Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 04, 2011

Bas Ekspres Terbabas Di Lebuh Raya PLUS



40 Penumpang Terselamat

SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) -- Seramai 40 penumpang terselamat selepas sebuah bas ekspres yang mereka naiki dalam perjalanan ke Johor terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 245.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Tol Pedas-Linggi, dekat sini, Khamis.



Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, pemandu bas Transnasional dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.



Bagaimanapun, bas itu tidak dirempuh oleh kenderaan lain di laluan bertentangan itu.



Sejurus selepas kemalangan itu, pemandu bas berkenaan, Sabri Sharom, 48, telah membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Seremban 2 di sini.



Ketika ditemui, Sabri berkata beliau tidak dapat mengawal bas tersebut selepas tayar depan sebelah kanan bas itu tiba-tiba pecah.



Dua buah jentera Bomba dan Penyelamat dari Rembau dan Seremban 2 bersama 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk membersihkan tumpahan minyak di atas lebuh raya berkenaan.



Kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya itu.



-- BERNAMA




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive