Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 22, 2011

Tanah Runtuh : 11 Mangsa Terkorban, 4 Belum Ditemui (Terkini)



KAJANG 22 MEI :Sehingga jam 12.15 malam, angka kematian di kawasan tanah runtuh di Hulu Langat meningkat, menjadikan mangsa korban setakat ini 11 orang.

Mangsa terdiri daripada 10 kanak-kanak manakala seorang dewasa.

Manakala usaha menyelamat masih diteruskan untuk mencari empat lagi mangsa yang tertimbus dalam runtuhan.

Sementara mangsa yang terselamat pula dihantar mendapatkan rawatan di tiga buah hospital iaitu Hospital Kajang, Ampang dan Hospital Kuala Lumpur.

Kesemua mangsa terdiri daripada anak yatim, warden, dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit ini menempatkan 49 orang penghuni termasuk lima penjaga.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, kesemua anak yatim berada di sebuah khemah untuk menghadiri satu majlis apabila runtuhan tanah dari bukit berhampiran menimbus keseluruhan khemah yang terletak di luar rumah anak yatim.

Runtuhan tersebut juga turut merosakkan surau berdekatan.

Punca kejadian masih disiasat dan pihak kerajaan negeri Selangor juga difahamkan akan mengeluarkan laporan dalam masa terdekat berhubung punca runtuhan.-TVS

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?


GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive