Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 27, 2011

HOSPITAL SHAH ALAM: BERLAKUKAH RASUAH?


Ceritera Hospital Shah Alam yang masih menjadi igauan penduduk ibu negeri Selangor kini dibelit dengan isu pembayaran komisyen berjuta-juta ringgit oleh syarikat yang dituduh bersekongkol dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kontrak baru projek itu. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan tiga dokumen menunjukkan bekas subkontraktor projek itu Frontier Structure menawarkan komisyen RM30 juta kepada bekas kontraktor utama Sunshine Fleet Sdn Bhd.

Sepucuk surat lagi menunjukkan bagaimana Kementerian Kewangan mengarahkan Jabatan Kerja Raya memasukkan Frontier sebagai syarikat yang membida projek berkenaan walaupun syarikat itu bukan kontraktor Kelas A dan tidak pun membida untuk mendapatkan projek itu.

Khalid berkata Frontier menawarkan RM30 juta kepada Sunshine supaya syarikat itu mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya kontrak baru pembinaan hospital itu diberikan kepada Frontier.



Sebagai balasan, FSSB akan membayar sejumlah RM30 juta dalam bentuk pemberian sub-kontrak kepada SFSB, menurut syarat yang didedahkan oleh Khalid.

“Dia (FSSB) (janji) akan membayar balik RM 30 juta kepada Sunshine. Syarikat Sunshine sebelum ini sudah pun mengaut keuntungan berpuluh juta ringgit sebelum ini apabila diberikan projek tersebut. Dari RM 480 juta dia dapat RM 60 juta,” kata Khalid.

Khalid turut menunjukkan senarai pembida baru projek hospital itu berasaskan tender yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya pada Disember tahun lalu. Senarai itu menunjukkan FSSB tidak membida untuk projek berkenaan.

Pada 23 Mac lalu, Kementerian Kewangan menerusi sepucuk surat menggarahkan Kementerian Kerja Raya menyenarikan FSSB sebagai pembida projek berkenaan.

“Sunshine mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan. Akhirnya Pengarah Kerja Raya yang menerima surat arahan ini daripada Kementerian Kewangan bertindak memasukan FSSB dalam senarai,” kata beliau.

Khalid menegaskan tindakan mencurigakan Kementerian Kewangan, FSSB dan Sunshine adalah ‘permainan’ syarikat kroni-BN yang menyebabkan projek Hospital Shah Alam terus terbiar.

“Frontier Structure Sdn Bhd bukan kontraktor kelas A, jadi bagaimana surat (Kementerian Kewangan) ini boleh keluar? Inilah mainan di antara semua kroni yang berebut projek, yang jadi mangsa ialah rakyat Shah Alam. Projek ini sudah setahun terbengkalai. Dah jadi kawasan terbiar. Tak ada orang jaga,” kata Khalid.

Projek pembinaan Hospital Shah Alam dengan kos kontrak RM482.6 juta ini telah dimulakan pada 15 Nov 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011 namun sehingga kini, bekas kontraktor utama, Sunshine Fleet hanya menyiapkan tidak sampai 30 peratus dari keseluruhan projek.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor sebelum ini menyatakan JKR dalam proses membuka tender baru bagi melantik kontraktor untuk menyambung kerja-kerja pembinaan Hospital Shah Alam yang terbengkalai.

Khalid mengakui beliau tidak mengetahui kesahihan surat tersebut namun ia nampak seperti surat rasmi

Justeru, beliau membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menyiasat pendedahan-pendedahan dalam tiga surat berkenaan dan mengambil tindakan yang diperlukan.

“Saya hendak buat laporan kepada SPRM suruh siasat sama ada betul atau tidak. Tapi inilah surat yang saya terima. Ada Kementerian Kewangan boleh tulis kepada Pengarah JKR untuk masukkan syarikat yang bukan kelas A. Alasannya nak tunggu FSSB dapat lesen kelas A,” kata Khalid.

kl-today


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive