Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 29, 2011

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari



Kalaulah pandangan saya betul, kita sedang melihat perubahan stuktur pemikiran ramai yang isu perkauman sudah menjadi isu yang agak dibenci dan tidak begitu gemari oleh rakyat pada hari ini. Keadaan ini berlaku kerana isu benci membenci di antara kaum telah dimainkan terlalu berluasa-luasa dan menjemukan mereka.

Rakyat sedar yang jika isu perkauman masih menjadi isu oleh mana-mana parti dan pihak, parti itu akan manghadapi kemungkinan ditolak.


Bagi mereka isu perkauman adalah isu yang amat merbahaya untuk di mainkan dan rakyat sedar jika isu ini terus dimainkan oleh pemimpin-pemimpin yang akan merana rakyat sendiri akan menanggung penderitaannya.

Sudah nampak dengan agak jelas yang kecenderungan rakyat untuk menerima parti berbilang kaum di negara ini sedang melebar dan meminggirkan parti yang berlandaskan kepada perkauman secara beransur-ansur. Ianya bermula apabila pemimpin Melayu yang mengetuai pimpinan negara dan rakyat sudah hilang penghormatan rakyat dalam kadar yang amat deras.

Jika elemen baru yang berkembang ini terus-terusan menjadi sikap yang akan diterima oleh rakyat maka parti-parti yang ditubuhkan berlandaskan kepada kaum akan terpinggir dalam masa yang agak dekat. Melayu yang dahulunya dikaitkan dengan UMNO, sekarang Melayu sudah beransur-ansur menukar pendirian mereka dan tidak semestinya UMNO meyakinkan yang parti itu adalah parti perjuangan Melayu dan negara.

Perubahan ini dipercepatkan pula oleh kenyataan yang jelas dan nyata yang UMNO telah gagal untuk meneruskan kejayaan mereka untuk memperjuangkan kemajuan untuk orang Melayu kecuali segelintir Melayu yang mendapat keistimewaan kerana mengambil kesempatan di atas peruntukan keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan negara.

Peruntukan yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu itu memang ada termaktub dalam perlembagaan dan bangsa lain pun telah menerima hakikat itu. Tetapi apabila keistimewaan itu hanya untuk segelintir Melayu istimewaa sahaja dan bukannya untuk Melayu keseluruhannya, maka kesetiaan kepada UMNO kian pudar. Mereka selama ini menganggapkan yang UMNO itu ialah parti untuk rakyat Melayu yang ramai, tidak untuk bilangan Melayu ekskusif sahaja.

Keistimewaan untuk seluruh umat Melayu itu hanya dipompong oleh segelintiran Melayu yang hampir dengan kepimpinan sahaja bukannya kerana kemampuan Melayu yang ramai itu. Barang diingat orang Melayu merupakan penduduk majoriti dalam negara kita.
Orang Melayu sekarang sudah membentuk pemikiran dan kepercayaan yang menerima parti yang berbilang kaum sudah boleh diterima.

Mereka merasakan jika mereka terus-terusan berada di dalam UMNO pun tidak merubah keadaan mereka kecuali untuk menambah kekuatan kepada pemimpin-pemimpinnya untuk menjadi pemimpin yang rakus dan kufur nikmat semata-mata. Bangsa-bangsa lain dalam negara ini yang telah bersetuju yang Melayu perlukan keistimewaan itu pun sudah jemu menunggu kemajuan orang Melayu, kerana mereka mendapati keistimewaan itu hanya di perolehi oleh kumpulan kecil Melayu, selalunya dari keluarga yang di dalam kategori ‘the rich and the famous’ semata-mata.

Perubahan pemikiran di kalangan orang Melayu ini melibatkan setidak-tidaknya dua parti, iaitu UMNO dan MCA. Melayu sedang menerima parti-parti PAS, DAP dan PKR sedangkan kaum Cina sudah hampir menolak MCA untuk memberikan keyakinan kepada DAP. Apabila DAP diterima oleh kaum Cina dan menambah pula penyertaan orang Melayu di dalam parti itu maka dijangkakan yang parti-parti yang ‘racial-based’ akan menjadi ‘obselete’ dalam jangka waktu yang agak dekat.

Keadaan ini wujud kerana UMNO yang mewakli UMNO tidak mampu menguruskan kejayaan selama ini. Melalui UMNO orang kita Melayu merupakan kaum yang paling istimewa kedudukan kerana orang melayu melalui UMNO telah diberikan kedudukan sebagai parti untuk orang Melayu dan juga tugasan dan berfungsi sebagai parti untuk menguruskan semua bangsa di negara ini.

Saya masih tergayang-gayang mengingati zaman itu. Sekarang semuanya sudah tiada lagi kerana kesalahan dan kesilapan kita untuk menguruskan kejayaan itu. Kita terlupa dan terleka dengan kejayaan itu kerana kita sentiasa berfikir yang kejayaan yang dicapai itu akan kekal walaupun tanpa pengurusan yang baik.

Peringatan selepas peringatan diberikan kepada bangsa kita khususnya pemimpin kita tetapi mereka lalai dan bersikap sambil lewa dalam menguruskan kejayaan yang jarang-jarang dicapai oleh mana-mana bangsa di dunia ini. Kita ‘sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’. Mungkin kah kita akan mencapainya kembali? Tidak siapa boleh menjawabnya secara meyakinkan.

Pada saya kaum India merupakan kaum yang bijaksana di dalam politik. Apa pun orang nak kata, saya tetap menyatakan dengan tegas, kaum India berjaya politik mereka. Kaum India merupakan kaum yang terkecil di Semenanjung Malaysia. Mereka hanya merupakan 15 peratus dari jumlah penduduk negara kita ini. Parti yang mewakili mereka sejak lama dahulu ialah MIC. Walaupun MIC merupakan parti yang kecil dan telah melalui zaman berpecah-pecah sejak lebih 20 tahun dahulu, tetapi kaum India sentiasa menambah jumlah wakil mereka di dalam Dewan Parlimen.

Kaum India diwakili melalui MIC, DAP, PKR, PPP dan yang lain-lain. Berpecah tetapi sentiasa menambah perwakilan mereka di dalam Dewan-Dewan Lagislatif Persekutuan dan Negeri-Negeri. Saya tidak dapat angka yang tepat tetapi kenyataannya mereka diwakili oleh jumlah yang ramai di Dewan-Dewan Lagislatif negara dan negeri-negeri.

Bagi orang Melayu, jika DAP boleh membuka ruang untuk kaum Melayu menjadi ahli dengan luas serta diberikan peluang untuk mewakili parti itu untuk mewakili pengundi-pengundi di kawasan mereka maka parti itu akan mendapat banyak ‘advantages’nya. Pertamanya parti itu akan membuktikan yang parti itu adalah parti berbilang kaum dan bukannya parti yang di monopoli oleh kaum Cina sahaja. Keduanya DAP akan mendapat tambahan sokongan orang Melayu dan Bumiputra di seluruh negara.

Yang pentingnya DAP benar-benar melunaskan perjuangannya mengikut kehendak perlembagaan negara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan parti itu yang saya sendiri telah membacanya berulang kali. Lebih baik lagi DAP menerima orang Melayu untuk menjadi Ketua Kerajaan Negara ini (Maksud saya PM). Malahan DAP akan lebih mudah untuk meyakinkan yang mereka tidak akan menjadi Ketua Kerajaan kerana jumlah kerusi yang dibertangkannya di dalam setiap pilihanraya tidak melebihi 60 kerusi sahaja.

Saya menulis isu ini kali ini kerana sudah jelas rakyat berbilang kaum sedang beransur-ansur menolak parti-parti yang berlandaskan kepada keahlian mengikut kaum. Lagi sibuk parti-parti bercakap tentang isu perkauman, lagi bertambah jemu rakyat mendengarnya.

Itulah yang saya dan ramai orang ralatkan sejak beberapa tahun yang lalu. Kita telah pun berjaya mendapatkan orang Melayu di terima sebagai kaum yang mengetuai siasah negara, tetapi kita telah gagal untuk mengurus tadbir kejayaan dengan baik. We have been taking everything for granted.

Semuanya kerana permainan politik peribadi pemimpin-pemimpinnya yang rela merebahkan parti bersama mereka. Mereka tidak mahu dan bersedia untuk berkorban untuk parti yang telah menempa kejayaan itu untuk terus relevan untuk melayu dan rakyat..

Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Kita salahkan diri kita sendiri.

aspanaliasnet.blogspot.com

DD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Sejak mardeka kerajaan bekerja keras untuk kukuh perpaduan. Selepas 13 Mei 1969 kerajaan bentuk DEB. Ada jabatan perpaduan negara. Bapa dia berusaha keras untuk penyatuan kaum di negara ini. Malangnya anak2 dia runtuhkan semua ni. Siapa yang main isu perkauman?........siapa yang runtuhkan felda?....siapa yang runtuhkan sistem institusi perbankan?...hancurlah segala2nya.Fikirlah habis2. Kalau sudah tak mampu memerintah negara please turun dengan baik. Jangan sampai memperjudikan negara/bangsa berantakan.

    BalasPadam
  2. isu perkauman dan isu agama jalan terkahir untuk menarik undi Melayu....apabila Melayu tunduk kepada 2 perkara ni jelas menunjukkan ramai lagi Melayu dasar malas berfikir...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive