Khamis, Februari 03, 2011
Pengalaman cemas di Mesir
Penyokong Presiden Hosni Mubarak memasuki kawasan Dataran Tahrir dengan menaiki kuda untuk mendesak puak antipemimpin itu bersurai dan tidak meneruskan demonstrasi. — Foto ihsan msnbc.com
"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.
Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.
Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.
"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.
"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya.
Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.
"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.
Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Januari lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.
"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu.
"Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya.
Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam.
"Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.
Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir.
"Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya.
- Bernama
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Februari
(157)
- Saman Ekor, Kerajaan Tidak Utamakan Rakyat
- Lawak Ali Rostam
- SPR tu parti komponen BN ka???
- GURU SENTUH PAYUDARA 11 MURID
- Ali Rostam Dah Pening Lalat
- Rakyat merintih duka, Najib datang bawa 'gula-gula'
- Live Carling Cup Final: Arsenal vs Birmingham City
- RTM Akan Tingkat Serang Selangor dan Pulau Pinang
- 'Ini olang tua ada balang baik punya.......'
- RAKYAT MALAYSIA BAKAL MENJADI GILA
- PELAJAR DIROGOL BERGILIR-GILIR OLEH 7 RAKAN
- Lawak Ahad: Jual Rumah
- Lima pemimpin PKR dipujuk lompat parti
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26/2/11
- Tun M : Perjalanan Yang Belum Selesai
- Gambar-Gambar Di Penamaan Calon Merlimau Dan Kerdau
- KHIDMAT SEKS DI KEBUN GETAH
- Uthayakumar : Perhimpunan Besar-Besaran HRP Tetap ...
- HARGA MINYAK HANYA BOLEH BERTAHAN SEHINGGA SELESAI...
- DAPHE IKING SAH MASUK ISLAM
- 1KAMBING 2JANTINA
- JANGAN MINUM MACAM HAIWAN
- PRK MERUPAKAN RAHMAT DAN BALA PENDUDUK SETEMPAT
- NASIB BAIK ADA PRK
- Undi punya pasal, rakyat nak sungai pun BN boleh l...
- Umno jangan tunjuk hero bela Melayu
- TerpaksaTampung GLC, Punca KWSP Beri Dividen Rendah
- Mee segera hingga bila-bila
- 1MALAYSIA,TAPI MENTERI JAGA NEGERI BN SAJA?
- UMNO GUNA HARTA AWAM DI MERLIMAU
- MPKB Haramkan Restoran Sediakan Shisha Kepada Pela...
- KAKI RAGUT TERBUNUH DI DALAM LONGKANG
- RTM - Rais Tak Minat?
- Betoi Ka JPN Bersubahat Dengan BN?
- IKLAN SEKS
- AKHBAR `BERLIDAH SYAITAN' PUTAR BELIT UCAPAN NIK AZIZ
- Patutlah Melaka Maju, rakyatnya Rajin, tak macam n...
- Peluang Kahwin Percuma
- BN Amalkan Undang Undang Sidiq Sigaraga
- JEJAKA MALAYA DAH TAK BOLEH CARI MAKAN
- KRONI DAPAT RM2.45 BILION NILAI KONTRAK
- PRK Kerdau, Merlimau serentak elak asakan Pakatan
- Impian Siti Nurhaliza bina masjid tercapai
- Mesir:Revolusi Twitter dan Facebook?
- Lawak Ahad: Amerika,Jepun Dan Indon
- PRK Merlimau: Ayuh katakan 'tidak' pada Ali Rustam!
- KEPUTUSAN PIALA FA 19/2/11
- Saman ekor: Kerajaan cari duit haram dari rakyat
- Cayalah! Bob Lokman Sertai PAS
- Tipu Suami Di Sg Buluh,Berasmara Dengan Bangla Di ...
- Melawan pun keluaq ayaq mani ka ?
- P'raya Kerdau serentak dengan Merlimau
- KEPUTUSAN PIALA FA 18/2/11
- INI BUKAN TANDA-TANDA KIAMAT,TAPI TANDA PILIHANRAY...
- Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN
- Bertaubatlah Wahai Peminum Arak
- Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?
- 'Ketumpulan' Ali senjata PAS di Merlimau
- Rusia Akan Lancar Saluran TV Islam
- Operasi NGO misteri, 1Malaysia dikesan di KL
- Siswi gila lelaki berbini 2
- Kulum boleh,awat hang tak gigit? Kah!kah!kah!!
- Hanya 36 penduduk Jeli undi Mustapa Mohamed?
- Lokman mau londeh DS Flom tapi tadak berani...
- BERAS CHINA ADA LOGAM BERBAHAYA
- MB Mad Said; Otak keluar dari kotak??
- SAMAN EKOQ
- Kit Siang : Nafi Dakwaan Bertemu Mahathir
- BN MIRIP REGIM MUBARAK?
- Azizah: Baju saja tak semahal itu
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 15/02/11
- Pulau Pinang saman ADUN Pulau Betong
- Berkhalwat bawa anak kecil
- Buruh rogol, liwat warga emas dipenjara 16 tahun
- Revolusi adalah seksi, kata mereka
- ANWAR: UJIAN ATAS SAYA KECIL SAJA
- Perutusan Maulidur Rasul 1432H oleh TGNA
- Peguam Anwar: Tiada kesan air mani, tiada ujian
- DUN Sarawak Mungkin Dibubar Minggu Ini ?
- Bersabung nyawa untuk 5 ekoq ikan kembung
- Selepas Mubarak, Apakah giliran Haprak?
- JANJI YANG SAMA TELAH DIBUAT SEJAK 4 PRU LALU
- Projek Mee Segera Di Merlimau adalah satu kesalahan
- KONON-KONON RAKYAT DIDAHULUKAN
- ANIS... hanya mahu teman seks.
- Hosni Mubarak Adalah Pemimpin Dua Dalam Satu
- Lawak Ahad: Pak Pandir Tanam Rambutan
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 12/1/11
- Hari Valentine: Sensasi dan publisiti
- Siswi Terlampau Jaja Gambar Bogel
- SPR tak berani potong nama isteri tentera dari sen...
- Gerombolan video lucah bongkar penipuan geng songk...
- Hosni Mubarak letak jawatan
- Adik pelakon komedi kena cekup
- MAKANAN TIDAK HALAL ANCAM NEGARA
- Roboh Gerai : Penjelasan Dari Yang Di Pertua MPSP ...
- Roboh Gerai Melayu di Taman Pelangi??
- 3 golongan yang awal masuk neraka
- Apacer Lim Guan Eng Berkopiah?
- Tengok nii...Takda Sapa Pandai Memerintah Macam Um...
-
▼
Februari
(157)