DEY MACHA!!!
TEH TARIK WONNNEKK...
PADA 25/3/11 KELUAQ BERITA HARIAN
MAT EZAM KOTAK KATA:
Sebagai individu yang lama mengenali Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran.
“Saya yakin Anwar akan bersumpah jika dia diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika dia sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya),” katanya.
TUP-TUP SEMALAM MAT EZAM SURUH PULAK ANWAR BERSUMPAH
KAH! KAH! KAH!
WOI EZAM HANG DAH KENA MAKAN SUMPAH KA?
DULU CAKAP TAK PERCAYA WALAUPUN ANWAR SUMPAH GUNA AL QURAN
LA NI HANG SURUH DIA SUMPAH PULAK
KAH! KAH! KAH!
BANGANG KA TAK BANGANG SOALAN HANG TU?
BUAT APA ANWAR NAK SUMPAH
KALAU HANG TAK AKAN PERCAYA
KAH! KAH! KAH!
CUKUPLA HANG SORANG2 BUAT KERJA BODOH
KAH! KAH! KAH!
KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.
Empat perkara tersebut ialah:
Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.
Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.
Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara.
Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.
“Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya.
“Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.
Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.
“Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini,” jelasnya. -UTUSEKS MALAYSIA
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?