat Kedah Dedahkan Pembohongan Umno-BN ...
- Sidang Media Keluar Parti, Manikavasagam Ulangi Ke...
- Spa peraga gadis bercoli
- Umno BN hendak jadikan negara ini negara kafir?
- Lagi Gesaan Samy Vellu Letak Jawatan
- Najib dan Umno memang berani!
- Rombakan Kabinet : KJ Tidak Tersenarai ?
- Mesti Tonton...Tiada di TV
- “Laporan Sinar tidak betul. Mengelirukan.” - Nizar
-
▼
Mei
(308)