 Anwar membidas kerajaan Umno BN yang membela tauke IPP tapi menekan rakyat marhaen.
Anwar membidas kerajaan Umno BN yang membela tauke IPP tapi menekan rakyat marhaen.KUALA LUMPUR: “Subsidi adalah candu pada rakyat, ‘tauke-tauke’ besar bagaimana?“Kepada  orang kampung dan rakyat miskin, kamu katakan subsidi itu candu.  Tetapi, adakah Najib akan berani mengatakan perkara yang sama kepada ‘tauke-tauke’ besar IPP? 
 “Ada Datuk Najib berani untuk panggil YTL,  Genting Sanyen, Malakoff dan Ananda Krishnan – kamu ini ketagih ‘candu? Tidak. Itulah sebabnya mereka marah sangat dan terus serang kita.
  Demikian  antara ucapan Ketua Umum KEADILAN itudi hadapan ratusan hadirin yang melimpah sehingga ke luar dewan pada siri program Jelajah Selangor (Jelas) di Dewan Orang Ramai Kampung Cheras Baru, malam tadi. 
  Anwar merujuk kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang melabel subsidi adalah satu bentuk candu, baru-baru ini.
 
 
 Suasana perkarangan dewan seperti  pesta dengan deretan puluhan gerai dan warung pasang siap, sekali pun program yang dimulakan dalam suasana hujan renyai.
 
 
 Antara  pimpinan KEADILAN yang hadir termasuk, Ahli Biro Politik, Datuk Chua  Jui Meng, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafiee.
 
 
  

Rakyat terus memberi perhatian terhadap penerangan Anwar yang berkait rapat dengan kehidupan mereka
Meneruskan ucapannya, Anwar menyelar sikap kerajaan Umno-BN yang sentiasa berpihak kepada  kroni perniagaan yang kaya, dalam masa yang 
sama meminggirkan jutaan rakyat terbanyak melalui pembikinan dasar yang tidak pro-rakyat.
  
 
 “Kalau  rakyat itu miskin, pendapatan rendah, merempat, duduk di  kampung-kampung, adalah menjadi tanggungjawab dan amanah kerajaan untuk menjaga dan membantu kebajikan mereka.
 
 
 “Dalam sejarah, tidak pernah ‘tauke-tauke’ ini kalah. Yang kalah ialah rakyat. Sebab itu saya tak setuju dengan cara ini,”  katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
 
 
 Dalam  pada itu, Anwar bertegas bahawa persoalan kemiskinan dan kemunduran  orang Melayu tidak akan selesai sama ada dirinya dipenjara, berikutan pelbagai percubaan oleh lawan politik termasuk dakwaan kes yang kini dihadapinya di mahkamah.
 
 
 “Adakah  dengan memasukkan Anwar dalam penjara, akan selesai masalah kemiskinan  orang Melayu? Dah masuk pun 6 tahun, tak selesai juga. Bahkan, rasuah makin banyak,” kata Anwar.
 
 
 Beliau  mencabar pimpinan Umno-BN untuk bertanya kepada rakyat Malaysia sama  ada gejala rasuah dan penyelewengan tidak wujud di Malaysia.
 
 
 Dalam  pada itu beliau menambah, beban sebenar rakyat cuba dialihkan oleh  media kawalan Umno-BN melalui pelbagai fitnah rekaan untuk menyerang peribadi, malahan fizikal ahli keluarganya.
 
 
 “Oleh  sebab tak boleh ‘patahkan’ Anwar, maka mereka mahu ‘patahkan’ Azizah,  Nurul Izzah malahan cucu saya juga diancam. Seolah-olah nyawa kami ini tidak berharga kepada mereka.
 
 
 “Saya  ini menjadi ‘public enemy’ nombor satu kepada mereka. Jika lenyap,  lebih senang,” dedahnya memperingatkan hadirin mengenai percubaan ancaman dan ugutan terhadap keluarganya kebelakangan ini.
 
 
 “Tapi  kalau kamu ingat kami akan lemah, maka kamu silap kerana Insya Allah,  ujian ini akan memperkuatkan kita,” kata Anwar dengan bersemangat disambut sorakan ribuan hadirin.
 
 
 Justeru,  Anwar bertegas bahawa sisa hidupnya yang masih tinggal akan  didedikasikan untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan.
 
 
 “Yang  pertama, kita kena sabar. Jangan fikirkan untuk membalas dendam kepada  orang lain. Anak muda terutamanya perlu memastikan matlamat perjuangan, benci kepada kezaliman, pengkhianatan dan mahu membela nasib rakyat.
 
 
 “Siapa  yang tidak terguris perasaan apabila melihatkan isteri, anak dan cucu  menjadi mainan mereka? Tetapi kita yakin, bahawa kemenangan yang diperolehi dalam pilihan raya akan datang pasti menyelamatkan negara kita,” jelas Anwar.
 
 
 Beliau  berpesan kepada jentera KEADILAN untuk mempergiat penerangan,  terutamanya penyebaran maklumat dan tawaran Pakatan Rakyat seperti  yang terkandung di dalam Buku Jingga.
 
 
 “Rakyat kena bangkit. Walau bagaimana susah sekali pun, kita jangan mengaku kalah,” jelasnya.
           KDSUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?  GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK