Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 30, 2011

Bir

Kes 'minuman Arab' dilaporkan mengandungi alkohol lebih daripada 0.05 peratus dan difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dibongkar akhbar Harian Metrio, kini sudah diketahui umum.

Hukum Syarak hanya membenarkan kurang 0.01 peratus alkohol di dalam makanan dan minuman.

Minuman berkarbonat, pada awalnya dianggap 'bir halal' itu sebelum ini dijual secara terbuka di pasar malam dan restoran terutama di restoran menjual Nasi Arab dengan harga RM3 sebotol.

Saya yakin ramai umat Islam telah menikmati minuman botol pelbagai perisa dipercayai berjenama Barbican itu tanpa perasaan ragu berhubung status halal-haram minuman terbabit.

Mengapa?

Kerana pada hemat saya, majoriti beranggapan, minuman diminum warga Arab berjubah, halal.

Untuk rekod, antara perisa minuman terbabit, Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach dan Malt.


Berikut Sijil Halal, produk terbabit dikeluarkan Islamic Food Research Center, IFRC, Malaysia And Asian Region.



Sijil dikeluarkan syarikat sama didapati masih lagi diigunakan pemilik menjual produk makanan secara berleluasa di negara kita.

Saya difahamkan, HANYA Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM sahaja diperakui di Malaysia.

Akhbar Kosmo! melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan JAKIM dan pihak berkuasa agama Islam negeri untuk memantau dan jika perlu menyekat penjualan bir terbabit.

mazidulakmal


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. dah belasah dah dulu sebotol...memang teraniaya...

    BalasPadam
  2. nak betolkn sikit. from what i've learn. bukan sijil halal jakim je yg boleh guna. sijil halal dari agensi atau bdan luar negara yg di iktiraf jakim pon boleh diterima. list agensi tu boleh tgk kat halal.gov.my. cuma status ifrc ni saya tak tahu la. mcm tak de dlm list yg diiktiraf

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive