Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 23, 2010

Gay tak serik

Laporan RUDY SYAREME SHERIFFUDIN

2010/05/23

GEORGETOWN: Tidak serik. Meskipun diserbu polis lebih 10 kali sejak tahun lalu kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral iaitu kegiatan gay, premis yang berselindung di sebalik pusat kecergasan itu masih tetap meneruskan operasinya dengan pelbagai taktik.

Bagaimanapun, kegiatan itu berjaya dibongkar sepasukan anggota polis dari cawangan perjudian, maksiat dan kongsi gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) yang melakukan serbuan, malam kelmarin selepas seminggu mengadakan pemantauan.


Dalam serbuan itu, enam lelaki termasuk seorang penjaga sebuah pusat kecergasan diri berusia antara 20 hingga 30-an dicekup selepas disyaki terbabit dengan aktiviti terlarang itu.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tuanku Said, berkata polis terpaksa menunggu selama 30 minit untuk menyerbu pusat kecergasan diri itu kerana premis berkenaan hanya dibuka kepada ahli.


Katanya, kejayaan memboloskan diri untuk memasuki premis berkenaan hanya dapat dilakukan selepas seorang ahli pusat itu tiba dan masuk melalui pintu depan.

“Anggota polis yang sudah bersiap sedia kemudian menyerbu masuk, membuatkan mereka yang di dalam premis berkenaan tergamam.


“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui satu botol krim pelincir, tisu dan tiga helai tuala yang disyaki digunakan untuk kegiatan tidak bermoral, manakala pemeriksaan lesen perniagaan pusat berkenaan menunjukkan ia didaftarkan sebagai pusat kecergasan, bukan pusat urut,” katanya.


Wan Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk mengesan pemilik premis berkenaan dan semua mereka kemudian ditahan serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk dibuat laporan tangkapan.


Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melanggar kesopanan, di mana sesiapa yang melakukan atau bersubahat dengan mana-mana orang dalam perbuatan kelucahan melampau dengan orang lain di tempat awam atau tempat persendirian.

hmetro


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive