Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Oktober 01, 2011

FAM Patut Siasat Pengadil Sekali!



DEY MACHA!!!
BAGUIH LA FAM PANTAS BERTINDAK
PANTANG KENA KRITIK
TERUS MELENTING
TAPI ALANG-ALANG NAK SIASAT...
SIASAT JUGAK PASAI APA WAN JAMAK CAKAP LAGU TU
SIASAT LA JUGAK RAKAMAN GOL PERLAWANAN
BETOI KA PENGADIL PUNYA TINDAKAN
SIASAT BAGI ADIL LA BEB!!!


FAM Siasat Wan Jamak

GARA-GARA kritikan pedasnya terhadap pengadil perlawanan, jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan mungkin bakal berdepan hukuman berat apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat luahan rasa beliau selepas tamat perlawanan menentang Perak dalam saingan Piala Malaysia, Rabu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tata Tertib dan Disiplin FAM, Datuk Mohd Taufik Abd Razak berkata, FAM sedia maklum dengan kenyataan Wan Jamak itu dan meneliti sama ada akan membuka kertas pertuduhan ke atas jurulatih itu.

“Perkara ini diuruskan urus setia FAM terlebih dulu untuk menyemak kenyataan Wan Jamak itu sama ada ia kenyataan yang berasas ataupun melanggar kod etika FAM.

“Kami tahu kenyataannya itu disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan serta laporan berita televisyen. Malah ia juga disiarkan secara langsung selepas tamat perlawanan ketika ditemubual Astro Arena tapi perkara ini akan diteliti terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Wan Jamak, 53, melahirkan rasa tidak puas hati selepas menyaksikan anak buahnya sekadar seri 1-1 menentang Perak dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Darulaman sekali gus menyebabkan mereka gagal mara ke suku akhir.

Beliau yang ditemui pemberita berkata: “Kami sepatutnya dapat dua gol bersih tetapi dirompak pengadil yang membatalkan dua itu pada babak pertama. Pengadil membuat keputusan yang tidak masuk akal.” Taufik berkata, mengikut peraturan baru Kod Tata Tertib FAM 2011, jika Wan Jamak disabitkan bersalah, beliau bakal berdepan hukuman penggantungan minimum enam bulan sehingga dua tahun serta denda wang tunai sekurang-kurangnya RM6,000.


“Semua ini bergantung kepada sejauh mana seriusnya kenyataan Wan Jamak itu kepada FAM, jika kami menganggap ia kenyataan berasas, makan kes itu akan digugurkan,” katanya.

Untuk rekod beberapa kes membabitkan penggantungan jurulatih kerana kelantangan bersuara berlaku sebelum ini membabitkan bekas jurulatih B Sathianathan (Kelantan), Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor (T-Team) dan Reduan Abdullah (Felda United).

Sathianathan dijatuhkan hukuman penggantungan enam bulan dan denda RM2,000 oleh Jawatankuasa Tata Tertib dan Disiplin FAM, Oktober tahun lalu kerana mempertikaikan pemilihan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebagai gelanggang pertemuan Perlis dan Terengganu ketika Stadium Utama Negeri di Kangar tidak dapat digunakan.

Turut menerima nasib sama, Che Ku Marzuki yang menjalani penggantungan enam bulan dan denda RM2,000 bermula 21 Oktober tahun lalu.

Reduan pula didakwa celupar apabila memperkatakan mengenai ujian yo-yo walaupun banyak pihak mengaku kebenaran kenyataan bekas pemain Selangor itu.

Beliau digantung selama setahun dan denda RM4,000 namun selepas rayuan dibuat, Jawatankuasa Rayuan dipengerusikan C Gnanarajah mengurangkan tempoh penggantungan itu kepada tiga bulan tetapi dendanya ditambah RM2,000 kepada RM6,000.

HM
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive