“Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.
“Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya, Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma’al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.
“Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.
Katanya, presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.
“Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.
“Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak,” katanya.
“Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu, PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini.
“Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri,” katanya.
Rakyat Mesir yang berada di Malaysia turut menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika bersama-sama rakyat negara ini yang menyokong tuntutan supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur.
Sebahagian rakyat Mesir yang datang dengan membawa keluarga, bersama-sama sembahyang Jumaat di Masjid As Syakiriin, KLCC, menyertai perarakan dan membawa sepanduk mengecam Hosni Mubarak dalam bahasa Arab dan Inggeris.
“Kami bukan sekadar mahu Hosni Mubarak berundur tetapi mahu menghancurkan beliau,” kata seorang wakil mereka yang diminta berucap bersama-sama pimpinan parti-parti politik dan Badan-Bukan Kerajaan (Ngo) yang menganjurkan perhimpunan itu.
Kata beliau, selama puluhan tahun Hosni Mubarak mentadbir negara itu, rakyat Mesir sentiasa berada dalam musibah, kemiskinan dan dinafikan pelbagai hak.
Malah beliau turut mendakwa Hosni mendapat sokongan daripada negara Israel untuk terus mengekalkan kuasanya.
Perhimpunan menyokong kebangkitan rakyat Mesir itu – kali kedua diadakan di negara ini – selepas himpunan pertama dihadapan kedutaan Mesir sebaik sahaja berlaku protes besar-besaran terhadap kepimpinan Husni Mubarak di Mesir sejak beberapa minggu lalu.
Sumber Rangkuman: Harakah Daily
kl-today
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
05 February 2011
BalasPadamPas takut student mereka di Mesir berpaling tadah!
Pas akan guna apa cara untuk mempolitikkan usaha kerajaan membawa balik semua pelajar Malaysia di Mesir yang kini sedang bergolak, ke tanah air. Macam-macam cerita dicanang untuk merendah-rendahkan usaha kerajaan termasuk dakwa kerajaan lambat bertindak, kerajaan pilih bulu selamatkan pelajar, kerajaan tetap kenakan bayaran tambang dan macam-macam lagi.
Kenapa agaknya Pas terus mempolitikkan usaha menyelamatkan pelajar-pelajar di Mesir ini? Sebabnya Pas takut pelajar-pelajar terbabit yang terhutang budi kepada kerajaan (walaupun tak diminta) kerana menyelamatkan mereka walaupun sebelum ini mereka lantang menghentam, memaki-hamun, mengkafir dan memfitnah kerajaan. Lalu kerana tersentuh hati atas pekerti kerajaan dan pemimpin UMNO khususnya Najib Tun Razak, maka mereka beramai-ramai pakat berpaling tadah menyokong UMNO.
Tambahan pula mereka merasakan parti dan pemimpin yang mereka sanjung dan julang tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mereka. Malah tak ada pun nak buat sembahyang hajat beramai-ramai seperti mana mereka lakukan ketika pelantikan SUK Selangor dan lain-lain isu. Tiada...
Menyedari kemungkinan itu berlaku, lalu Pas mengasak kerajaan dengan mempolitik apa sahaja usaha yang dilakukan oleh kerajaan dengan harapan agar jiwa para pelajar terbabit kembali ke pangkuan Pas. Maklum sudah sedia maklum sebahagian besar pelajar Malaysia di Mesir terutama mereka yang belajar dalam aliran agama, adalah penyokong tegar Pas atau setidak-tidaknya mak bapak mereka pejuang Pas tegar.
Jadi, apabila para pelajar ini berpaling tadah kepada UMNO, maka Pas akan kehilangan undi dari kalangan pelajar dari Mesir dan mereka juga kehilangan bakal-bakal pemimpin yang selama ini pelajar di Mesir merupakan kilang utama melahirkan pemimpin mereka.
Tiadakah fatwa dari Tok Guru mereka untuk menyatakan HARAM bagi para pelajar terbabit menerima bantuan kerajaan yang kafir, jahiliah dan zalim? Dah tentu tak ada...!! saja suka gonxi-kongsi info.
apa kejadahnya yang siMahfuz tu sibuk suruh Najib sound pada Mubarak..
BalasPadamApa mahfuz ni...beranak kat Mesirke..?
Apa sangkut paut M'sia dengan Mesir...?
Mahfuz kalau nak glamour...cari-carilah isu lain contoh bg subsidi petrol pada rakyat kedah...10 sen pun jadilah..duit kutip dekat kedah sato..IJM KE...atau pakai duit tabung ceramah..
tahniah komen2 diatas, 10 tahun dulu aku pun akan berfikir macam tu... bodohnya dulu aku sokong umno
BalasPadamPenyokong umngong semua belum pandai bepikiaq
BalasPadam