Isnin, Mei 16, 2011
IBRAHIM ALI SILA BACA NI SEBELUM BERJIHAD
Kenyataan Media
Dato Hj Husam Musa
16 Mei 2011
Merujuk kepada kenyataan terbuka Datuk Ibrahim Ali bahawa beliau dan PERKASA sanggup melancarkan ‘perang salib’ atau ‘jihad’ untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita, saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi mnyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan UMNO/BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih.
Pertama, isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah. Islam tidak megizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.
Kedua, PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan rule of law, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan UMNO/BN selama ini. Bahkan hanya menggunakan isu-isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak yang menunjukkan PERKASA tidak berpijak atas ajaran Islam yang syumul dan tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih. Sebagai contoh, dimanakah PERKASA apabila Presiden MCA selaku rakan utama UMNO dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam.
Ketiga, kekeliruan yang berlaku dalam politik negara pada hari ini ialah kerana kebimbangan UMNO/BN kehilangan kuasa hasil ‘kemungkaran’ politik dan ekonomi yang berterusan yang telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pelbagai kaum. Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh UMNO/BN adalah lebih utama diperbetulkan.
Keempat, Islam menganjurkan pendekatan yang menarik hati manusia lain contohnya sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam Surah ‘Ali Imran ayat 159 yang berbunyi;
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
Jika diamati ayat ini, sekiranya PERKASA ingin menguatkan lagi Islam, ia boleh dilakukan bukan hanya dengan kata-kata yang berapi-api tetapi dengan polisi dan amalan yang selari dengan Islam seluruhnya seperti berlaku adil, dan good governance/tatakelola yang baik.
Akhir sekali, nasihat saya kepada Datuk Ibrahim Ali, jika beliau ingin terus ‘berjihad’, saya sarankan beliau mengembalikan semula kerusi parlimen Pasir Mas terlebih dahulu kepada PAS yang beliau tandingi juga atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu. Orang yang hendak berjihad adalah WAJIB membayar hutang terlebih dahulu kerana ruh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai ‘hutang’ Datuk Ibrahim Ali.
Sekian, terima kasih.
Wassalam w.b.t
sumber: www.husammusa.com
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Mei
(189)
- Demo anti-Lynas: Rakyat diugut, kereta dipecah
- Petronas tanggung RM21 bilion kerugian dari perjan...
- Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ?
- Bir
- Minuman Barbican Haram!
- Lynas: Penduduk cuba serbu panel penyelidikan
- NAIK MAHKAMAH KERANA 'POLIS BODO'
- Tarikh PRU-13: Najib-Muhyiddin tak sependapat?
- Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di...
- CELCOM BERUKBAND -kelajuan lebih hina dari dial-up
- [Video] Laporan Polis Terhadap Papagomo Kerana Ugu...
- LAWAK AHAD: AKU BUKAN GORILA
- Panas!! 103 Ahli UMNO Tenom Sertai PKR
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 28/5/11
- Terima kasih UMNO/BN.....Rakyat dahulu dikenakan !!!
- Tarif Elektrik : Kroni Terus Kaut Untung, Rakyat K...
- Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru
- PERADUAN MENCARI PELAKON VIDEO LUCAH KAH!KAH!KAH!
- Skandal Scorpene : Peguam Perancis Akan Tiba Ke Ma...
- Bongkar: Operasi sulit di Salak Tinggi ....
- Pemuda PAS bantah blog hina Islam
- BLOG HINA ISLAM : MANA MCMC? MANA MENTERI KOMUNIKASI?
- TELINGA DIPOTONG AKIBAT JALIN HUBUNGAN SULIT DENGA...
- Fadhilat (Kelebihan) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad...
- HOSPITAL SHAH ALAM: BERLAKUKAH RASUAH?
- RON95 belum naik tanda PRU13 makin hampir
- MP: Polis perlu jelaskan kenapa video seks bocor
- Lain Kali Ajak Gerombolan Main Kat Jalanraya!
- Kucing 'jelmaan' masuk lokap
- AWAS MAKANAN RINGAN TANPA LOGO HALAL
- Skandal cetak mata wang berganda untuk biaya dana ...
- Lucah 'Datuk T' - Ketua Kampung Lapor Polis
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 25/5/11
- BLOGGER DIMINTA TERUS BERBOHONG SUPAYA HARGA RON95...
- MCA Kedah tersampuk penyakit UMNO Pulau Pinang
- UMNO BN Perkuda Eskay Serang Anwar
- INFO: CARA LOCK FOLDER
- NAIKKAN HARGA RON95,SATU KERJA GILA
- Hishammuddin cuba gagalkan demontrasi BERSIH 2
- Subsidi: Siapa yang Untung, Rakyat Atau Kroni...!!!
- Pasangan Lesbian Ini Kononnya Nikah Secara Islam
- Tarif elektrik mampu pada kadar rendah walau tanpa...
- 'Siapa Bertanggungjawab Terhadap Lynas-JAS, LPTA'
- DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe ?
- Pelik Si Khairy sokong subsidi ketika mentua jadi ...
- Umno hanya 'membela' pemimpin, bukan membela Melayu
- PAS BO LAYAN,UMNO GODA DAP PULAK?
- Video seks: Tiada laluan mudah untuk Najib, kata A...
- DILEMA PEMANDU BAS EKSPRESS DI MALAYSIA
- Video Lucah - Hishamuddin "Ambilalih" Kuasa Peguam...
- UMNO yang lemah matematik
- Dunia akan terkejut jika pelakon video itu bukan A...
- Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 22/5/11
- KENYATAAN HISHAMUDIN, ADA UDANG DISEBALIK MEE?
- TANAH RUNTUH: SENARAI NAMA MANGSA SERTA FOTO TRAGEDI
- LAWAK AHAD: PAK PANDIR UJI ANAKNYA
- GAMBAR-GAMBAR DARI LOKASI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT
- Tanah Runtuh : 11 Mangsa Terkorban, 4 Belum Ditemu...
- Terkini Tanah Runtuh: 9 Diselamatkan; 9 Terkorban;...
- TRAGEDI TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK YATIM AL-TAQWA
- Beranikah Najib sebut subsidi adalah candu kepada ...
- ROKETKINI AKAN MUNCUL ISNIN INI
- JIHAD PERKOSA PERTAHAN UTUSEKS
- KOPI KOW DNA PANDI KUTTI
- SURAT KEPADA PKR - TINDAKAN MEMALUKAN OLEH ROS
- Mesti Tonton: Piiiiiiiiirah UMporNO
- Wayang Kulit Umno-Perkasa Yang Menjolok Mata
- Kes menteri rogol amah: Polis mahu siasat Pengarah...
- DEPA BAWA ULAQ SAWA JUMPA ZAMBRY KADIR
- SABAR
- PANASSS!!!! Wikileaks dedah 19 nama Kroni Najib.
- Umno dalangi usaha haramkan PKR ?
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 19/5/11
- Ranking Terbaru FIFA (18 May 2011); Malaysia Naik ...
- SUDAH LA MAT EZAM WOIIIII !!!!!
- SINDIKET BAIK PUNYA UNTUK MENANG PILIHANRAYA
- UMPORNO PARTI TEPUNG TALAM
- Umno kaki tipu
- 6,532 keping VCD lucah disebarkan di majlis Solat ...
- UTUSEKS SEMAKIN GILA SEKS
- PETUA ISI MINYAK DENGAN HARGA MURAH
- BLOGGER OF THE YEAR: SAJA SYOK-SYOK TEST POWER
- Elak Dicekup JAWI, Bekas Polis Maut Jatuh Hotel
- LU LANGSI LU MATI, LU UMPORNO LU SELAMAT
- MANA PI DUIT CUKAI PETRONAS RM325 BILLION UNTUK TA...
- Projek Lynas: Aktivis rancang serah memo di keduta...
- Najib Jumpa Ketua Hakim Negara 6 Jam?
- Saintis Buktikan Nabi Musa Belah Laut
- Budak magnet boleh bawa 25kg logam di dada
- Kes Anwar : Najib, Rosmah, Musa Hassan, dan Mumtaz...
- MP Kelana Jaya Pula Terima Video Seks, Polis Langs...
- KEPUTUSAN PIALA FA 16/5/11 (SEPARUH AKHIR 2)
- Lelaki Nekad Lari Dalam Keadaan Bogel Elak Operasi...
- IBRAHIM ALI SILA BACA NI SEBELUM BERJIHAD
- Hakim ikut telunjuk pendakwa raya – Anwar
- IBRAHIM ALI SAMA MCM OSAMA? KAH! KAH! KAH!
- 11 imam dibunuh kejam
- Ucapan Keras!! DSAI Di Selayang(video)
- Fitnah Liwat II: Hari penentuan untuk Anwar
-
▼
Mei
(189)
baso nate beruk mayeh braheng nie
BalasPadamtak usah percaya le dengan org mulutbesar macam ni. cakap sj berdegar2 tapi sebenarnya penakut.Bodek UMNO latu nak dapat kerusi PRU13 nanti
BalasPadamIbrahim yg bijak dalam tempurung sahaja. Amerika tidak berminat berperang mana-mana negara tanpa tujuan iaitu minyak sebagai pulangan. Jangan anda cuba-cuba menghuru harakan negara Malaysia tercinta ini. Malaysia BUKAN untuk orang melayu sahaja, sebanarnya Melayu lupa diri dan gagal membantu bangsa lain terutama orang asli dalam hutan selama 50 tahun merdeka. Jika anda mahu senasip dengan negara besar seperti irak, agfanistan, libya dan mesir... Amerika senang menyahut gertakan anda itu... kerana dia tahu di malaysia ini ada LOMBONG MINYAK... (perlahan sedikit sebut) bukan kerana amerika berperang salib... Dia mahu itu minyak petronas. Tak faham2 budak ni tak pernah baca news tak?
BalasPadamhahaha... memang benar Tanpa Nama yang bijak! ya.. sampai bebuih mulut menari-nari anti amerika sekali pun.. jika tempat anda berpijak tu... tidak ada minyak.. amerika pantang ambil layan. jangan anda bermain perkara anti amerika jika anda orang malaysia... mulut anda itu dilihat seperti paip minyak. Malaysia mempunyai minyak..
BalasPadam