Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 26, 2010

Rundingan Malaysia- SIngapura : Jangan Pisang Berbuah Dua Kali

25 May 2010
Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu telus dalam perbincangan dua hala antara Malaysia dan Singapura yang dikatakan telah mencapai persetujuan bersama bagi mengatasi masalah-masalah yang berbangkit selama ini.

"Kita tidak ingin melihat pisang berbuah dua kali di mana kerajaan persekutuan Barisan Nasional(BN) dalam menyelesaikan masalah antara Malaysia dan Brunei, pernah menyerahkan dua blok telaga minyak di perairan Sarawak dan Sabah kepada negara Brunei Darussalam untuk mengekalkan kedaulatan negra Malaysia di daerah Limbang," kata Adun Kampung Tunku, Lau Weng San kepada erapakatan.

Beliau terkilan kerana keputusan kerajaan persekutuan BN ini tidak pernah diumumkan kepada rakyat Malaysia dan apabila rakyat Malaysia mengetahui perkara ini, perjanjian sudah dimaterai dan tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi untuk memperbetulkan keadaan.

Beliau berkata, kerjasama ini menunjukkan kecenderungan kerajaan persekutuan BN untuk melakukan secret deal atau perjanjian sulit tanpa pengetahuan rakyat.

"Apa yang kita lihat dan baca daripada media bukan merupakan gambaran sebenar terhadap situasi.

"Justeru itu, saya meminta kerajaan persekutuan BN untuk berterus-terang dalam rundingan dengan kerajaan Singapura secara terperinci khususnya beberapa perkara yang terlibat seperti bekalan air, stesyen keretapi KTMB di Tanjung Pagar, pembinaan sistem MRT Singapura di Johor Bharu dan sebagainya merupakan isu-isu sensitif yang pernah disensasikan dahulu," kata beliau lagi.

Beliau mempersoalkan adakah masalah-masalah yang berlarutan selama tiga puluh tahun boleh diselesaikan dalam satu rundingan yang mengambil masa beberapa hari sahaja?

"Apakah butiran-butiran rundingan lain yang tidak diumumkan? Saya berharap kerajaan persekutuan BN boleh berterus-terang dalam isu ini," jelas beliau.

erapakatan


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive