Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 11, 2011

Isu Kristian - Rupanya Jamil Khir Tertidor

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR mungkin terlena di kerusi Senator dan menterinya apabila membuat cabaran bodoh terhadap DAP berkaitan isu kununnya Kristian menjadi agama resmi negara ini. Cabaran beliau yang telah disiarkan oleh TV 3 suku malam tadi ditertawakan orang dan menampakkan kecetekan bekas Pengarah KAGAT ini.

Memang kita jangka isu ini akan dijaja sepuas-puasnya oleh sekutu Apco setelah isu liwat dan video seks menjadi bahan lucuan masyarakat yang berakal.



Hakikatnya, sebelum Jamil Khir membuat cabaran kebudak-budakan itu, DAP telah pun menyatakan pendirian parti berkenaan tentang Islam sebagai agama resmi negara ini. Bermula dari konvensyen PR yang lalu lagi, DAP bersama PAS dan PKR bersama-sama menandatangani perakuan secara hitam putih (dokumen) bahawa PR menyanjung Perlembagaan berkaitan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Ugama Islam sebagai Agama Resmi negara ini.

Apabila isu ini dimainkan semula oleh media pencacai, sekali lagi DAP menegaskan pendiriannya dan kenyataan DAP ini lebih awal dibuat sebelum Jamil Khir menunjukkan `hero'nya untuk mencabar parti tersebut. Saya petik kenyataan Lim Guan Eng semalam yang disiarkan oleh Malaysiakini, "Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat. "Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita di Georgetown (Malaysiakini).

Saya menghormati kenyataan oleh Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi yang mahukan isu ini disiasat segera samada memang benar berlaku atau hanya mainan untuk mencetuskan kegelisahan rakyat di negara ini. Cuma, kenyataan Zahid Hamidi yang saya merasa sangsi adalah apabila beliau menyebut sekiranya dua blog yang mendedahkan isu ini ternyata berbohong, blog ini perlulah membuat pembetulan segera. Adakah itu sahaja tindakan terhadap blog yang menimbulkan isu yang amat sensitif ini? Sekiranya pihak Pembangkang yang melakukannya, agak-agaknya apa tindakan yang bakal diambil? Kita jangan lupa, Akta ISA masih releven di negara ini dan kemungkinan besar sedia menanti jika Pembangkang yang terlibat.

Bagaimana pula dengan akhbar yang meletakkan isu ini sebagai tajuk besar mereka? Akhbar jenis apa yang mengambil sumber hanya melalui blog tanpa menemui pihak penganjur yang terlibat? Apa motif akhbar yang berkait rapat dengan sebuah parti sekutu Apco ini? Mengapa kenyataan Lim Guan Eng di atas tidak menarik minat akhbar ini termasuk TV 3 suku?

Saya yakin puak mereka akan terperangkap dengan isu ini. Namun kita masih meletakkan harapan agar pihak berkuasa berani untuk menyiasat isu yang sensitif ini dan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat tidak kira mereka dari kumpulan mana sekali pun. Jika benar Jeff Oii terlibat, atau mana-mana Paderi terlibat, tindakan tegas perlu diambil sekiranya bukti mencukupi tetapi Akta ISA bukan caranya untuk membuat pengadilan. Kita telah maklum, Jeff Oii telah pun membuat laporan Polis terhadap fitnah yang dilemparkan kepadanya. Kita biarkan Polis meneruskan siasatan dan kita harap hasil siasatan mesti didedahkan./wfauzdin.blogspot.com



DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive