Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 24, 2012

PTPTN: BERTOLAK ANSUR DALAM MENIPU



DEY MACHA!!!
JANGAN JADI BANGANG KELULUT LA
KALAU BAYAQ RM50 SEBULAN
TAPI INTEREST RM60 SEBULAN
SAMPAI MAMPOIH PUN TAK HABIH HUTANG
KAH! KAH! KAH!

1MALAYSIA JANJI MASYUK
RAKYAT DIKELENTONG PEMIMPIN DIUTAMAKAN


PTPTN: Bayar balik pinjaman walau RM50 sebulan

22 Ogos 2012
TEMERLOH- Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak sepatutnya mempunyai masalah membayar balik pinjaman kerana mereka boleh berbuat demikian pada kadar serendah RM50 sebulan.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN juga amat bertolak ansur dengan peminjam kerana agensi itu bersedia berunding menjadualkan semula pembayaran balik.

"Bukan matlamat PTPTN untuk mengambil tindakan tegas kepada pelajar, tetapi bagi memberikan peringatan supaya pelajar yang berhutang dengan PTPTN dapat berhubung dan berurusan dengan kita dan tidak mendiamkan diri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya PTPTN kesal kerana ada peminjam yang sudah mendapat pekerjaan namun bukan sahaja tidak membayar balik pinjaman, tetapi juga tidak mengendahkan notis peringatan.

Sehingga Februari lalu, PTPTN memberi pinjaman kepada 1.95 juta pelajar membabitkan peruntukan RM43.6 bilion.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata sehingga Februari lalu juga seramai 1,201,726 pelajar telah membuka akaun di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) membabitkan simpanan sebanyak RM598.22 juta. -Bernama

SH



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

5 ulasan:

  1. Bayar PTPTN, tunggu lepas PRU13, kalau BN kojol aku tak bayar, kalau BN tak kojol tengok dulu.... tapi insyaAllah kojol, bukan apa biaya pendidikan sememangnya kerajaan yang wajib tanggung, ilmu itu nak ke mana melainkan digunakan untuk masyarakat. Bukankah telah termaktub dalam perlembagaan keistimewaan orang Melayu adalah pelajaran percuma... jadi kenapa dinafikan. Rasanya duit rakyat untuk biaya berak kencing menteri lagi lebat dari membiayai pengajian pelajar.

    BalasPadam
  2. Kah5! Tu la matlamat depa... Kita dok hutang sampai mampoih!

    BalasPadam
  3. anak Malaysia24/8/12 6:37 PG

    puihhhh.....menteri tu xsedar dulu derang dapat pelajaran free gak dari government...dari MARA....dari agensi kerajaan negeri...tapi sekarang buat donno plak kat rakyat...mentang2 duit dh byk disapu....lupa daratan...lupa rakyat yang masih susah ni...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama24/8/12 8:27 PG

    betul la....PTPTN aku kos pentadbiran sebulan rm50

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama24/8/12 9:50 PG

    Riba ditukar nama kpd kos pentadbiran...umngok mmg kaki kencing kah kah kah

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive