Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 20, 2010

Lapor Polis Kali Kedua, Mirip Kes Tembak Aminulrashid



Untuk kali kedua, seorang lelaki yang mendakwa cedera ditembak polis, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam selepas aduannya setahun yang lalu, tidak menunjukkan sebarang perkembangan kes.

Mengikut laporan yang dibuat Shahril Azlan Ahmad Kamil hari ini, kejadian yang menimpa beliau seakan-akan kejadian yang menimpa Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis pada 26 April lalu.

Shahril Azlan mendakwa baru pulang menonton perlawanan bola sepak di Seksyen 7 sebelum didatangi polis ketika sedang memandu, menyebabkan operator perakatan kontena ini, panik.

Shahril Azlan mendakwa cuba melarikan diri termasuk mengundurkan kereta sebelum anggota dalam kenderaan peronda melepaskan tiga das tembakan dan satu mengenai beliau.

Beliau yang ditemani peguamnya Fadiah Nadwa Fikri, sebelum ini sudah membuat laporan polis sehari selepas kejadian tetapi sehingga kini tiada sebarang siasatan dibuat terhadap anggota polis yang melepaskan tembakan.

Persamaan kes ini dengan insiden Aminulrashid ialah kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa pulang menonton perlawanan bola sepak dan ditembak selepas cuba melarikan diri ada elemen undur kereta.

Persamaan lain ditandai dengan Aminulrashid tidak memiliki lesen memandu manakala dalam kes ini, lesen memandu Shahrin Azlan sudah tamat tempoh.

“Sebenarnya pada malam kejadian, selepas balik menonton perlawanan bola di sebuah restoran, saya berhenti menghala ke persimpangan ICT di persimpangan lampu isyarat.

"Dalam seratus meter ada sekatan jalan raya. Menyedari cukai jalan tamat tempoh, saya berhenti, berundur dan berhenti. Datang dua orang tidak beruniform memegang kayu.

"Saya berdua dengan kawan panik, saya undur kereta lalu dilepaskan dua atau tiga das tembakan kepada kami,” katanya.

Selain trauma dengan kejadian ditembak polis, Shahril Azlan juga dihantui masalah peluru yang masih terletak di tulang belakangnya selepas menembusi lengan dan rusuk

“Peluru itu masih ada dan tidak dapat dikeluarkan kerana boleh menyebabkan kelumpuhan,” katanya.

tvs


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive