Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Oktober 02, 2011

Utuseks Terus Dihina



Berita paling penulis suka baca pagi ini.....Berita Utusan buat laporan polis terhadap Namewee. Katanya penyiaran klip video yang memburukkan Utusan itu telah merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan itu sendiri. Haha...Bila korang burukkan orang lain tak pe. Tapi bila kena atas batang hidung sendiri...tau pula erti maruah ya...
Selama ini penulis ingatkan Utusan sedar yang mereka dah jauh hilang maruah dari segi pemberitaan. Ternyata Namewee telah berjaya menyakitkan hati puak-puak ni. Pembangkang dah buat macam-macam kat Utusan termasuk memboikot. Tapi macam tak berkesan je. Tapi bila Namewee buat...huru hara Utusan dibuatnya dengan masing-masing terasa martabat direndahkan...kahkahkah......woi..korang jangan lupa simpan artikel ni......besar ertinya...

Namewee: Utusan buat laporan polis

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan lucah terhadap organisasi serta wartawan Fauziah Arof yang dikeluarkan oleh Namewee menerusi satu klip video yang tersebar di Internet baru-baru ini.
Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan Namewee yang menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysiaserta mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee... yang disiarkan pada bulan lalu.
Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.
"Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbarUtusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

pejuang-rakyat
Published with Blogger-droid v1.7.4
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive