Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 21, 2012

Karpal masih menari ikut rentak yang UMNOBN mahukan?


Dari sudut sentimen, kelihatan Karpal Singh, melalui beberapa kenyataan terakhirnya, terlalu yakin DAP tidak memerlukan undi Melayu untuk menang selesa.

Samada itu satu risiko yang boleh diserap oleh DAP atau tidak, ironinya ia bagi saya hampir pasti boleh menjejaskan undi rakannya dalam Pakatan Rakyat terutama PAS yang terpaksa berdepan tempias hujan api (bukan air) kelancangan mulutnya lantang mengkritik suatu yang telah mendasari perjuangan PAS iaitu;

1) Hak Islam sebagai agama persekutuan untuk melaksanakan sistem dan syariahnya, termasuk hukum hudud. 2) Menolak kepalsuan Islam sekular yang dijunjung oleh umno memisahkan Islam daripada pemerintahan. 3) Terbaru, mula mempertikaikan keupayaan syariat Islam untuk menjamin keselamatan dan keadilan untuk rakyat.

Walaupun berhak atas nama hak bersuara untuk bercakap dan mengkritik, tetapi atas nama hak kesepakatan bersama PR juga untuk tidak memanaskan isu-isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju', termasuk perihal dasar perjuangan setiap parti, sepatutnya Karpal Singh menghormati hak keramaian, bukan hak individu.

Bukankah PAS setia pada hak itu dengan mempromosikan secara bersama perjuangan menentang kezaliman dan korupsi pemerintahan BN, di samping mengelak berbicara mengenai dasar parti-parti rakan, dengan mengambil dan memberi hak untuk setiap parti berbicara dan berkempen untuk dasar masing-masing?

Samada kritikan beliau itu adalah atas premis mempertahan sekularisme negara, atau jahil, atau keras pedal, atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra ugama Islam dan undi Melayu.

Saya hairan, sehebat Karpal Singh, masih menari ikut rentak yang umno dan BN mahukan?!

Secara peribadi, jika saya pengundi di kawasan beliau, saya tidak perlu berfikir dua kali untuk tidak mengundi beliau, walaupun saya akan mengundi selainnya yang tidak sepertinya yang mungkin menggantikan beliau.

Betulkah DAP selesa tidak perlukan undi Melayu? Atau itu hanya mimpi-mimpi orang tua yang semakin garang? Saya rasa masih memilih yang kedua.

sumber


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. 1 Malaysia Tulen21/8/12 11:03 PG

    Pada pendapat saya, ada hikmah disebalik peristiwa ini. Karpal tidak bercakap secara "berdepan" (direct) keran dia tak mahu menyinggung perasaan orang bukan Islam. Dia dah bagi "hint" kat kita iaitu kita perlu mendapat kuasa di PUTRAJAYA dan seterusnya mengubah Perlembagaan yang sedia ada dan seterusnya laksanakan HUKUM HUDUD. Yang dok kacau daun ni bukannya Karpal tapi Si Nasha UG tu.
    Kalau orang cabar kita, tak kan kita tak sahut. Jangan kerana Nasha tu Melayu, wajib kita sokong. Kalau macam ni, apa bezanya dengan UMNO dan ahlinya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju dengan tuan....

      Padam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive