Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 30, 2010

PROJEK TIDAK DIBAYAR KERANA KRITIK MENTERI?

Oleh: SURIATI MAHMUD


SIAP.... Kunsul menunjukkan jalan yang telah disiapkan dan papan tanda kewujudan projek berkenaan untuk membuktikan penindasan yang dilakukan oleh KKLW terhadap kontraktor bumiputera.


MUNGKIN kerana lantang bersuara mengkritik pemimpin Barisan Nasional, seorang kontraktor kelas F mengalami kerugian RM20,000 apabila Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) enggan membayar projek yang telah disiapkannya dengan sempurna.

Sehubungan itu, kontraktor tersebut, Kunsul Nahul memberi notis 14 hari mulai 2 Jun 2010 agar KKLW membayar nilai kontrak tersebut yang dijalankan melalui A 172499 bertarikh 19 Mac 2009 yang disiapkan dua minggu kemudian.

Sekiranya gagal, kata Kunsul, beliau akan memfailkan saman di Mahkamah untuk menuntut kerugian yang beliau alami akibat ketidak cekapan KKLW dan menterinya melaksanakan projek di Sabah.

Kata Kunsul, Projek Selenggara Jalan Kampung Kg Sapagaya Lahad Datu yang diperolehi melalui KKLW/PD/PJK/S/LDU/SIM/358P/03-09 telah disempurnakan dan telah diserahkan kepada Pejabat Daerah Lahad Datu.

“Namun sehingga kini, percubaan saya untuk mendapatkan bayaran gagal dan Pejabat Daerah Lahad Datu turut bersubahat dengan KKLW,” ujar Kunsul yang kesal dengan sikap kebudak-budakan Juruteknik Pejabat Daerah Lahad Datu yang enggan mengesahkan kerja kontrak berkenaan semata-mata kerana bimbang dengan ugutan seorang AJK UMNO Silam yang ingin mendapatkan projek berkenaan sebelum ini.

Kunsul yang juga Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, menjelaskan beliau telah dihubungi oleh Juruteknik Pejabat Daerah Lahad Datu untuk memaklumkan bahawa seorang pegawai perempuan daripada KKLW telah melawat projek tersebut dan enggan meluluskan piawaian projek berkenaan.

“Juruteknik tersebut meminta saya mengulangi projek yang sudah siap tanpa sebarang surat peringatan atau teguran sedangkan kerja telah dilaksanakan mengikut arahan yang diberikan dalam GWO berkenaan,” ujar Kunsul yang kesal kerana inilah pertama kalinya projeknya tidak dibayar walau satu sen dibelah tujuh.

Adalah tidak munasabah kata Kunsul, alasan utama Juruteknik berkenaan enggan meluluskan pengesahan kerja bagi projek tersebut kerana bimbang AJK UMNO berkenaan akan membuat laporan terhadap SPRM.

“Jika SPRM mahu siasat, silakan datang. Kenapa takut? Saya siapkan projek dengan sempurna dan saya berhak mendapatkan bayaran. Apa kuasa mereka menahan bayaran yang sepatutnya dibayar kepada saya tahun lalu?” tanya Kunsul yang mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap keseluruhan projek yang dilaksanakan melalui syarikat beliau dan semua projek kecil di Lahad Datu atau Tungku.

Tegas Kunsul, jika ianya tidak mencapai piawai yang ditetapkan, tolaklah daripada kos projek dan bukannya langsung tidak membayar kepada kontraktor sedangkan beliau telah mengeluarkan belanja untuk membeli bahan binaan dan menyewa jentera dan penduduk kampung gembira kerana jalan berkenaan boleh dilalui oleh kenderaan mereka dengan sempurna.

"Mungkinkah ini cara 'rompakan' zaman modern yang cuba dilaksanakan KKLW?" tanya Kunsul yang kesal kerana Pejabat Daerah tidak cekap menyelia projek kecil yang diamanahkan kepada mereka.

Kegagalan KKLW membayar kerja kontrak beliau kata Kunsul membuktikan kegagalan Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang sudah mula lupa diri daripada dia datang dan memperkecilkan jasa Ketua-Ketua Cawangan UMNO Silam yang terpaksa terkial-kial mencari makan; tetapi dilayan secara tidak adil oleh KKLW.

“Surat aduan dan rayuan saya tidak pernah diambil peduli bahkan beberapa kontrak kecil yang telah saya perolehi telah dipotong daripada senarai projek dan diberikan kepada kontraktor lain,” ujar Kunsul yang menaruh harapan yang tinggi agar semua projek KKLW disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Negeri Sabah supaya dapat diselaraskan dengan sempurna dan bebas daripada kekangan politik.

Kunsul juga menggesa agar Shafie tidak menjadikan tegurannya terhadap kepimpinan Shafie di media sebagai unsur balas dendam dengan menjadikan projek yang dilaksanakan dengan sempurna sebagai ‘kambing hitam’.

sabahkini


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive