Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 19, 2012

Antara tapis internet dan tapis pilihanraya



Sebelum ia digazetkan pada 31 Julai 2011 , pindaan akta 114A ditransformasikan dari ilham Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dengan cadangan “internet perlu penapisan”.

Antara alasan Rais ialah untuk mengekang akses pornografi yang menganggap ianya boleh merosakkan akhlak dan kesantunan masyarakat apalagi Malaysia merupakan negara Melayu Islam terbesar di dunia.

Walhal, semada beliau sedar atau tidak mengetahui sedikitpun, industri pornografi telah lama mengeluarkan produk majalah, video tape, vcd dan terkini dalam bentuk DVD yang mudah didapati di kaki lima sebelum era Mahathir melancarkan MSC lagi.

Apapun, ilham Rais terhadap “penapisan internet” mendapat protes meluas dan hebat melibatkan segenap lapisan umur masyarakat seperti pelajar universiti, pekerja ladang, kakitangan kerajaan sendiri termasuklah dikalangan pelajar-pelajar sekolah.

Najib lembut hati?

Pemimpin-pemimpin UMNO telah lama sedar, selain mampu menikmati laman pornografi dengan mudah, rakyat negara ini mempunyai akses yang lebih cepat, mudah dan privasi dalam apa sahaja informasi negara dan dunia.

Lihatlah bagaimana Sidi Bouzid menempa sejarah hebat di Tunisia dengan tersebarnya berita kematian Bouazizi yang protes sampai mati terhadap ketidakadilan dan kezaliman penguatkuasa yang telah mencetuskan Arab Spring di Timur Tengah. Bermulalah era baru revolusi hujung jari dunia IT melalui facebook dan twitter.

Tetapi, cetusan rasa Rais tetap tidak dihampakan sehinggalah pindaan dibuat terhadap seksyen 114A Akta Keterangan anjuran Pusat Kewartawanana bebas (CIJ). Dan apabila ia berkuatkuasa, sekali lagi ia mendapat protes dan kemuncaknya adalah pada 14 Ogos 2012 kelmarin.

Sebanyak puluhan laman web telah melancarkan protes “internet blackout” selama 24 jam.
Memperlihatkan protes “internet blackout” yang mendapat sambutan hangat tersebut, maka berkicaulah memanda Najib dalam tweeternya @najibrazak: I have asked Cabinet to discuss section 114A of the Evidence Act 1950. Whatever we do we must put people first .

“Saya telah meminta Kabinet untuk membincangkan seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Walauapapun, rakyat mesti didahulukan”-tweet Najib Razak.

Wah. Nampaknya Najib telah lembut hati, prihatin kepada suara rakyat. Salah satu modal politik oposisi tak boleh dipakai lagi…

Tapis pilihanraya barulah janji ditepati

Jika pindaan akta ini diumumkan untuk dimansuhkan. Ia tetap bermakna kemenangan kepada rakyat terutamanya kepada makhluk dunia maya seperti kita. Walau bagaimanapun, seperti pemansuhan ISA yang digantikan dengan akta Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) ia tidak memberi makna apa-apa selain risiko salah guna kuasa pemerintah yang semakin terbuka luas.

Sekarang, marilah bersangka baik. Najib memansuhkan pindaan tersebut demi mewujudkan ruang maya yang bebas seperti fitrahnya. Noktah. Maka kita boleh bebas memberi komen dan kritik terhadap ceramah bersiri Umi Hafilda, Ibrahim Ali, Hasan Ali dan sebagainya,kita boleh bertukar pandangan dan kritik terhadap rencana dan isu yang berbangkit dalam blog, facebook dan forum-forum dan lama kelamaan, berlakulah proses pematangan minda rakyat dengan lebih berkesan.

Protes “internet blackout” ini telah berjaya menghimpunkan hampir 60 laman web dan blog untuk menyuarakan bantahan ini.

Kalaulah menteri-menteri, pimpinan UMNO boleh terfikir untuk menapis rangkain internet, sangat wajarlah kiranya mereka juga berfikir untuk menapis sistem pilihanraya kita yang telah terbukti kotor.

Apakah slogan dan ‘kicau’ Najib yang mahu “rakyat perlu didahulukan” ini benar-benar jujur dan bagaimana pula dengan tiga kali himpunan Bersih yang dianjurkan. Biarpun ratusan ribu rakyat pelbagai bangsa dan agama turun ke jalan-jalan yang menguningkan Kota Kuala Lumpur, malang sekali apabila kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib menyantuni kita dengan canister, cota dan semburan air asid.

Tuntutan Bersih yang kita laungkan ini bukanlah perkara baru, bukan juga perkara remeh. Sebesar manapun isu kafir harbi yang baru-baru ini dimainkan, rakyat tidak akan lupa. Kalau najib benar-benar mendahulukan rakyat.

Apalah salah kiranya kesemua lapan tuntutan Bersih ini dilaksanakan segera. Lagipun, pilihanraya sudah semakin hampir. Najib perlu menepati segala janji-janji transformasi politik, ekonomi dan undang-undang yang telah dilaungkannya. Tak salah kan?-Roketkini.com



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive